BREAKING NEWS

Barang naik.., jom kita meroyan..

Ni adalah artikel edisi lepaskan tension sikit sebenarnya. Bukan tension pasal hantaran kawin mahal, bukan jugak kerana gua nak pergi kempen di Tenang tapi tak cukup tambang. Tapi tension sebab harga makan naik mencanak-canak.

Nanti kalau tak sentuh bab ni, juak-juak Pakatan kata gua wala' membabi buta sampai kerajaan buat salah pun masih sanggup nak sokong.

Gua bukan nak backup kerajaan 1Malaysia Najib, dan bukan jugak nak sokong gerombolan Mat bontot hanya disebabkan harga benda makan ni naik. Gua cuma sokong masyarakat biasa saja sebab hidup ni bukan disponsor oleh mana-mana pihak diatas tu pun.

Bila petrol naik harga 10sen seliter, gula naik 15sen sekilo, tepung naik 10sen jugak sekilo, bukan bermakna peniaga boleh naikkan harga ikut suka hati mak bapak dorang bai..

Keji betul perangai bila dorang naikkan Teh Ais segelas sampai dua ringgit. Berapa kilo gula dorang pakai untuk segelas Teh Ais hahhh?

Lepas tu, Nasik lemak besar nenen budak darjah enam boleh dijual dengan harga seringgit lima puluh sen sebungkus. Korang taruk apa dalam nasik lemak tu sampai harga tak masuk akal? Tiga kali suap dah habis.

Nak cepat kaya pun agak-agaklah sikit.. Silap-silap boleh papa kedana baii kena sumpah dengan pelanggan.

Ini semua bukan cobaan, ini betul-betul terjadi dalam negeri. Bukan standart McD pun kedai yang jual mahal macam ni.. Gerai tepi jalan je baii.. Kalau kedai mamak tu memang dah tahu pun perangai cekik darah dorang.

Jadi, salah siapa sebenarnya semua ni? Meh kita fikir bersama..., yang pertama, mesti salah kerajaan pasal sapa suruh dorang naikkan harga barang? Kan dah dijadikan alasan untuk peniaga yang cam kimak nak kaya cepat naikkan harga jualan dorang.

Yang kedua, of course salah peniaga yang bercita-cita nak jadi jutawan segera, tu lah pasal dorang sengaja ambik kesempatan diatas kebodohan kerajaan.

Yang ketiga, kita jugaklah yang salah. Pasal apa? Pasalll...dah tahu mahal, kenapa korang gatal beli jugak?

Moral of the story ialah, kerajaan yang ada sekarang ni kurang cerdik sebab tak reti nak populis macam Guan Eng. Sepatutnya biar rugi seposen asalkan untung seribu, tapi kerajaan pulak nak untung seposen tapi tak sedar dorang rugiii banyakkk...

Dan yang sebenarnya memainkan kerja gampang menaikkan harga barang ialah para peniaga yang gila nak cepat kaya. Dorang ni lah yang sebenarnya membuat onar dalam negara. Jadi, jom kita boikot semua gerai-gerai yang jual barangan dengan harga melampau ni semua.

Biar dorang tak merasa nak jadi kaya dengan cara keji mendajalkan poket pengguna. Gua yakin korang boleh buat dan gua pun boleh. Malaysia mesti Boleh!! Go Khairul Fahmi...Hahahaha..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online