BREAKING NEWS

Bodoh punya kerajaan KATI !!! Lepas ni kita pakat undi PAKATAN !!!



Bila DS Najib umumkan kenaikan harga minyak petrol, gas memasak dan juga gula, ramai yang marah-marah. Dalam kalut-kalut, terdengar perbualan tiga orang sahabat yang juga marah-marah tentang pemotongan subsidi oleh kerajaan.

Wak Labu marah kerana minyak petrol naik 5 sen walhal dia pergi kerja hari-hari naik pengangkutan awam. Dan kalau di isi minyak motor cabuknya pun, full tank baru ada tambahan lebih kurang 15 sen. Kalau isi penuh, seminggu tak payah boh dah. Tapi tak kira..., dia nak marah juga pasal tengok Ah Pek marah.

Ah Pek pula marah sebab gas memasak naik harga. Walaupun Ah Pek jarang masak di rumah dan tukar tong gas 2 bulan sekali, Ah Pek kata kalau gas naik harga, harga makanan akan naik juga. Sebab tu lah dia marah sangat sampaikan PRU depan, dia akan undi parti cap Roket katanya. Walhal, dari dia muda, memang parti cap Roketlah yang dia pangkah, bukannya kati.

Bila tengok Wak Labu dengan Ah Pek marah, Samy pun ikut marah juga. Dia pula pilih marah sebab gula naik. "Ini kasi banyak rugi sama worang pasal itu guwla ada naik sampai 25 sen", kata Samy dengan bengis. "Tapi, saya ada sikit juga untung sebab saya sudah kena itu kincing manis. Manis punya barang langsung tarak boley makan", sambung Samy sambil senyum dan marah bercampur baur.

Nampaknya, semua ada alasan mereka sendiri untuk marah di atas kenaikan barang. Namun, mereka bertiga hairan apabila melihat Pak Nuar yang tersenyum sahaja bagaikan tak hairan dengan isu panas kerajaan potong subsidi. Lantas mereka bertanya kepada Pak Nuar, apakah dia tak berasa marah?

Pak Nuar selamba jawab sambil control macho, "Aku nak marah buat apa, yang patut marah ialah yang undi kerajaan selama ni. Aku undi Pakatan, dan aku yakin Pakatan tak akan abaikan pengikut depa", lancar Pak Nuar berkata-kata.



"Ni hangpa tengok, semalam aku ada dapat sms dari member aku di Selangor. Dia kata kerajaan negeri akan tampung kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan pusat dengan duit pasir yang depa korek selama ni. Dah la ayaq selama ni depa dapat free, la ni harga minyak naik pun depa tak rasa sebab kerajaan negeri tolong," sambung Pak Nuar dengan penuh semangat.

"Betul-betul.....,Tu yang di Selangor, di Kelantan pun aku dengar kerajaan Tok Guru nak bagi bantuan jugak," kata Wak Labu. "Dengar kata kerajaan negeri cap bulan nak bagi bantuan melalui baucer dan tajaan. Apa nak heran, duit balak berkapuk-kapuk dalam simpanan negeri. Sebab tu lah senang-senang saja mereka boleh bagi," kata Wak Labu lagi.

"Memang butut, wa pun atak dingar wa punyia sedale di Penang cakap itu Khalifa Lim mau kasi tambah luit belanje sama olang-olang tue. Olang cakap aa, dia sulah manyak untung bikin itu lumah mewah atas meleyu sama inlia punyia kampung. Dulu ala kasi satu latus, sikalang wa dingar lia olang sula mau up kasi sampai lima latus satu bulan ooo. Itu olang biase yang talak tue punyia pun atak lapat jugak. Satu olang satu latus itu maciam la wa atak dingar," beria-ia Ah Pek sambung cakap Wak Labu.

"Woooo, itu macam kalu, samala sama itu negeri Kedah," kata Samy. "Saya punya uncle sana duduk ada cakap juga itu Ostad Zizan mau cover itu naik punya barang harga. Dia worang cakap pun ada sikit sama macam itu Kelantan. Jual balak sana dalam negeri ada banyak untung. Campur sama itu orang putih mari bikin kilang punya duit, sekarang itu bulan punya parti sudah banyak kaya la macha. Itu pasal la boleh bantu sama itu rakyat, kihkihkih..," sambung Samy sambil ketawa terkekeh-kekeh.

"Pasal tu kita kena undi Pakatan," kata Pak Nuar. "Kita kena bagi jadi Satu Malaysia Pakatan tadbir. Barulah kita boleh senang. Jeles betoi aku dengan member kita kat negeri Selangor, Penang, Kelantan dengan Kedah tu, kita yang dok kat Perlis ni, apa pun takdak. Memang teruk betoi kerajaan Kati ni." kata Pak Nuar sambil menumbuk-numbuk bahu Samy.

Lantas keempat-empat mereka menjerit serentak.....,

"Hidup Pakatan !!! Kita mesti Pilehhhh !!!!

Kah kah kah.

21 ulasan :

  1. keh keh keh..sinis betul posting lu bro.

    BalasPadam
  2. ‎....dengan muka selamba pak nuar berkata..itu baru perintah negeri...kalau pakatan perintah malaysia rakyat boleh tampung potongan subsidi dengan gadai bontot kat aku...bleh dapat wang ehsan...

    Kakakakaka..

    BalasPadam
  3. Kerana Minyak Naik 5 sen nak tukar kerajaan?? Kalau naik harga kepada RM2.70 seliter mungkin lojiklah..

    BalasPadam
  4. Saya Sokong BN bila harga minyak murah =))

    Saya Sokong PKR bila harga minyak naik =))

    Errrr...Saya sokong BN bila harga minyak murah balek =))

    BalasPadam
  5. mana maunya hidup semua nak free je beb....toilet awam yg bau busuk tu pun masuk rm0.30 tau..

    Hampeh tul laa..

    BalasPadam
  6. Kalau pangkah PR dalam PRU 13 kelak dan menyapu bersih kesemua kerusi Parliamen & DUN di mana al-Juburi dinobat sebagai PM bukan jaminan total harga petrol tidak dinaikkan.

    Kenaikan harga petrol berkait dengan fenomena global. Kalau harga petrol mencecah ke USD100 adakah kerajaan PR masih lagi mahu memberi subsidi kepada rakyat ? Kalau betul sudah pasti kerajaan akan jatuh bangkrup.

    BalasPadam
  7. Harga barang harian asyik naik. Gaji tak naik-naik.

    BalasPadam
  8. syukurlah tak naik sampai 78 sen cam dedulu ....kononnya nak bagi subsidi pada pengangkutan awam...
    sib baik la rejim tu tak ada dah...kalu tidak mungkin masa ini atas nama penyelarasan subsidi dia akan naik lagi 1.50.....


    Budak Kuala

    BalasPadam
  9. apa mau kisah? pangkah je PR habis cerita... kena tipu pun x pyh nk pening2... rela kan je

    BalasPadam
  10. Teruk2 UMNO/BN...dah merintah 40,50 taun baru nampak haprak depa

    pakatan haram baru merintah 2 taun dah terbukti lagi haprak berkali ganda daripada pemerintahan BN/perikatan selama 50 taun

    bayangkan kalo pakatan haram merintah malaysia 50 taun.

    BalasPadam
  11. Mungkin Tok jib.ingat orang Malaysia tak makan minyak,sebab itu di naikan minyak .Bila nak jual Petronas pada Brunai,sifu Pak lah...

    BalasPadam
  12. punyalah penipu pakatan ni..dapat perintah malaysia, terus jual pada israel hahahaha

    BalasPadam
  13. Kalau pilih Pakatan pun belum ada jaminan harga akan turun. Kalau turun pun mungkin bayar banyak subsidi lagi bertambah bangkrap. Minyak dan gas dunia semakin naik

    So nak marah ke, nak demo ke, nak tukar kerajan ker, nak caci maki ker benda dah jadi pandai-pandai ler berjimat cermat kurang-kurang ler makan kat kedai tu bawak bekal le, berhenti merokok, naik motor pulak, berdiet untuk kuruskan badan dan berkebun pulak gayanya kita ni.

    Depa nih tempah kubur awal-awal tak mau menang PRU kot????

    BalasPadam
  14. Kalau pakatan perintah...aku ingat ramai melayu duduk pinggir hutan..nak belajar pon tak ada siapa nak taja...belajar lah dgn Tok batin...kekeke...bab nak duduk bandar kos tinggi...duduk hutan lagi senang...makan ape yg ada...melayu ni semua nak senang dan murah...

    BalasPadam
  15. Bandingan harga minyak asean seliter


    -msia rm1.85,
    indo-rm2.48,
    Thai-rm4.12,
    filipina-rm6.60 ...

    Gula 1kilo ..
    msia rm 1.90,
    thai rm2.50,
    Indonesia rm3.68,
    filipina -rm3.46 ...

    ramai yang tidak menyedari selama ini kerajaan memberikan pelbagai subsidi kepada rakyat...ramai tak berterima kasih dan tidak bersyukur...

    kerajaan menurunkan subsidi minyak 5 sen pun untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk memberi tumpuan membangunkan negara...sebenarnya bukan harga naik tetapi subsidi dikurangkan...

    BalasPadam
  16. jgn bandingkan minyak dengan negara lain la bahlol.... negara yang ko bandingkan mane ade keluar minyak.. mmg la tinggi.... syabas semua org2 yang kenaikan harga barang.. lepas ni jgn memaki "monkey"jaan.... sebb mereka yang korang pilih... teruskan dengn mengundi be end....

    BalasPadam
  17. SLM BRO..ITU PSL SIPELIWAT BANGGA JD PUNAHSIHAT SINGIT. RUPENYE DLM DIAM DIA KATOK,PULUN, KOREK HABIS2AN DUIT KERAJAAN NEGERI KOREK SANA SINI, DPT MASYUUK DR TOKEY2 ZIONIS,TOKEY2 KOMUNIS. PEHHH DASAT2!!!..EKONOMI SELANGOR MMG TERBELA BROO! KEHKEHKEH

    BalasPadam
  18. apa la nak berkira sangat dengan kenaikan 5sen tu.. bukan la mahal sangat..kalau nak berkira sangat bagus jangan hidup la..bagus pergi mati ja...tak payah fikir2 nak beli barang harian.hehehe

    BalasPadam
  19. salam..to tanpa nama..
    ni komen ko "jgn bandingkan minyak dengan negara lain la bahlol.... negara yang ko bandingkan mane ade keluar minyak" ...

    terbukti bdk2 pakatan mmg bodo n bahlol..indonesia tu pengeluar minyk cm malaysia la bodo..dieorg ade syrikt minyk gak..pertamina..dlu ms petronas br2 bkk..rmai kakitgn petronas kne hntr kt indon..tu la..len kali rjinkn membc skit..jgn asyik kene liwat dgn nuar al juburi wal israeli je..bodo punye bdk pakatan haram..

    BalasPadam
  20. pening la ngan politik kat Malaysia nie... kita orang bawah nak buat kerja utk rakyat pun susah.... tolong sana takut sini terasa..... masuk sini takut sana pandang semacam..... huhu.... payah payah......

    ~minah NGO

    BalasPadam
  21. kesiannya la kat hangpa ni... buat drama apa niiii? syok sendiri nampak... harap2 la hangpa tak buta hati... huhuhu

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online