BREAKING NEWS

Isu wang ehsan hasil judi.., Apalah punya bebal Lim GE dan DAP P.Pinang niii....


Rakan bloggers si Pisau didalam blognya sudah timbulkan persoalan mengenai sumber yang digunakan oleh Kerajaan negeri DAP bagi membiayai sumbangan ehsan kepada warga emas.

Ini termasuklah persoalan mengenai sumber kewangan negeri yang disalurkan kepada kempen membasmi kemiskinan yang terdapat dalam janji-janji Lim GE kepada rakyat P.Pinang selepas menang PRU lalu.

Itupun susah sangat untuk Lim GE jawab ke? Takkan susah sangat nak tunjukkan bukti sumber dana untuk wang ehsan warga emas?

Lim GE dan Ng Wei Aik asyik-asyik putarbelit kata sumber tersebut datang dari lebihan perbelanjaan kerajaan negeri hasil dari berjimat cermat. So, kalau betullah macam tu, mana buktinya??? Mana dokumen yang mengesahkan kata-kata Lim GE dan Ng Wei Aik???

Kalau setakat jawab macam tu tanpa sebarang bukti bertulis, siapa pun boleh buat. Berani kah Lim GE dan kerajaan negeri tunjukkan bukti bahawa sumber wang ehsan kepada warga emas adalah dari lebihan pendapatan kerajaan negeri P.Pinang?

Ataupun, mungkin Lim GE dan DAP tiada rekod dari mana sumber dana tersebut datang? Mungkin dokumen ada tapi tak boleh tunjuk kepada orang? Apa nak malu tunjuk kalau ianya benar-benar sumber "halal"?


Sebagai rakyat P.Pinang, saya sendiri nak tahu dari mana sumber pendapatan negeri yang digunakan untuk memberi bantuan kepada warga emas terutamanya yang beragama Islam. Sudah tentunya kita semua tak mahu menerima sumber yang dikhabarkan daripada hasil perjudian.

Di P.Pinang kini terdapat banyak jenis judi yang sedang beroperasi. Pada masa sekarang, terdapat lebih 253 premis judi dan maksiat yang berlesen di seluruh P.Pinang. Itu yang berlesen, terdapat beribu yang tak berlesen beroperasi secara haram di negeri ini.

Rakyat di P.Pinang sedar dan tahu semua ini. Inilah yang menjadi punca persoalan dari mana sumber kewangan kerajaan negeri DAP pimpinan Lim GE yang disalurkan kepada warga emas dan program membasmi kemiskinan yang lain.

Jadi, apa yang berbelit-belit macam lidah biawak Lim GE dan komradnya di P.Pinang nak jelaskan mengenai sumber wang tersebut? Jawab sajalah dan tunjukkan bukti lengkap bagi memuaskan hati seluruh rakyat P.Pinang.

Lim GE selalu kata slogannya ialah Cekap, Adil dan Telus. Jangan hanya pandai berslogan saja Lim GE.., buktikan kepada semua rakyat jika benar seperti yang dikatakan.

Dan mengenai laporan Pemuda PR kepada SKMM terhadap blog sahabat Pisau, apakah Lim GE dan DAP mahu menutup "mulut" bloggers P.Pinang dari mendedahkan salahlaku serta penyelewengan kerajaan negeri??? Jangan mimpilah Guan Eng!! Takut apa jika kamu semua tak salah?

Pemimpin-pemimpin Pakatan pun selalu bermain persepsi dan menyebarkan propaganda jahat kepada pemimpin kerajaan. Ingat lagi bagaimana Anwar tuduh DS Najib berkerjasama dengan Israel melalui APCO, dan tuduhan mengaitkan DS Najib dengan wanita Monggolia? Namun semua tuduhan dan persoalan dijawab dengan baik serta berfakta oleh pemimpin yang terbabit.

So, whats the point Lim GE dan DAP nak meroyan sangat? Be matured lah Guan Eng... Rakyat P.Pinang still tunggu jawapan dan bukti dari anda mengenai sumber pendapatan kerajaan negeri yang dilaburkan untuk program membasmi kemiskinan. Setakat cakap tanpa bukti.., tak mainlah!

Saya yakin, Pak Ali pun pasti nak tahu juga apa jawapan dan bukti dari Lim GE "kesayangannya" ini. Jadi, jawab je lah yee Guan Eng.., jangan lupa sertakan bukti sokongan sekali. Jangan biarkan diri anda dan kerajaan DAP di cop sebagai PEMBOHONG dan PUTARBELIT untuk selama-lamanya!

2 ulasan :

  1. Pohon add link celah gelegar di blog Media Permatang Pauh, tq

    BalasPadam
  2. kalau macam tu BN banyak untung daripadar tax wang judi magnum, toto, dll... wang ini digunakan oleh kalangan muslim UMNO juge, kalau nak menuding jari kepada orang, tanya sendiri dulu, dosa tak awek selama ini... kesian punye manusia...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online