Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Double Standard DAP terhadap peniaga melayu di P.Pinang.
Comments : 2
Sebelum ini, pembangkang sering melabelkan pihak kerajaan Barisan Nasional sebagai zalim dan tak bersikap adil. Kerajaan BN dituduh mengamalkan kronisme, nepotisme dan juga pilih kasih didalam pentadbirannya.
Inilah topik utama yang dijadikan modal kempen pada PRU12 lalu di serata pelusuk negara. Yang paling lantang mencanangkan tentang hal ini sudah tentunya parti chauvinist lagi rasis DAP.
Kini setelah mereka mendapat mandat untuk mentadbir P.Pinang, jelas kepada semua bahawa DAP lebih kejam dan zalim dari kerajaan Barisan Nasional melalui parti Gerakan yang memerintah kerajaan negeri sebelum itu.
Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri nyata bersikap double standard didalam pentadbirannya terutama didalam hal-hal berkaitan bangsa melayu di negeri P.Pinang. Jika sebelum ini dia dan bapanya sering menuduh kerajaan BN mengamalkan kronisme, kini KOMTAR itu penuh dengan kroni-kroninya dari parti DAP.
Kroni-kroni Lim Guan Eng inilah yang menjadi agen untuk menghancurkan melayu P.Pinang terutamanya didalam isu-isu tapak perniagaan.
Gerombolan chauvinist DAP ini memulakan agenda zalim mereka dengan memindahkan secara tergesa-gesa Pasar Ramadhan di halaman bangunan KOMTAR yang menjadi tempat peniaga melayu/Islam berniaga ke tapak baru yang kurang strategik di Penang Time Square.
Manakala tapak di halaman bangunan KOMTAR tersebut yang begitu strategik serta mudah dikunjungi telah diserahkan kepada tauke-tauke cina yang bermodal besar untuk membina kafe-kafe ala barat dan mewah.
Kekejaman "zionis" DAP ini di teruskan pula dengan meruntuhkan gerai-gerai tarikan pelancong seperti gerai DO RE MI yang bertahun tak diluluskan permohonan TOL nya. Yang peliknya, rumah-rumah mewah berhadapan gerai DO RE MI yang terang-terang menyalahi peraturan dengan membina tembok-tembok batu hingga melebihi kawasan jalan dan pantai tak pula diambil tindakan.
Mengapa syarikat besar seperti YTL Corporation yang diberi muka untuk membina hotel-hotel mewah dan diberi tanah milikan bebas sedangkan permohonan TOL peniaga melayu yang telah lama berniaga langsung tak dipandang oleh kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng?
Ini berbeza dengan para peniaga cina yang membuka gerai-gerai di kawasan Batu Ferringhi. Walaupun gerai-gerai mereka melimpah ke atas jalan, namun tiada langsung diambil tindakan. Gerai-gerai peniaga cina ini jelas menggangu dan seringkali menyekat kelancaran aliran lalulintas di sepanjang jalan Batu Ferringhi tetapi dibiarkan begitu sahaja hanya kerana peniaga di situ adalah "satu kapal" dengan DAP.
Begitu juga dengan kawasan perniagaan gerai peniaga-peniaga cina di Jalan McAlister, belakang pasar Chowrasta dan juga di sepanjang Jalan Raja Uda yang memang menyalahi undang-undang dan menganggu lalulintas setiap hari.
Mereka-mereka ini telah menjadi "kebal" di bawah pentadbiran Lim Guan Eng dan DAP di P.Pinang. Semua ini jelas menunjukkan sikap pilih kasih atau Double Standard yang menjadi amalan pentadbiran baru di Pulau Mutiara.
Jika sebelum ini semasa pemerintahan Barisan Nasional di bawah Ketua Menteri Dr Koh Tsu Koon, peniaga-peniaga kecil melayu bebas menjalankan perniagaan mereka asalkan tidak menyalahi peraturan dan tak menganggu jalan, kini peniaga-peniaga melayu seolah-olah mahu dihapuskan oleh Lim Guan Eng dan DAP.
Di bawah pentadbiran Dr Koh Tsu Koon juga, ada inisiatif menyusun semula tapak penjaja cina supaya tidak berselerak dan menghalang lalulintas. Contoh yang boleh dilihat ialah seperti di Fettes Park, Tanjung Tokong.
Ini semua menunjukkan bahawa kerajaan BN P.Pinang sebelum ini adalah lebih baik dan mampu mentadbir dengan lebih telus tanpa sebarang sikap pilih kasih.
Rakyat P.Pinang khususnya bangsa melayu telah terpedaya dengan janji-janji manis Lim Guan Eng serta Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu hingga menyebabkan kemakmuran negeri tergadai.
Apa yang diharapkan ialah, semoga ini semua menjadi pengalaman yang berguna bagi mereka didalam memilih tampuk pemerintahan di masa-masa akan datang. Seharusnya mereka ingat bahawa bukan semua yang nampak indah itu mampu membahagiakan.
Jangan hanya kerana marahkan seekor nyamuk yang terkenal dengan flip flopnya, satu negeri hendak digadaikan.
Sumber PakLong myKMU.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
SLM BRO..HERAN GAK PREMIS ATAS POKOK PUN JD MANGSA. TERINGAT PLAK CITER DO RE MI YG BIKIN RUMAH ATAS POKOK YG KNE TEBANG SBB DI DIRIKAN ATAS TANAH ORG. TP MSLHNYA KAW TU DI TEPI PANTAI DAN SUDAH LAMA BERTAPAK KT SITU. SEWAKTU BN DLU X PNH LAK KACAU. KG BUAH PALA PUN X PNH KNE KACAU. TP BILE SI KIT SIYAL AMIK ALIH MAKIN KUSUT LAK JADINYE. DIA NI SAJE NK BUAT ZONING AREA SUPAYA ORG MLAYU JD MCM S'PORE. TERPINGGIR!. MMG SIYAL PUNYE KHALIFAH KOMUNIS!! HARKK PTUIHHH!!! >:(
BalasPadamMemang betul bro Jeffry. Kedai Do Re Mi tu dah lama jadi salah satu tarikan pelancong di P.Pinang.
BalasPadamWalaupun towkey gerai tu orang kuat PKR, Lim Guan Eng dah buktikan kalau bab rampas tanah..,dia tak heran langsung dengan sapa pun walaupun geng dia sendiri asalkan ada nama Melayu.
Rampas tetapp rampasss.