BREAKING NEWS

MAHATHIR DAN NAJIB YANG CIPTA KES LIWAT.. - ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful Bukhari Azlan) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga.

“Ini penting. Ia memberi isyarat jelas kepada rakyat betapa pejabat Perdana Menteri terlibat dalam dalam hal itu,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera.

Beliau menjawab demikian mengenai kemungkinan kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Menyatakan kedua-dua kes fitnah itu dimenanginya di mahkamah, Anwar berkata, perbuatan itu direka orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berasa tergugat atau takut, lalu cuba membuat konspirasi.

Beliau sekaligus menolak tanggapan kononnya kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan, malah percaya ia sebaliknya.

17 ulasan :

  1. Dulu aku pun was2 dan hampir2 percaya...tapi skrg tidak lagi bila dah lihat logik yg ditunjukkan di http://www.youtube.com/watch?v=MFVCkRl07d0

    BalasPadam
  2. poyo la ko nuar...

    BalasPadam
  3. Bekas Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes melanggar undang-undang semasa perhimpunan Bersih 3.0, kata Yuktes Vijay, dan menagaskan peguam Ketua Umum PKR untuk kes tersebut adalah Karpal Singh.

    “Datuk Yussof bukan peguam Anwar, “tegas Yuktes apabila dihubungi berkaitan dengan pendedahan terbaru di twitternya hari ini.

    Ketika ditanya, kenapa Anwar sering mewar-warkan bekas Peguamcara II itu menjadi peguamnya, Yuktes berkata itu adalah cara Anwar memanipulasikan nama Datuk Mohd Yusof untuk mendapat keuntungan politik peribadi.

    “Hakikatnya, awalnya Anwar mahu Datuk Yusof menjadi salah seorang peguam belanya, namun Karpal tidak bersetuju.

    “Karpal tidak suka kepada Datuk Yusof dan Anwar pula takut kepada Karpal. Itulah realitinya,”katanya.

    Menurutnya, kerana Anwar masih mahu ‘menggunakan nama dan khidmat’ Yusof, maka bekas Peguamcara II itu dipindahkan menjadi peguam bela kepada Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) kononnya sebagai membantu kerja berpasukan.

    “Tidak ada kerja berpasukan. Masing-masing yang dituduh untuk kes itu mempunyai peguam mereka yang tersendiri.

    “Ketika itu, Chegu Bard juga sudah ada peguam iaitu R. Sivarasa dan N Surendran. Sekarang dikompromi seorang lagi peguam Datuk Yusof.

    “Macam mana seorang peguam senior seperti Datuk Yusof membela orang kecil seperti Chegu Bard. Sepatutnya Datuk Yusof jadi peguam Anwar dan bukannya Chegu Bard,”katanya lagi.

    Menurutnya lagi, sejak ‘perbalahan’ Karpal-Yusof, jarang bekas Peguamcara II hadir ke mahkamah, walaupun kes BERSIH 3.0 sudah dibicarakan.

    “Ini semua permainan persepsi Anwar untuk mengelirukan orang ramai nak tunjuk Datuk Yusof telah berpihak kepadanya.

    “Tetapi kena rujuk bukti dan rekod di mahkamah. Berapa kali Datuk Yusof hadir. Kenapa media tidak laporkan tentang Datuk Yusof, meskipun kes itu telah dibicarakan ?,” katanya lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dato' yusof ni sebenarnya adalah pegawai pendakwa kes liwat 1. Sekarang dah bersara dan sekarang beliau menyebelahi anwar. Dulu semasa menjadi penjawat awam terpaksa ikut arahan (walaupun tak betul).sekarang dah insaf dan bertaubat.itula yg sebaiknya dan bukan mcm mahathir, rumah kata pergi dan kubur kata mari pun masih tak insaf2 dan masih berdendam kesumat dan takut bayang2 sendiri atas dosa2 besar yg lalu.

      Padam
  4. SEndiri punya btg bengkok yg miang dan menggatai menyontot depan belakang, orang lain pulak yg nak disalahkan .....biasanya senang aje kalau kita xsalah nape xmau bersihkan diri sementara tunggu kes dimahkamah or sort off, bersumpah dgn cara Islam lah tp takut....dah menyampah dah tgk gelagat siGay tua nih... napelah dia nih tak migrate aje pegi duk US atau mana2 aje sebab politik dia nih hanya utuk berkuasa jadi PM aje bukan utk berkhidmat pd agama, bangsa dan negara....nawaitu xbetul.. semoga Allah SWT melindungi negara ku yg tercinta ini dari sidajjal nih berkuasa. Amin..Ya Rabbal 'Alamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bb2 mcm ni..thu plk ko nk doa..ha2.. ape krajaan ko tu brsh sgt ke..cai taik.

      Padam
    2. Org2 yg buta matahati yg yg tak nampak kebenaran.kes liwat palsu 1 & 2 dah pun kalah di mahkamah.. masih x reti2 lagi.driver tua dan tukang buat kopi manusia lemah dan hina dan senang diugut dan rasuah utk cipta fitnah liwat.manusia mcm bukan standard utk dipadankan dgn anwar, seorang pemimpin besar.hishamdin pondan pun boleh couple dgn artis anuar zain?

      Padam
  5. Spin lagi lah Nuar, jangan tak spin. jangan sampai hang pitam udah. Yang pasal Yuktes tu pulak hang tak sebut. Hang ni konfirm bangkai. Harap2 nanti time hang gol, jangan sampai bau pun macam bangkai udah. Jenoh pulak panggil hazmat bomba kena spray dari jauh...muahahahahaha...

    Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam
  6. Kalau malam ni anwar sumpah laknat balik saiful..esok pagi2 kami join pkr.

    BalasPadam
  7. Anwar..anwar udah2 lah tu.

    BalasPadam
  8. Jgn buat gila..mamat ni sanggup buat PE saje..sumpah ni pn antara jln trakhir yg dia akn gunakan bila dh trdesak Sgt..org klau dh kemaruk kuasa sanggup menghalalkn Cara utk capai matlamat..sdang berlaku skrg,jgn main2..dia ni org bijak yg dh selangkah didepan..

    BalasPadam
  9. alasan dia hanya dengan mengatakan peguam dan bapa saiful dah berpihak pada dia? itu je? itu je?

    jadi soalan wartawan camne? kenyataan yuktes camne? mubahalah camne? pendedahan rajagoyang camne? isu TERKAM camne? jawab yg itu dulu la bahlol!

    BalasPadam
  10. SEDANGKAN KALIMAH ALLAH TIDAK DIPERTAHANKAN, ADAKAH DENGAN BERSUMPAH SEMUA OK.
    FAKTA NYA SEHINGGA KINI NEGARA KITA AMAN, ADA KEMAJUAN, ANAK BANGSA DAH RAMAI YG LEPASAN UNIVERSITI, BERTAMBAH PENIAGA BERBILANG BANGSA YG BERATUS TAHUN SEBELUM INI HANYA BANGSA TIONG HWA, KITA JUGA BEBAS BERIBADAT. ANCAMAN SEKARANG ADALAH LGBT, KEGANASAN, PUAK RASIS DAN CAMPUR TANGAN ASING DARI LUAR. NEGARA KITA, BIARLAH ORG KITA YG MENTADBIR IKUT CARA KITA. FIKIR LAH, YG NEGATIF ITU DARI KUMPULAN MANA?

    BalasPadam
  11. Ohh. buat video sumpah edit depan kaabah tu dah bagus sangat la er ? ingat sumpah2 ni boleh buat main suka2 hati ? tanggung la dosa menipu + fitnah orang sekali. kita tengok mati nanti acano qupanyo er :) assalamualaikum.

    BalasPadam
  12. Kita tgok ja kt akhirat nnt

    BalasPadam
  13. Hidup pakatan rakyat!!

    BalasPadam
  14. kalau dah kebulur sgt nk fitnah org cari la yg logik sikit..ni cari kes jubor mana kena dgn DSAI.yg kena jubo muda lg masih kuat x kan x boleh nk lawan org yg dah tua nk jubo awk..mcm cerita kartun la.dulu aku suka UMNO tp sekarang aku jadi benci sbb suka fitnah org.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online