Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Edisi Bongkar !!! Nizar dihalang datang ke Surau ???
Comments : 4
Seperti kebiasaan, semua pemimpin melayu beragama Islam akan menggunakan sepenuhnya bulan Ramadhan bagi bersedekah dan juga melakukan kunjungan ramah mesra ke masjid-masjid untuk bersama anak kariah dikawasan yang mereka wakili.
Ini termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang.
Salah seorang yang agak aktif ketika bulan Ramadhan ini ialah Nizar Jamaluddin. Baru masuk hari ketiga umat Islam di negara ini berpuasa, jadual Nizar telah penuh dengan agenda lawatan ke masjid serta surau-surau dikawasannya di Bukit Gantang.
Namun berita yang kami terima agak mengejutkan. Sebuah surau yang berdekatan DUN Changkat Jering telah melarang Nizar untuk menyertai sebarang program di surau mereka.
Pihak kariah surau tersebut telah memberi alasan bahawa tidak ada mana-mana wakil rakyat UMNO atau PR yang boleh mengikuti program mereka walhal sebelum ini surau tersebut pernah dikunjungi oleh pemimpin UMNO Perak.
Mungkin ini hanya satu alasan secara lembut yang dibuat oleh pihak kariah berkenaan bagi menolak kunjungan Nizar ke surau tersebut. Tetapi yang pasti, kehadiran Nizar memang tidak dialu-alukan di kawasan Parlimennya sendiri.
Sebenarnya tindak tanduk Nizar yang menurut segala tunjuk ajar DAP di Perak amat menyakiti hati orang melayu di negeri tersebut. Dan isu penghinaan Nga Kor Meng apabila membaca 'surah aura', masih lagi berbekas kepada kebanyakan umat Islam di Perak.
Sebelum ini rakyat Perak amat mengharapkan mungkin Nizar dapat mengawal kelakuan DAP terutamanya Nga dan Ngeh, tetapi sebaliknya yang berlaku, Nizar pula yang menjadi kaldai kepada pihak DAP.
Inilah menjadi sebab utama Nizar semakin kurang popular dan disisihkan di Perak. Nizar tak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat melayu Bukit Gantang akibat tindakannya menghuru-harakan Perak dan tak tahu untuk hormat kepada institusi DiRaja.
Nizar seharusnya sedar tentang mesej yang mahu disampaikan dengan penolakan kunjungannya dari phak kariah surau berkenaan. Nizar juga harus sedar bagaimana pandangan sebenar masyarakat melayu Perak kepadanya kini.
Apa yang terjadi ini diharapkan dapat memberikan pengajaran buat Nizar supaya menginsafi kekhilafannya menjadi pengkhianat bangsa sendiri. Semoga di bulan baik ini dapt memberikan kekuatan untuk Nizar kembali ke jalan yang benar.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Dia tahu yang dirinya dibenci tapi tak mengapalah sebab Ngeh dan Ngah suka kat dia..
BalasPadamKesian.. itula bila masuk surau berckp politik ..
BalasPadammana org tak maarah.
salam pengundi bukit gantang,
BalasPadamPRU-13 saya mendoakan pengundi2 semua menolak Nizar secara langsung.
jangan beri peluang kepada orang2 yang tidak memperjuangkan amanah bangsa dan ugama.
-art-
saudara-saudara semuslim,
BalasPadamAllah amat menyukai hambanya yang bersederhana tetapi berpegang teguh kepada suruhan Islam bukan hambanya yang bersikap keras terhadap ajaran Islam iaitu amalkan secara membuta tuli tanpa berpegang kepada ilmu.
negara kita sudah lama merdeka dan kita telah lama bermasyarakat dengan bukan Muslim juga telah lama. Mengapa kita masih lagi gagal dalam usaha menambat hati bukan Musliam memeluk agama yang suci ini.
Mungkin kita boleh memikirkannya..
Achmad Abdollah