Guan Eng memperbodohkan rakyat Pulau Pinang sekali lagi.


22 July 2016 -  Kesian sangat dengan rakyat Pulau Pinang ni kann... Tak habis-habis kena bohong dengan Ketua Menteri mereka, Lim Guan Eng. Dari dahulu sehingga sekarang tak habis-habis kena kencing. Bermacam-macam episod kisah cerita dongeng yang direka Guan Eng.

Kalau dahulu kisah dongeng mengenai rumah banglo milik Guan Eng yang dibeli dengan harga murah sehingga menjadi kontroversi. Kini rakyat kepulauan itu ditipu lagi dengan kisah dongeng kerajaan DAP mahu adakan pilihanraya mengejut bagi menyelamatka Ketua Menteri mereka.

Punya heboh pasal tu.... last-last senang-senang je Guan Eng bagitahu yang semua kisah dongeng pilihanrayanya itu hanya permainan boneka bagi menutup kes rasuah yang melibatkan dirinya sahaja.

Kini Guan Eng mengesahkan yang DAP tak mahu pula membubarkan Dun... Aikkkkk sebelum ini bukan main lagi kerajaan DAP Pulau Pinang dok umumkan nak bubar Dun. Sekarang ni bila semua dah kecoh suka-suka hati dorang pulak kata tak jadi.

Apa korang ni umum pilihanraya bubur Dun segala ni umpama main masak-masak ke?? Zaman kanak-kanak main kawin-kawin ke?? Sekejap kawin sekejap cerai macam tu?? Nampak sangat yang dorang ni mempermainkan dan memperbodohkan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) kepada kerajaan pimpinan mereka. Nampaknya rakyat Pulau Pinang kena kencing sekali lagi.

“Dalam politik, mandat boleh diibaratkan sebagai ikrar atau akad perkahwinan, dan ancaman untuk membubarkan mandat yang diperolehi boleh diibaratkan sebagai "talak".

“DAP ini parti yang suka bermain dengan 'talak politik', sudahlah Pas ditalakkan, kini seolah-olah DAP seperti mempermainkan talak dengan rakyat,”kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Sebelum ini Guan Eng dikaitkan dengan dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.... namun dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Jelas... DAP hanya mempergunakan isu pembubaran Dun bagi mengaburi mata rakyat dan mengalihkan isu kes rasuah Guan Eng. Tak mahu rakyat terus-terusan memberi perhatian kepada kes rasuah Guan Eng... Takut nanti rakyat sedar yang pemerintah mereka bukanlah pemimpin yang baik.

“Sepatutnya, Guan Eng yang kini memasuki penggal kedua sebagai Ketua Menteri harus matang dan jangan menggunakan status sebagai pemenang majoriti di Dun sebagai satu kelebihan untuk mengancam kedudukan undang-undang serta menggunakan pilihan raya dengan jalan yang salah dan tidak beretika,”katanya.

Sudah-sudah la tu menipu rakyat... habis hancing kepala rakyat! Sepatutnya Guan Eng sedar diri dah redha untuk melepaskan jawatannya. Kalau dah salah tu buat jela cara bersalah... buat apa yang patut dan ganti jawatan tu dengan pemimpin yang lebih berhak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan