Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Peniaga Melayu KOMTAR dihalau. Mana dia kononnya Pejuang melayu dan juga Penjaga Ketuanan Melayu ???
Comments : 0
Seramai 23 peniaga melayu yang menjual pelbagai barangan di ruangan Konkos,Aras 3 dan Blok Podium KOMTAR telah dihalau keluar dari tapak perniagaan mereka. Memanglah kontrak mereka untuk menyewa tempat berkenaan sudah tamat, tetapi apa salahnya diteruskan memandangkan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.
Yang anehnya, golongan yang kena halau hanyalah peniaga Melayu manakala peniaga-peniaga berbangsa Cina yang menguasai sebahagian besar daripada kompleks perniagaan KOMTAR, tidak pula terjejas.
Walaupun satu tapak baru di Times Square iaitu sebuah shopping complex yang baru dan agak jauh dari KOMTAR ditawarkan sebagai tempat ganti, ianya umpama perangkap untuk meruntuhkan perniagaan mereka. Ini kerana tempat tersebut kurang strategik dan tak ramai pengunjung berbanding di KOMTAR.
Didalam isu ini, jangan nak diharapkan PAS atau PKR datang nak bantu nasib peniaga-peniaga melayu ini. Puak PAS dan PKR memang dah terbukti haprak dan memualkan setelah mereka bertukar menjadi anjing kepada DAP. Apa lagi yang boleh dibuktikan oleh mereka selain dari menyalak menjaga pintu kerajaan DAP.
Ada juga ura-ura untuk meminta bantuan dari Dr Mansor yang merupakan TKM 1 memandangkan dia seorang melayu berpangkat paling tinggi dalam negeri. Tetapi percayalah, Dr Mansor hanya barua pencacai sahaja kepada Lim Guan Eng. Hidungnya dah dicucuk dan telornya telah dipicit oleh zionis DAP.
Yang menghairankan disini, dimana pihak yang mengaku para pejuang bangsa melayu dan juga penjaga Ketuanan Melayu bercap Keris di P.Pinang??? Masih lagikah pemimpin-pemimpin melayu cap Keris ini dihinggapi sindrom 'tidor mampos' sampai tak sedar anak bangsa mereka sedang ditindas??
Inilah masanya untuk buat kerja. Kamu semua bukan lagi pemerintah di bumi P.Pinang yang hanya cukup sekadar buat program syok sendiri dan juga majlis yang dihadiri sesama ahli bagi memenuhi KPI bahagian.
Cukup-cukuplah dengan politik gotong royong dan juga politik makan kenduri yang diamalkan selama ini. Apabila sudah bergelar pembangkang di negeri sendiri, buatlah cara dan kerja sebagai pembangkang yang efisyen dan berkredibiliti !
Jangan hanya dok boria sana, boria sini sambil melagukan dendangan Hidup Melayu tapi menutup mata terhadap segala penindasan yang terjadi kepada masyarakat melayu di kampung halaman sendiri !!!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan