BREAKING NEWS

Kes liwat dalam masjid. Apa bezanya dengan kes liwat Anwar???


KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis. Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga. Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.

“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. “Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” katanya. Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

“Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. “Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa,” katanya. Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit.

“Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh, berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan, di sini. “Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal.“Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.

Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

H.Metro


Persoalan disini sama seperti yang pernah ditimbulkan oleh semua penyokong Anwar didalam kes Saiful Bukhari ialah;

1- Mengapa mangsa yang muda dari si peliwat tak terajang atau lawan ketika mahu diliwat? Kes diatas melibatkan mangsa yang berumur 20 tahun sedangkan peliwat berumur 39 tahun.

2- Takkanlah seorang alim dan warak malah mampu menyampaikan khutbah Jumaat seperti Anwar boleh meliwat. Kes diatas juga si peliwat rajin ke masjid.

3- Bukti airmani dalam dubur tak boleh dipakai melainkan mangsa membawa 4 orang saksi. Kes diatas berlaku pukul 5 pagi dan ketika masjid kosong. Mana nak cari saksi?

4- Saiful Bukhari berbohong kerana konspirasi nak menjatuhkan Anwar. Kes diatas juga mungkin boleh di klasifikasikan sebagai konspirasi nak menjatuhkan si peliwat jugak. Hehehe.

5- Jika Anwar dikhabarkan menggunakan password "MOKHTARR", utk kes diatas, agaknya apa password yang si peliwat gunakan bagi masuk kedalam masjid seterusnya meliwat pemuda berkenaan?

5- Akhir sekali, diceritakan bahawa Anwar setelah selesai meliwat, dia bertanya kepada Saiful... "are u ok?" sambil melahap karipap. Kes diatas mungkin peliwat tak sempat membawa bekalan karipap kerana habis dimakan sewaktu berbuka puasa. Mungkin yang sempat dilakukan hanya bertanya..."are u ok?'

Moral of the story, jangan disangka air tenang tiada buaya..., jangan disangka masjid terhindar dari setan di bulan puasa. Dan, jangan disangka gelaran Pak Syeikh saja cukup untuk menghalang perlakuan songsang si peliwat yang gemarkan lelaki muda.

Hahahaha...

5 ulasan :

  1. Allah dah beri petunjuk dan petanda...semoga ia dapat membuka mata yang masih buta

    BalasPadam
  2. Sudah banyak tanda-tanda yg Allah beri untuk membuka mata umat Islam di Malysia bahawa Anwar tidak wajar dijadikan pemimpin...... peliwat...

    BalasPadam
  3. SLM BRO..AL JUBOREE NI BYK TOK BATIN YG TLG BROO. SBLUM NI ADE KELIHATAN SORANG BHAI YG SLALU IKUT DIA KE MAHKAMAH. TOK JAMPAI BAIK PUNYEE TUU KEHKEHKEH

    BalasPadam
  4. Allah sedang memberitahu kita sesuatu

    BalasPadam
  5. Siapa kat sini rasa macam nak terajang itu peliwat?

    Dah tunda sampai bertahun-tahun ni.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online