Parti dedak Mahathir bakal memusnahkan blok pembangkang.


22 July 2016 - Apa sahaja yang mampu dilakukan oleh parti baharu yang bakal diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tu?? Ditambah pula parti dedak Mahathir tu katanya bakal bergabung dengan blok pembangkang.

Menjadi atau tidak kita pun tak pasti.... tapi nampak macam bakal mengeruhkan lagi keadaan je! Sebab kalau parti dedak tu sertai blok pembangkang maknanya akan bertambahlah kepala otak yang gilakan kuasa.

Sekarang ni dalam blok pembangkang ada geng gila kuasa seperti Lim Guan Eng, Wan Azizah, Azmin Ali serta Mohamad Sabu. Kalau campur sekali dengan Mahathir dan koncu-koncunya.... haaaa korang faham-faham jela.

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris mentafsirkan kemunculan parti dedak itu bakal memporak-perandakan senario politik pembangkang yang sedia ada. Makin haru biru la jawabnya.


“Gabungan pembangkang selama ini kita lihat banyak menemui kegagalan dan jalan buntu apabila mereka tidak sepakat dan dapat memupuk persefahaman ideologi politik bersama. Sebab itu, dua kali pembangkang bergabung, dua kali jugalah mereka berpecah dengan sebab yang sama. Namun perpecahan kali kedua memberikan kesan kepada Pas, apabila ada pemimpin mereka yang berpaling tadah dan menubuhkan parti baru.

“Dan dengan kewujudan parti baru yang diasaskan oleh Tun Mahathir ini saya jangka bakal lebih mencelarukan kerana matlamat penubuhan parti baru oleh Tun ini juga saya hanyalah berdasarkan matlamat politik peribadi semata-mata. Sebab itu, saya kira pertembungan ideologi dan matlamat sekiranya mereka ini bergabung, akan bertambah kritikal memandangkan Tun Mahathir itu dulu merupakan musuh mereka selama lebih 22 tahun,” ujarnya.

Bayangkanlah, Mahathir yang dahulunya menjadi musuh pembangkang kini tiba-tiba nak bekerjasama dengan pembangkang pula. Lepas tu bawa matlamat dan ideologi yang berbeza... korang fikir pembangkang akan ikut cara Mahathir ke??

Sangat tak patut tindakan Mahathir itu yang sanggup bersekongkol dengan musuh sendiri semata-mata bagi menjatuhkan UMNO... Sedangkan dia sendiri tahu yang UMNO banyak berjasa kepada rakyat dan pembangunan negara.

“Kita akan bersedia dalam menghadapi apa juga cabaran daripada parti pembangkang termasuklah pakatan baharu yang ditubuhkan bekas presiden UMNO, Tun Mahathir. InsyaAllah selagi perjuangan UMNO berteraskan Islam, bangsa,tanahair dan bukannya bersifat peribadi, UMNO akan terus teguh dengan sokongan orang Melayu di negara ini.

“Dan kita pula sebagai ahli perjuangan parti, kami melafazkan taat setia tetap bersama UMNO dan sentiasa akur dengan setiap keputusan pucuk pimpinan parti serta serta berjuang habis-habisan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa yang akan datang,” tegasnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan