Sudah-sudahlah Mahathir.. Tak payah berangan nak jatuhkan BN


14 July 2016 - Betul ke Tun Mahathir nak tubuhkan parti sendiri? Macam-macam hal Mahathir ni bila dah sampai tahap senja, makin menjadi-jadi pulak perangai dia. Bukan nak insaf dengan apa yang dah berlaku, tapi masih lagi nak menambahkan api kebencian rakyat keatas dirinya.

Mungkin, Mahathir akan bergandingan bersama trio yang sudah tidak menjadi ahli UMNO. Boleh jadi Mahathir akan mencipta satu platfom baru untuk mereka meneruskan karier politik yang sudah hancur disebabkan beliau sendiri. Semua yang dilakukan Mahathir adalah untuk memusnahkan UMNO, namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada parti tersebut.

Walaupun bersama TS Muhyiddin dan DS Shafie serta anaknya, kekuatan tersebut belum cukup untuk merempuh tentera UMNO/BN yang memang teguh dan setia bersama-sama parti. Sokongan rakyat terhadap mereka juga mungkin akan berbelah bahagi terhadap parti pembangkang yang lain.

“Mereka ini lambat laun akan dilupakan rakyat dan selepas itu, baharulah mereka tahu tidak ada parti selain UMNO yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyatnya,” kata  Datuk Aziz Kaprawi

Menurutnya, usaha yang dilakukan Mahathir tidak akan membuahkan hasil dan tidak memberi tekanan kepada UMNO. Usahanya untuk bergabung bersama parti pembangkang juga  dilihat tidak berjaya kerana Mahathir tidak mungkin dapat bersatu bersama pembangkang terutamanya PKR.

“Apa yang harus Mahathir ketahui, BN tidak sedikit pun gentar dengannya walaupun dia akan bergabung dengan PH,” ujarnya.

Kisah lampau Mahathir yang menyumbat Anwar ke dalam penjara tidak mungkin akan menjadikan pemimpin PKR mesra bersamanya, mungkin persengketaan  bakal berlaku sekiranya gabungan itu terjadi. Walaupun PAN dan DAP dilihat mesra dengan Mahathir tapi wujud kekangan untuk bersama.

Mungkin juga, Mahathir buat-buat lupa keputusan PRN dan PRK lepas yang telah dibolot oleh UMNO/BN. Jika Mahathir benar-benar ingin menubuhkan parti baru semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin UMNO, ia sememangnya tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak.

Namun Mahathir patut sedar bahawa jumlah blok pembangkang yang semakin meningkat pastinya menjadikan rakyat lebih fokus kepada UMNO/BN menjelang PRU-14 nanti.

2 ulasan:

  1. Parti Kroni Kerala se Malaysia.

    BalasPadam
  2. tengoklah Aziz Kaprawi leh kekeal ke kat BP. Jangan besok cakap makan tuan.

    BalasPadam