Mahathir akan ketuai Demonstrasi Jalanraya untuk gulingkan kerajaan.
23 July 2016 - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kelihatan gembira dengan saman sivil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memaklumkan mahu mengadakan perhimpunan aman untuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan.
Dalam masa sama, Mahathir mengajak semua rakyat di negara ini untuk turun dalam perhimpunan aman yang akan diuruskan oleh pihak tertentu bagi menuntut Najib melepaskan jawatan.
"Saya rasa kita perlu adakan satu perhimpunan aman untuk menuntu penyingkirannya (Perdana Menteri)," kata Mahathir.
Amboi Mahathir.... Dah tua-tua pun bukan main lagi meroyannya... Siap nak buat perhimpunan tuntut Najib letak jawatan... Mahathir sedar tak diri tu dah tua?? Nak berjalan pun dah tak larat... Berjalan pun nak kena pimpin... Lagi ada hati nak turun himpunan ni.
Yang tak tahan tu siap ajak semua rakyat untuk turun bersama beliau... Mahathir kata, rakyat di negara ini pengecut... Mereka tak berani untuk turun ke jalanan mendesak pemimpin yang korup.
"Rakyat negara ini penakut. Di negara-negara lain, jutaan akan turun ke jalan. Rakyat Malaysia ini, baik-baik, kita biasanya tidak berbuat apa-apa (tiada tunjuk perasaan)," katanya.
Sempat lagi mengata dekat rakyat tu... Memang jenis mulut 'puaka' betul Mahathir ni... Macamlah dia tu berani sangat... Rakyat tak turun dalam himpunan yang dibuat bukan sebab takut... Tapi dorang dapat fikir dengan waras, takda faedah untuk turun berhimpun di jalanan tu... Dari turun ke berhimpun beramai-ramai... Lebih baik mereka luangkan masa bersama ahli keluarga... Ada juga faedah.
Lagipun dorang tak mudah diperbodohkan... Dorang pun tahu, kalau turun ke himpunan tu hanya memberi faedah kepada pemimpin seperti Mahathir ni.... Yang sengsara,dorang... Buang masa, buang tenaga!!
Perhimpunan aman ini perlu, bukan bertujuan untuk demnonstrasi perarakan yg tidak membawa kebaikan pun. Mungkin perhimpunan aman ini menjemput orangramai yg ingin tahu dan berminat mendengar pencerahan dr golongan pejuang aktivis tentang kemelut 1MDB, isu penyelewengan kuasa dan rasuah semasa. Mungkin tahap kesabaran rakyat terhadap apa yg disajikan oleh sumber berita luar negara terhadap isu korup yg teruk ini sehinggakan melabelkan kedudukan Malaysia no. 2 selepas kes korup yg melanda FIFA sewaktu kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan.
BalasPadamKegagalan pihak kerajaan mendepani isu 1MDB terserlah apabila proses pengadilan yg terpalit dengan pelbagai situasi kekacauan spt berlaku kematian peguam SPRM, kakitangan SPRM diganggu dan ditahan oleh pihak SB, AG ditukar, pengerusi PAC dinaikkan pangkat dan etc.
Perdan Menteri sepatutnya wajib hadir bersemuka dan membuat perakuan secara terbuka tentang persoalan demi persoalan dirungkai secara satu persatu dan inilah tanggungjawab PM yg mendengar rintihan suara rakyat. Bayangkan Tun M bekas perdana menteri yg ketika ini sudah menjadi rakyat umum bukan beliau shaja yg mahu penyingkiran Najib dibuat malah secra umum nya rakyat meminta Najib bercuti dan ditubuhkan RCI menyiasat isu ini secra bebas. Kalau setakat PM menafi dan menggesa rakyat jangan dengar ini fitnah maka benda tak selesai semudah itu. Rakyat jadi geram bila pihak kerajaan berkta benda yg belum dibuktikan oleh mahkahmah tak boleh di buat spekulasi....dan nak tanya kerajaan kalau AG Apandi dah buat arahan tiada keperluan utk PM disabitkan kes dengan mahkahmah ..... makna benda ni takkan dibawa kemahkamah! dua perkara ini yg menjadi lawak dan orangramai seperti mula jadi kenan beruk.
Jadi PM kenalah bersama rakyat dan menerima keadaan apa sekalipun berlaku adalah wajar memandang kelangsungan Malaysia dimata dunia seharusnya diambil kira kerana ini adalah maruah bangsa Malaysia.
Majoriti orang Melayu tolak mahathir, ph. Semoga Allah lindungi Malaysia dari huru hara, insyaAllah.
BalasPadam