Allahyarham Asisten Komisioner Ibrahim Lebar dan juga Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban semasa kejadian pencerobohan berkenaan, dianugerahkan pingat berkenaan sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman pengganas.
Pemberian pingat tersebut membuktikan bahawa kerajaan Malaysia sentiasa prihatin dan mengiktiraf jasa serta pengorbanan anggota keselamatan negara. Selain dari pingat, sudah tentunya kebajikan keluarga anggota yang berkorban demi negara tak akan disia-siakan oleh pihak kerajaan.
Seramai 105 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang diambut oleh rakyat negara ini pada 7 Jun tahun lepas.
Sementara itu, Rosiah Dahlan, 53, balu kepada Allahyarham Asisten Komisioner Ibrahim Lebar yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu berkata beliau sebak kerana pengorbanan arwah masih diiktiraf, meskipun peristiwa berdarah itu sudah setahun lebih berlalu.
"Kami sekeluarga sudah lama reda dan menerima ketentuan ini. Malah kami sekeluarga juga baharu pulang daripada menunaikan haji pada 28 Oktober lalu dan tujuan utama kami ke sana adalah untuk menenangkan diri," katanya.
Ibu bapa kepada Koperal Mohd Azrul Tukiran yang turut terkorban dalam insiden Lahad Datu, Tukiran Ahmad, 63, dan Saadiah Md Amin, 62, pula berterima kasih atas penganugerahan itu dan berharap ia dapat membakar semangat anggota polis untuk berjuang mempertahankan negara. - Utaranews.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan