Belum lagi bentuk kerajaan, tapi Pakatan Harapan sudah huru-hara.


14 July 2016 - Khayalan Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah kerajaan nampaknya hanya tinggal cerita basi. Yela macam mana nak bentuk kerajaan kalau Pakatan Harapan sendiri pun dah huru-hara... langsung takde persepakatan.

Gabungan antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya semakin berantakan. Ketidaksefahaman antara mereka masih lagi menemui jalan buntu... silap-silap keadaan boleh menjadi lebih sukar dan rumit.

Setakat pakatan pembangkang pun dorang tak boleh nak atasi dengan baik inikan pulak nak memonopoli kerajaan yang besar... memang tak lah kann! Majlis Presiden Pakatan Harapan sendiri yang mendedahkan pakatan itu kini terperangkap dengan pelbagai persengketaan antara ahli dan parti sesama sendiri.

“Masalah ini mesti diselesaikan segera kerana dalam apa jua perkara, kepentingan rakyat mesti didahulukan.

“Melihat kepada kegawatan ini, pimpinan dalam Pakatan Harapan akan mengadakan satu pertemuan pada masa terdekat ini untuk mengkaji kelemahan kami dan mengatur strategi untuk mendapatkan semua sokongan rakyat,” katanya.

Bukan tu je, perbalahan dorang ini juga turut diakui oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Muhamad Sabu.

Kesiannyaaaa... banyak hisap gam agaknya dorang ni sebab tu suka berkhayal je lebih hahaha! Kemampuan tak seberapa tapi angan-angan tinggi menggunung. Apa yang pakatan pembangkang tahu sejak dari dahulu lagi adalah asyik bergaduh je sesama sendiri.

Jadi macam mana rakyat nak percaya puak-puak dorang tu mampu nak terajui kerajaan besar sebagaimana BN buat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan