BREAKING NEWS

Najib suruh rakyat Selangor lupakan Penasihat RM1..


Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor di bawah kerajaan negeri pakatan pembangkang akan dapat diselesaikan jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih negeri itu.

Perdana Menteri berkata selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Sepetang Bersama Perdana Menteri di Pangsapuri Rimba Jaya di sini sempena lawatan beliau ke negeri Selangor di bawah Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN, hari ini.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor kini ialah masalah air, sampah sarap dan para peniaga kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menghadapi cadangan kenaikan sewa ruang niaga yang mencecah sehingga 100 peratus.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan memberikan peruntukan bagi membina sebuah surau yang amat diperlukan oleh penduduk-penduduk di pangsapuri itu.

"Saya lihat pangsapuri Rimba Jaya memang memerlukan sebuah surau yang baru kerana saya telah dibawa berjemaah Asar petang tadi, tentu kawasan itu tak sesuai untuk kita terus kekalkan sebagai surau kawasan pangsapuri ini," katanya.

Buat masa ini penduduk menggunakan ruang tingkat bawah pangsapuri itu sebagai surau yang hanya boleh memuatkan antara 50 dan 60 jemaah pada sesuatu masa.

Najib turut melawat para peniaga di Kompleks PKNS selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri tengah hari tadi.

Beliau turut dimaklumkan oleh para peniaga berkenaan bahawa pakatan pembangkang banyak menabur janji manis sebelum berkuasa dahulu tetapi setelah berkuasa mengenakan kenaikan sewa bulanan yang keterlaluan sehingga mencapai 100 peratus.

"Pengerusi Persatuan (Peniaga-peniaga Kompleks PKNS) tadi minta (Kerajaan Persekutuan) ambil alih Kompleks PKNS...kalau ambil alih kerajaan negeri akan kenakan syarat yang menyusahkan.

"Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri kerana bukan sahaja masalah peniaga itu selesai tetapi masalah sampah sarap, air dan pangsapuri Rimba Jaya akan selesai," katanya.


p/s: Kalau bayar RM1.., maka dapat hasil pun RM1 lah jawabnya..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online