BREAKING NEWS

Artis melayu berdakwah atas riba perempuan.. WTF!


Gua terbaca komen sorang artis lelaki dalam Mstar pasal usaha dia berdakwah melalui lakonan. Bagi gua, berdakwah tu memang bagus, cuma yang tak bagusnya, apa kejadahnya berdakwah sambil peluk dan tidur atas riba pompuan?

Kalau nak bagi kenyataan selamatkan diri sekalipun, takkan lah berdakwah dijadikan sebagai alasan untuk halalkan benda yang tak halal? Lu belajar dari sapa ni beb? Dari Nik Aziz ke?

Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz di negara seberang.

Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.

"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.


Gua cuba nak bersangka baik dengan statement dari Johan ni, dan gua dah cuba sehabis mungkin untuk berprasangka positif.. Tapi gua gagal beb..

Gua tak nampak dimana rasionalnya lu nak campurkan 'usaha dakwah' dan berpeluk serta tidur atas riba pompuan tu sebagai satu kaedah yang berkesan. Nak melingkup lagi ada laaa..

Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.

"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.

"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi
.

So.., kalau dah ada niat suci nak berdakwah pada generasi muda tu, jangan pulak pilih cara yang salah. Gua takut nanti habis semua peminat Johan ni 'beramal' sambil berpeluk dan tidur atas riba pompuan..

Try belajar dari Ustaz Don Daniyal.. Tak pun.., ikut je Azhar Idrus.. Jangan ikut Mat Sabu dah laaa... Nanti bukan setakat tidur atas riba.., dalam kain pun dicerobohnya nanti..

Maklumlahhhh..., komunis. Hahahahaha....

6 ulasan :

  1. bro. wa xleh bla part ayat lu ckap sal mat sabu. lawak do. hahaha

    BalasPadam
  2. Johan tu tahu kalau jadi ustaz berapa sen je dapat.. kalau jadi artis lumayan pak..

    BalasPadam
  3. Johan faham kalau jadi Ustaz berapa sangat dia dapat, kalu jadi artis dapat pegang2 ,lumayan lagi

    BalasPadam
  4. Erk...nak tanya kalau hafal 1 juzuk setengah Al-Quran tu dah boleh panggil tahfiz ker? Setahu saya pengertian tahfiz ialah org yg menghafal seluruh Al-Quran?

    BalasPadam
  5. berkelulusan tahfiz????perasan lebih je si Johan ni...hafal 1 juzuk setengah je tahfiz ape kejadahnya???ingat senang ke nk bergelar tahfiz???tah pape jelah die ni...dh xde modal lain ke nk popular???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online