Guan Eng perasan dirinya Hero kepada rakyat Penang.


23 July 2016 - "Lim Guan Eng tidak boleh diselamatkan lagi, mari kita berterus-terang. Saya bukan jenis yang menafikan perkara ini, semua orang tahu, tetapi pilihan raya ini adalah untuk menyelamatkan rakyat dan Malaysia, kerana Malaysia boleh diselamatkan.

"Pulau Pinang dan Malaysia dapat diselamatkan, jadi mari kita mengikuti proses demokrasi dan minta rakyat untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu memberikan kami mandat baru atau tidak," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Mesti masa Guan Eng keluarkan kenyataan ni, beliau berasa dirinya seperti seorang superhero yang sedang mempertahankan negara dari dicerobohi dan dimusnah oleh penjahat... Betul tak??

Mana taknya... Ayat tak boleh belah.... Kata dirinya tak dapat diselamatkan lagi gara-gara didakwa atas dua tuduhan rasuah.... Tapi rakyat masih mampu menyelamatkan Pulau Pinang dan Malaysia dari pemimpin yang didakwanya mengamalkan korupsi... Dah macam ayat dalam skrip filem je.

Lawak betul Guan Eng ni... Rasanya Guan Eng dah silap bidang... Beliau tak layak jadi pemimpin, tapi layak jadi pelawak menggantikan Douglas Lim... Sebab lawak-lawak Guan Eng lagi kelakar dari Douglas Lim.... Hahaha.

Jadi persoalan laa... Kenapa Guan Eng dakwa dirinya tak dapat diselamatkan lagi?? Bukan ke Guan Eng kata dirinya tak bersalah dalam dua tuduhan ni?? Kalau tak bersalah, kenapa tak boleh diselamatkan lagi?? Korang tak pelik ke??

Selalunya yang tak dapat diselamatkan lagi ni, orang yang didakwa tu memang terbukti bersalah... Bak kata orang, semua bukti apa yang dilakukan tu ada... So, si pesalah ni dah takda peluang untuk menyelamatkan diri lagi.... Nak pusing fakta dan bukti dah tak boleh.

Sudah-sudahlah Guan Eng keluarkan kenyataan merapu tu.... Bikin geli hati je dengar... Kalau Guan Eng nak adakan pilihan raya, tak payahlah nak gesa Najib adakan pilihan raya umum apa... Buat saja pilihan raya di Pulau Pinang tu... Umno dan Barisan Nasional sentiasa bersedia untuk hadapi pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan