BREAKING NEWS

Anwar sibuk pasal Kampung Baru KL, kampung2 melayu di P.Pinang bagaimana pula?



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penduduk Kampung Baru di sini agar tidak terpedaya dengan janji manis ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetengahkan pelan untuk membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu baru-baru ini.

Beliau berkata, penduduk jangan sesekali terperangkap dengan tawaran yang dibuat BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut dijual untuk projek pembangunan.

-----------------------------------------------------------------

“Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN),” katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak


MalaysianInsider


Kenyataan Anwar ni tak ubah seperti kata pepatah, "kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".

Anwar sibuk memperkatakan mengenai nasib Kampung Baru di Kuala Lumpur, tetapi dia buat tak tahu tentang nasib Kampung Jalan Asam, Kampung Binjai dan juga Kampung Tengah di P.Pinang yang bakal dirampas oleh kerajaan zionis DAP pimpinan Lim Guan Eng.

Nasib tanah wakaf, kampung melayu dan juga wang zakat di P.Pinang semakin kelam di bawah pentadbiran khalifah PAS Lim Guan Eng. Apakah Anwar sengaja membiarkan DAP bermaharajalela di P.Pinang di atas sebab-sebab tertentu?

Anwar adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. Selain itu, dia juga menjadi Perdana Menteri tak rasmi kepada seluruh ahli Pakatan Rakyat. Jadi, jangan kata yang dia tak mampu untuk bersuara demi rakyat serta bangsa melayu di negerinya sendiri.

Sikap Anwar yang memejamkan mata diatas apa yang berlaku di P.Pinang ini amatlah meragukan. Mungkin ada perjanjian secara gelap termeterai diantara Anwar dengan DAP sebelum PRU12 lalu. Mungkinkah rakyat dan negeri P.Pinang di kambing hitamkan demi cita-cita politik Anwar?

Mungkinkah juga isi perjanjian itu adalah dengan menggadaikan negeri P.Pinang kepada DAP sebagai ganti kepada sokongan tak berbelah bahagi puak zionis itu untuk Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan juga bakal Perdana Menteri?

Segalanya mungkin jika ia melibatkan manusia sesumpah bernama Anwar Ibrahim !

4 ulasan :

  1. Tak heran suatu hari nanti Kg Baru KL akan tukar nama Kg Gelam Baru Malaysia..tu diaa baru real sikit..Orang KG Baru adalah melayu antara melayu yang paling teristemewa dari orang Mleayu negeri lain...Buat pembangunan tak payah tukar syarat tanah,tak perlu kemukakan pelan ke PBT cukup pada MAS untuk lulus,tak perlu bayar premium tanah seperti di kawasan area yang lain...Bila PAS masuk depa takbir..bila PKR masuk depa teriak reformasi...bila kerajaan masuk kami sokong apa-apa yang kerajaan cadangkan utk pembangunan Kg Baru tapi bla..bla..bla...bagi berbagai ulasan...Kg Baru Cina di Jinjang dah jauh berubah ada jinjang metropolitan,entreprenuers park,height dll...tak macam di KG Baru...apa saja yang kerajaan nak cuba tolong depa akan jawab kami bukan tolak pembangunan tapi kerajaan kena lah bla..bla..bla..alasan lagii..Pi Mai Tang Tu Jugak...apa-apa saja nak dibuat pasti akan bagi alasan....lantak kau orang laaa...dah melayu lagu tu...kalut memanjang....

    BalasPadam
  2. SLM BRO..DIA BUTE SBLAH..CELIK SBLAH. TP SBB TU DIA RELA DI BYR SINGGIT ASALKAN APEK2 SLNGOR & PENANG PENANG KAYE RAYE KEHKEHKEH ADOIYAIII

    BalasPadam
  3. Bro Jeffry, Anwar cuma gilakan kuasa dan gila jawatan PM. Sebab tu dia dah tak pedulikan nasib bangsa melayu lagi dah. Mungkin dia dah convert Yahudi sebab banyak sangat kawan dengan bangsa tu di barat nun.

    Anon 21:46, ada yang OK dan ada yang KO. Tapi, UMPP hormati pandangan anda.

    BalasPadam
  4. Memang betul apa yang dituls anon 2146 di sekitar KLCC dan Bkt Bintang kis untuk tukar syarat nyata,primium tanah,kos caj development,dan kos arkitek dan jurutera mencecah hampir 200 ribu untuk memulakan sesuatu pembangunan berskala kecil di Kg Baru..tapi semua tak perlu untuk kelulusan pembangunan kerana MAS yang luluskan...masalahnya kelulusan MAS tidak diterima oleh bank dan insuran untuk tujuan kredit dan perlindungan...bila untuk dapatkan pinjaman dari bank baru pelan dikemukakan ke PBT...apa semuanya ini???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online