BREAKING NEWS

Panasss !!! Lanun Pasir Selangor kini upah samseng jaga lombong !!!



Nampaknya, kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Haram Selangor semakin tertekan akibat dari pelbagai pendedahan dibuat oleh media mengenai kerakusan mereka menyonglap pasir di Selangor.

Laporan sebuah akhbar semalam telah menyatakan bahawa berpuluh-puluh lori pasir keluar dari lombong di Kampung Olak Lempit tanpa mengendahkan rungutan orang ramai yang khuatir terhadap kesan perlombongan tersebut pada alam sekitar.

Akibat dari tekanan ini, lanun-lanun pasir ini telah bertindak dengan lebih ganas apabla mereka mengupah kumpulan samseng bagi menghalang dan menggangu pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap lori pasir yang beroperasi di sekitar kawasan lombong pasir Selangor.



Anak syarikat kerajaan negeri Selangor iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang selama ini begitu rakus melombong pasir di Kampung Olak Lempit dan juga kawasan sekitar lombong pasir di Paya Indah Wetland, dipercayai terlibat didalam kegiatan mengupah kumpulan samseng tersebut.

Kegiatan samseng ini dibuktikan apabila sebuah kenderaan yang dinaiki oleh empat orang penguatkuasa telah dikepung oleh 10 kereta samseng-samseng tersebut bagi menghalang operasi Jabatan Penguatkusa Jalan (JPJ) ke atas lori-lori pasir tersebut.

Samseng-samseng upahan ini telah mengepung kenderaan JPJ tersebut selam satu jam dan hanya beredar setelah sebuah kereta peronda tiba di kawasan tersebut.



Lihatlah sendiri betapa ganasnya lanun-lanun yang di bela oleh Pakatan Haram di Selangor ini. Mereka bukan sahaja merompak hasil bumi Selangor, tetapi mereka juga berani dan sanggup menentang pihak berkuasa yang datang berhadapan dengan mereka.

Inilah senario yang terjadi apabila kerajaan Pakatan Haram memerintah negeri. Cuba bayangkan pula bagaimana pula jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara?

Mereka bersekongkol dengan samseng dan juga berkomplot dengan lanun-lanun darat bagi menyonglap harta kekayaan negeri dengan begitu rakus sekali.

Apakah pentadbiran ala samseng dan berorientasi lanun sebegini yang rakyat Malaysia mahukan? Tepuk dada, tanyalah hati !

4 ulasan :

  1. kanapa JPJ tak ambil tindakan saman ke kereta-kereta tersebut, dah menghalang penjawat awam, sita je kereta tu, biar ada akai. kalau langar lampu merah JPJ berani saman ekor macam tu takut ke, boleh siap panggil pemilik kenderaan datang JPJ.

    BalasPadam
  2. PKR wujud bukan atas asas perjuangan membela bangsa dan negara tetapi lebih atas perjuangan membela seorang manusia yang terlibat dalam skandal peribadi yang menjijikkan yang kemudiannya mengeksploitkannya sebagai isu politik...sebab itulah pemimpin-pemimpin PKR tiada halatuju siasah dan cepat terpukau dengan segala daya tarik material termasuklah PASIR seperti dihadapi di Selangor sekarang........

    BalasPadam
  3. Salam Bro UMPP,

    Welcome to the Underworld Goverment of Selangor!!!

    Penguatkuasa pun diorang tak takut, sebab backup kuat...
    K- Kumpulan
    S- Samseng
    S- Samseng
    B- Bersatu

    BalasPadam
  4. Banyaknya samseng. Lombong pasir ada samsen, dewan rakyat dan dewan negara ada samseng. Sekarang dah ada tool samseng dunia.

    agbr47: Nak dengar komen dari tool soros media di Malaysia.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online