BREAKING NEWS

Tak payah minta maaf. PAS memang parti sesat !



"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.

Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan Pas sebagai 'parti ajaran sesat'.

--------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.

Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.

“Beliau berani cakap Pas sesat, Pas pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.

Sinar Harian



Marah betul nampaknya pemimpin-pemimpin PAS bila dilabelkan sebagai Parti Sesat oleh DS Shafie Apdal. Dahulu, mereka lah yang jadi juara mengkafirkan orang UMNO, tetapi kini melompat habis kesemuanya bila dah terkena batang hidung sendiri.

Itu baru dikatakan Parti Sesat, bagaimanalah agaknya kalau DS Shafie kata parti PAS tu kafir seperti mana amanat Hadi Awang yang terang-terang ditujukan buat UMNO? Agaknya, boleh hilang akal seluruh ahli-ahli PAS.

Selama ini, bukan main lantang ahli-ahli serta pemimpin PAS kata UMNO sebagai parti tak betul, menyeleweng, tak ikut Islam dan kufur. Nik Aziz sebagai wali tertinggi PAS pun pernah kata UMNO tak membawa ke Syurga.

Hadi Awang juga selamba kata UMNO dan ahlinya kafir. Semua mereka ini tak pun meminta maaf atau menarik balik kenyataan mereka hingga ke hari ini. Jadi, apa yang Mahfuz dengan Taib Azamuddin bising sangat suruh minta maaf?

Lagipun, tak perlu rasanya DS Shafie nak minta maaf kepada PAS kerana bukan salah pun apa yang beliau katakan. PAS memang parti sesat sesesatnya pun dari dulu, kini dan juga selamanya jika pemimpin mereka tak mahu berubah jadi orang.

3 ulasan :

  1. Bagus Anwar join Pakatan Rakyat sekurang kurang nya PKR sudah mendedahkan siapa PAS sebnarnya...PAS bukan pejuang islam selama ini PAS agak konstant dalam perjuangan menegakkan Islam sekarang dah terang lagi bersuluh PAS bukan pejuang ugama Islam tulen.......cuma ahli-ahli UMNO yang lesu tak ambil kesempatan ini sepenuhnya...

    BalasPadam
  2. Memang akal pendek betul bekas pekerja DCA Airport Bayan Lepas ini bila bercakap . Orang cakap lain dia jawab benda lain ...

    bodoh piang betul mr bean ini .

    kalau ahli2 PAS yang taksub ini marah sangat kata Shafie Afdal Celaka dan biadab , sepatutnya cermin dahulu pemimpin anda itu terlebih dahulu yang menuduh UMNO lebih teruk lagi daripada ini . Siapa yang gelarkan UMNO Kafir ?? Siapa kata UMNO SYIRIK ?? Siapa cakap undi PAS masuk syurga ? Siapa pernah cakap Setan pun boleh buat kawan asalkan menang ??Siapa org PAS yang gadai kalimah Allah kepada puak Kristian ?? Siapa yang berdoa pecah perut kepada PM ??

    BalasPadam
  3. memang betul pun sesat, tp baru sekarang aje ada pemimpin BN yg berani bersuara. Bagus Shafie Apdal, berkata benarlah walaupun pahit, bukanya macam separuh ulamak2 kat Malaysia ni , hanya berani berkata pada yg tak mampu melawan tp bisu bila berhadapan dengan kesesatan yg dilakukan oleh golongan ulamak.Ulamak perlu reformasi, perlu telus, berani dikritik Ibnu Taimiyah pon dilebel sesat inikan pula Nik Ajis....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online