BREAKING NEWS

Tarif air Kedah naik sebab untuk disalurkan ke N45 Galas...


Kerajaan PAS Kedah telah menaikkan kadar tarif air sebanyak 27% sejak minggu lepas. Walaupun sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Ustad Zizan telah menafikan segala khabar angin yang air akan dinaikkan, tiba-tiba tanpa sebarang amaran, ia dinaikkan juga.

Semalam semasa saya bersembang di kedai kopi bersama rakan-rakan di Taman Angsana, Kulim Kedah, ada yang berkata, tarif air naik di negeri Kedah kerana duit tersebut nak digalas ke Galas, Kelantan untuk pilihanraya DUN.

Kebetulan pula kini kerajaan PAS Kelantan sibuk mengutip derma dan memohon sumbangan untuk program serta persediaan menghadapi PRU13, memang jelaslah bahawa kerajaan PAS Kelantan kekurangan wang akibat tekanan dari kerajaan pusat. Itulah cakap-cakap mereka.

Ada pula seorang rakan menyatakan, tindakan kerajaan PAS Kedah menaikkan tarif air sebenarnya bukan untuk menyenangkan rakyat Kedah, tetapi PAS sebenarnya menambahkan kesusahan semua pengundi-pengundi mereka di negeri Jelapang Padi tersebut.

Selama ini pun, perkhidmatan air di Kedah amat tidak memuaskan, kata mereka. Adakalanya, air keluar dari paip hanyalah sebesar ekor tikus dan adakalanya air hanya menitik seperti budak lepas kencing. Semenjak PAS memerintah Kedah, cukai kerajaan negeri makin banyak, rakyat yang susah pun banyak juga.

Apapun, diharap rakyat Kedah merelakan duit mereka digunakan oleh kerajaan negeri bagi membantu calon PAS yang bertanding di DUN N45 Galas.

Hangpa marah-marah pun tak guna jugak pasal dulu hangpa kata Ustad Zizan baguih sungguh. Bukan ka dulu hangpa jugak kata Ustad Zizan ni pemimpin berjiwa rakyat? La ni ropanya bukan pemimpin berjiwa rakyat, tapi pemimpin yang berjiwa Raja. Semua kena kat dia saja.

Untuk penyokong PAS di Kedah, anggaplah kenaikan tarif air ini sebagai JIHAD. Tak perlu pergi berperang atau ke Israel, penyokong PAS Kedah dapat pahala JIHAD hanya kerana bayar bil air saja. Tak mau lagi ka?

Kepada penyokong kerajaan BN di Kedah, harap sabarlah banyak-banyak. Masa pergi Pejabat Pos atau ke kaunter pembayaran air, anggaplah duit bil air anda diragut atau di "paw" sebanyak 27% oleh mat rempit.

Nak buat macam mana kan.. inilah akibatnya jika rakyat angkat peragut dan penyamun jadi pemimpin!

p/s: Mahfuz taknak komen apa-apa ke pasal kenaikan tarif air di Kedah? Hehehehe...

3 ulasan :

  1. tak usah ceritolah
    sama-sama memerintah
    Kerajaan Pusat yang kaya raya pun kenakan cukai serba mokniko.Kalau nak senarai ni berjela-jela.Terbaru cukai rokok dinaikkan.Penghisap racun dan hembus kat jiran pun terpaksa beli dengan harga yang meningkat.

    Ni kat Selangor ,kerajaan negeri dok pertahan tak nak naikkan tarif air si Syabas pula nak saman kerajaan.Hangpa mesti sokong Syabas punya. Cuba kerajaan negeri bagi can kat Syabas pasti puak2 hang kata kerajaan nak mamposkan rakyat pula.

    Letih nak melayan!

    BalasPadam
  2. Selangor tak nak naikkan tarif air??? Bolehlah pencacai hamPAS terus bermimpi untuk beberapa bulan ni. Lepas habis bermimpi nanti jangan terkejut, air percuma 20 meter pertama pun dah mula kene bayar semula.

    Nak kata kerajaan Selangor ini kerajaan berkebajikan pun hanya sekadar pemanis mulut je. Kami yang duduk flat guna meter secara pukal pun langsung tak dapat air percuma janji kerajaan 'bajingan' ni.

    Yang hanya tahu korek pasir untuk kenyangkan perut kroni2 sahaja.

    BalasPadam
  3. hat mana betui ni. poning den

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online