BREAKING NEWS

Ranting dan banyak patah, batang tunggu masa nak tumbang !



BUKIT MERTAJAM 18 Julai – Seramai 56 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini bertindak keluar parti sekali gus membubarkan cawangan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, semua mereka membuat keputusan menyertai UMNO dan borang keahlian diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak; Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali; bekas Ketua PKR cawangan terbabit, Shafie Ali dan bekas Naib Ketua cawangan, Ismail Md. Ali.

Lebih 30 ahli cawangan yang keluar parti hadir ke Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dengan memakai kemeja T tertera ‘Selamat Tinggal PKR’ dan logo parti yang sudah retak di bahagian belakang.

Utusan


Ahli-ahli PKR di sini mengatakan mereka keluar parti kerana tak sanggup lagi melihat nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan, malah sepanjang dua tahun ini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong juga tidak kelihatan.

Menurut Shafie Ali, bekas Ketua PKR cawangan dan bekas Naib Ketua cawangan, Ismail Md. Ali.., semua janji-janji Anwar selama ini kosong sahaja begitu juga dengan janji wakil rakyat di situ. "Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami", kata mereka.

"Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini,” kata mereka lagi.



Inilah karenah pemimpin-pemimpin PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi langsung tak tahu bagaimana nak berkhidmat untuk rakyat. Peruntukan yang sepatutnya di beri kepada rakyat, semuanya habis digunakan untuk membiayai Anwar Ibrahim berjalan ke sana sini termasuklah membuat "tour" memohon ampun maaf kepada Yahudi di Amerika.

Memang selayaknya Parti Keadilan Rakyat kini ditukar kepada Parti Kencing Rakyat kerana pemimpin-pemimpin mereka hanya tahu "mengencing" rakyat dengan janji-janji kosong mereka sahaja. Hari ini dah banyak ranting PKR dah patah, esok lusa tunggu batang pulak yang bakal tumbang !

3 ulasan :

  1. hahahaha.. bgus2. tahniah, kmbli ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  2. Rasa2nya, PKR akan lingkup dulu sebelum PRU13. Anwar bakal lari ke luar negara ikut Raja Petra.,

    BalasPadam
  3. Org org Seperti ANWAR dan DAP adalah sahabat2 setan.. Sbb tu lah tipu je manjang.


    Syukri

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online