BREAKING NEWS

Melia kata video lucahnya superimposed...


BARU saja berkecimpung dalam dunia lakonan, bintang Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimellia panas apabila video bogel dikatakan miliknya, tersebar di beberapa portal hiburan.

Tidak mendiamkan diri, Melia menafikan bahawa gadis dalam video itu dirinya.

"Saya rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya.

"Saya akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat saya jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun saya bukanlah sepopular pelakon lain," katanya kepada Zass.


Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, turut menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu.

"Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah.

"Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.

"Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya.

Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.


p/s: Macam pernah dengar je ayat penafian tu... Korang ingat tak lagi dialog ni...., "Muka nampak macam saya..., badan pun macam saya.., tapi itu bukan sayaa... Perut pun tak sama dengan perut saya.."

"Itu semua adalah propaganda untuk menjatuhkan saya.., lagipun.., cincin (omega) tu bukan saya yang punya..."

Sebijik lahhhh.... Hari tu Sifu dia berlakon.., sekarang ni giliran anak murid dia lah pulak... Hahahahahaha....

4 ulasan :

  1. mcm ni lah, dah malas nak komen. Mari kita ramai2 kumpul duit dan hantar video ke tmpt di mana video Anwar di hantar utk kepastian tulennya video itu. Kalau tulen dan sah original, Noor Melia kena bayar kita balik semua wang yg kita gunakan utk pengesahan video tersebut. Apa macam Melia, setuju?

    BalasPadam
  2. klu btul bkan dier dan rase isu ni nk jatuhkan dier bwat la police report...
    ni xder aper 2 pun...
    publisiti murahan..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online