BREAKING NEWS

Artis baru dedah tawaran seks dari pengarah...

Laporan dari sebuah akhbar, seorang artis baru, Zeehan Husin mendedahkan permintaan seorang pengarah terkenal untuk menjadi peneman tidur semata-mata bagi mendapatkan watak utama dalam drama arahannya.

Zeehan, 30, yang pernah muncul dalam drama bersiri seperti Pesona Sukma, Nur Kasih, Aku Tak Gila, Lela Manja dan Wanita Coklat itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut.

"Saya masih waras. Hingga kini saya tidak lagi ditawarkan berlakon oleh pegarah itu,"katanya yang mendakwa, ada artis baharu lain yang dipercayai telah menjadi mangsa pengarah tersebut.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.

Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.

Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak. - MD

1 ulasan :

  1. nama zeehan husin..tp knp gmbar hanez suraya???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online