BREAKING NEWS

Jangan perjudikan masa depan bangsa dan agama !



Setiap pemimpin Pas daripada serendah-rendah jawatan hingga setinggi-tinggi jawatan, dengan begitu lantang menyeru rakyat supaya tumbangkan UMNO dan tumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim.

Kelantangan seruan itu jelas mencerminkan dorongan nafsu mereka yang ingin berkuasa, tanpa bersyukur dengan apa yang diperolehi hasil daripada perjuangan UMNO semenjak puluhan tahun yang lalu. Bagi mereka langsung tidak memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya UMNO itu ditumbangkan dan BN dikalahkan dalam pilihanraya yang akan datang.

Kita harus ingat orang yang hidupnya sebati dengan perjuangan UMNO dan mengharapkan perubahan pembangunan negara melalui konsep BN bukan kecil jumlahnya, mereka tidak akan berdiam diri sekiranya kedudukan UMNO selaku tonggak kerajaan BN tergugat.

Maka di sinilah akan berlaku pergeseran Melayu sesama Melayu, sementara yang bukan Melayu pula bertindak liar, kerana hilang keyakinan terhadap masa depan mereka. Kestabilan politik akan terjejas, kemudian diikuti pula kemerosotan ekonomi. Para pelabur mula menarik keluar pelaburan mereka satu demi satu, pengangguran semakin hari semakin bertambah.

Apabila pengangguran bertambah, kehidupan rakyat mula terjejas, keamanan negara tidak lagi terjamin, kecurian, perompakan, pembunuhan akan berlaku, ketenangan hidup rakyat akan tergugat, segala amalan yang baik seperti sembahyang, puasa dan sebagainya yang dituntut oleh Allah tanpa disedari akan diketepikan.

Masjid dan surau yang dibina dengan indahnya oleh Kerajaan menjadi kosong, kerana ruang itu telah diisi oleh tekanan kemiskinan hidup rakyat. Dalam hal ini nabi kita Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud “hampir kufur orang yang miskin”.

Sekarang ini semiskin-miskin rakyat Malaysia belum ada yang mati kelaparan, malah ada yang mengatakan rakyat Malaysia mati kerana makan. Setiap kali masjid dan surau mengadakan keramaian berlimpah ruah makanan, kadang kala terbuang begitu sahaja.

Oleh itu. Tidaklah memeranjatkan jika Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyebarkan dakyah supaya menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang. Mereka mahu berkuasa hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka yang belum puas. Harta dan wang bagi mereka tidak menjadi masalah. Kalau negara huru hara, rakyat menderita, mereka bukan orang yang bertanggungjawab, mereka boleh membawa keluarga mereka ke mana sahaja yang mereka suka.

Justeru itu, kita sebagai rakyat perlu memahami seruan dan tindakan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat ini, dan kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa 13 Mei 1969, walaupun situasi yang mencetuskan peristiwa itu agak berlainan sedikit berbanding dengan situasi yang ada sekarang. Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali.

Peristiwa 13 Mei 1969, tercetus adalah berpunca daripada sikap kita sendiri, kerana kita terbawa-bawa oleh perasaan marah terhadap UMNO/BN yang diapi-apikan oleh Pas. Pas menuduh UMNO zalim, UMNO rasuah, UMNO kafir dan sebagainya. Akhirnya ramai di kalangan kita yang terpedaya dan mencampakkan undi kita dalam pilihanraya 1969 kepada Pas sehingga UMNO memperolehi 52 kerusi daripada 68 kerusi yang dipertandingkan.

Melihat kejatuhan UMNO dan perpecahan di kalangan orang Melayu itu, anasir-anasir luar termasuk PAP yang sekarang ini DAP yang menjadi kawan rapat Pas, telah mengambil kesempatan untuk menghancurkan orang Melayu dengan mengadakan perarakan dan permusuhan, ramai di kalangan rakyat yang tidak berdosa terkorban. Selama dua tahun pentadbir UMNO dibekukan, sementara Malaysia diletak di bawah pemerintahan darurat (MAGERAN).

Oleh itu, kepada orang-orang Melayu yang jumlahnya separuh daripada penduduk negara ini, ingatlah...!! jangan sekali-kali marahkan nyamuk, kelambu dibakar, setiap pemimpin tidak akan kekal selama-lamanya, pemimpin datang, pemimpin pergi, UMNO tetap sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu dan Islam di negara ini, sementara BN sebagai parti yang menstabilkan politik yang berlatarbelakangkan UMNO.

JANGAN KITA CUBA MEMPERJUDIKAN NASIB MASA DEPAN BANGSA KITA DAN AGAMA KITA KERANA NAFSU, AKHIRNYA YANG KITA KEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN...

3 ulasan :

  1. UMPP, saya ada baca entri tuan di zmsegamat.

    Syabas kerana berani berada di arus cyber. Pemimpin telah membuat arahan menyerang. Tak ramai yang menyahut cabaran. Masing-masing masih lagi hayal bermotosikal, bermesyuarat di bandung. UMPP telah muncul dalam desakkan itu.

    Jumlah blog pro kerajaan jauh ketinggalan di belakang. UMPP mendekatkan jaraknya. Syabas.

    Teruskan. Sehingga setiap tajuk di cari melalui search engine, article dan link akan mengarahkan ke blog kita.

    Minda anak anak dan adik-adik kita perlu di asak dengan media baru. Mereka tidak suka mentalaah buku sejarah. Media baru akan membuka minda mereka.

    agbr47: Melayu akan terus di persada jika, bangsanya sanggup berkorban demi anak bangsa mereka.

    BalasPadam
  2. Saudara agbr47, Terima kasih diatas semangat dan sokongan yang Tuan diberikan.

    Sama-samalah kita berusaha demi membela nasib agama, bangsa dan tanahair kerana perjuangan kita belum lagi selesai.

    Salam ukhwah dari UMPP buat agbr47.

    BalasPadam
  3. taniah utk UMPP... teruskan usaha anda menyedarkan orang2 melayu yg masih terlena dibuai mimpi indah pembangkang...tolong bagitau pada blog pemuda umno nibong tebal...kenapa hanya ahli yang boleh masuk blog depani....macam mana nak menyedarkan orang melayu kalau hanya ahli saja yang dapat baca....saya pun nak tahu juga perkembangan di nibong tebal supaya dapat membantu menyebarkan aktiviti2 baik yg dilaksanakan...takkan sekali dua kena libas dan tutup utk tatapan umum...nanti dikatakan syok sendiri pulak..jgn takut kalau depa libas ramai yg sanggup berhujah....

    orang nibong tebal..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online