BREAKING NEWS

DS Shafie Apdal bakal pecah perut ?



PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

----------------------------------------------------

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

HarakahDaily


Inilah kerja ularmak-ularmak PAS. Mereka bukannya tahu bagaimana nak memakmurkan Islam didalam negara tetapi mereka hanya tahu merapu asyik nak memohon bala kepada sesiapa sahaja yang tak bersetuju dengan mereka.

Dengan sikap yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS ini, tak mustahil Syeikh Yusuf Qardhawi juga akan mereka doakan dengan doa pecah perut serta dimohon turunkan bala oleh Allah swt jika Syeikh tersebut menegur amalan khurafat yang dilakukan oleh PAS selama ini.

Daripada mereka asyik nak mohon diturunkan bala kepada umat Islam lain, alangkah bagusnya jika "tiang-tiang lampu berserban" dalam PAS ini memohon doa penerang hati serta hidayah buat diri mereka yang semakin menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Buat apalah sibuk-sibuk nak musnahkan orang lain yang berkata benar, Idris Ahmad serta seluruh ahli PAS sepatutnya cermin-cerminkan diri serta menginsafi semua perilaku mungkar mereka. Mohon keampunan banyak-banyak kepada Allah swt selagi umur masih ada dan berharap Allah mengampunkan salah laku mereka.

Itukan lebih baik !

3 ulasan :

  1. Salam Perjuangan,

    Itulah Pas yang kononnya lebih islam dari yang lain. Satu kapal akan tenggelam bersama-sama mudalilul amPasnyaa...

    Mohon link agar kita dapat bersama-sama menangkis dakyah2 songsang alJEWburi dan kambing2nya.

    http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

    -Melayu Bangkit!!!-

    BalasPadam
  2. SLM BRO..WALLY SLIPOR BARU JEK KUARKAN FATWA MERAPU TERBARU MENSYIRIKKAN ORG LAIN IKUT SKE2 MAK BAPAK DIA!. APE DIA X TAU KE DIRI DIA DH LAMA SYIRIK SEJAK JD PENGIKUT WAHABI?? KEHKEHKEH..ROSAK BTUL MUDALILUL BAHLOL SEKOR TU! ADOIYAIII >|D

    BalasPadam
  3. Kalam Timur. Blog tuan sudah di linkkan di blog kami.

    Bro Jeffry, Nik Aziz dah semakin nyanyuk. Dia rasa semua yang dia buat tu betul sementara orang lain semua salah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online