Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Tanah wakaf Melayu di P.Pinang makin terancam.
Comments : 7
Semasa mengambil alih pemerintahan negeri P.Pinang, DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang.
Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP.
Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid. Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.
Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.
Sepatutnya tanah wakaf di "transfer" keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak tak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?
Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.
Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu "security" kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.
Fenomena ini amat merugikan masyarakat melayu/islam di Pulau Pinang. Dimanakah 4 orang exco melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan orang melayu/islam di negeri ini? Inilah yang sepatutnya mereka perjuangkan ! Apakah 4 orang exco melayu/islam PKR ini telah dicucuk hidung oleh Lim Guan Eng dan juga dipicit telornya?
Jika selama ini Anwar dan PKR berkokok di Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengetepikan soal hak melayu dan juga Islam, apakah tindakan mendiamkan diri 4 orang exco PKR ini melambangkan perjuangan mereka didalam mewakili melayu/islam Pulau Pinang?
Bagi yang selalu mempersoalkan apa yang jasa Umno Pulau Pinang kepada masyarakat melayu Pulau Pinang, sebahagian jawapannya ialah didalam pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP inilah. Semua sekolah-sekolah agama dan juga masjid serta pusat-pusat kebajikan khas untuk melayu/islam Pulau Pinang, diurus selia secara tak langsung oleh Umno negeri dengan berkerjasama erat bersama MAIPP. Ramai yang tak sedar hakikat ini !
Itu kisah sebelum kerajaan negeri DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang. Kini semua "benefit" ini bakal terhapus. Apa yang masyarakat melayu/islam pernah dapat dibawah pentadbiran kerajaan BN/Umno, tak mungkin lagi akan dikecapi dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.
Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang. Kini lebih kurang 1'600 hektar tanah wakaf di Pulau Pinang berdepan dengan ancaman bahaya di bawah kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Bila BN dulu nak majukan tanah wakaf diPP, puak PAS bangun menentang dgn pelbagai cacian dan cemuhan tapi sekarang sila jawap isu di atas, kenapa PAS dan PKR Melayu sokong dasar kerajaan negeri PP?
BalasPadamJawaaaaaaaap!
Berani orang melayu hanya pada orang melayu saja. Mana dia orang yang pakar dalam sihir dan santau? Kenapa tak disihir atau santau saja si LGE atau LKS? Agaknya ilmu mereka tak mujarab pada orang yang makan babi..
BalasPadamApa-apapun... Khakkkk... Ptuihhh...
keparat sungguh lge, tanah wakaf pun lu nak balun.... tu dipenang, kat selangor lagi keparat gerombolan zionis balun tapak cadngan masjid ....
BalasPadamKesian sungguh dengan nasib Melayu Penang..Dulu masa Gerakan boleh tahan sengsara. Sekarang masuk DAP lagi berganda punya sengsara. Tapi nak macam mana dah nasib badan tertipu dengan slogan jahaman mereka. Demokrasi, hak asasi, ketelusan, bersih, Khalifah Umar A Aziz, semua tu perangkap dan dah pun memerangkap ramai Melayu Penang. Bukan Penang saja tapi satu Malaysia tertipu sebenarnya.. Sekarang ibarat nasi dah jadi bubur. menyesal pun tak guna..Cuma PRU13 saja yang boleh betulkan keadaan..
BalasPadamKuntaKinte
Dengan alasan nak bangunkan kawasan tanah wakaf secara halus tanah di rampas. Mungkin satu hari nanti jika kita semua panjang umur kubur orang melayu pun di suruh pindah kelain tempat atau bakar saja jenazah orang islam sebab tak ada dah tanah perkuburan.
BalasPadamBila UMNO Negeri bangikitkan tentang hak orang Melayu, orang Melayu juga hentam UMNO kata UMNO perkauman. Tapi kalau Lim GE rampas tanah sedikit demi sedikit "Melayu Kata Tak Apalah". Mana perginya pemimpin PKR Melayu yang mampu bela nasib Melayu di tanah sekakang kera itu. Dah seronoknya naik kereta besar, bilik sejuk, dapat 1st class naik kapal terbang.
Jangan kita semua jadi macam Pak Kadok "menang sorak kampung tergadai"
UMNO PENANG MANA ???? UMNO PENANG TAU CUMA MCM MANA NAK DAPAT DUIT SEGERA, MCM MANA NAK GADAI TANAH RIZAB MELAYU KAT TOKE2 CINA, MCM MANA NAK CONVERT TANAH WAKAF THEN BERSEKONGKOL NGAN PEMAJU2 CINA LAHANAT BINA RUMAH YG TAK MAMPU DIBELI OLEH ORG2 MELAYU.
BalasPadamYG PELIKNYA, SEMASA PENTADBIRAN GERAKAN-BE END, PENANG SEMAKIN DI'CINA'KAN. ORG MELAYU MEREMPAT DI TANAH TUMPAH DARAH SENDIRI. SAMSENG2 CINA BERMAHARAJALELA. SUKU-SAKAT UMNO LAK JADI BARUA SAMSENG2 CINA NI. MEMANDA MAHATHIR TERLALU BAGI MUKA KAT KAUM CINA.
GERAKAN KA... DAP KA... SAMA SAJA. DUA2 BANGSA CINA PARASIT. UMNGOK LAGI LAHANAT. BAPAK KEPADA PARASIT.
zackndanial,
BalasPadambagi bukti la jangan menyalak saja. bagi bukti tanah mana umno gadai,lot mana kawasan mana dan berapa ramai orang melayu pindah.
bagi tau tanah rizab mana yang digadai.
kalau takdak fakta toksah menyalak macam anjing guan eng. dah basi la modal guna modal umno gadai tanah setakat menyalak bukti takdak toksah meroyan