Jihan Muse berlakon jadi Rosmah Mansor dalam filem hantu???


Jangan nafi bahawa isteri Perdana Menteri DS Rosmah Mansor memang popular ketika ini walaupun beliau bukanlah seorang artis.. DS Rosmah popular kerana karakter beliau yang dilihat bersahaja dan juga sebagai seorang isteri yang sentiasa setia mendampingi suaminya iaitu DS Najib Tun Razak.

Walaupun ada yang pandangan negatif terhadap DS Rosmah, namun beliau dilihat sebagai seorang wanita yang amat tabah membantu Perdana menteri didalam urusan dalam serta luar negara. Itulah wajah sebenar isteri yang selalu memberi sokongan pada suaminya beb..

Baru-baru ni, ada khabar yang mengatakan bahawa pelakon serta pelawak berbakat iaitu Jihan Muse melakonkan watak yang mempunyai persamaan dengan DS Rosmah. Watak lakonan beliau didalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan dikatakan menyerupai dengan isteri pemimpin tertinggi negara kita..

Watak Jihan sebagai Bik Susantik yang diperagakan dengan rambut kembang serta dilitupi selendang dalam filem karya Mamat Khalid tersebut sekali imbas agak sama dengan DS Rosmah. Tetapi bagi Jihan, ianya hanyalah kebetulan sahaja..

Baginya, tidak terlintas langsung watak yang didukungnya menyerupai individu kenamaan yang dimaksudkan.
“Sejujurnya, sebagai pelakon, saya mendukung watak ini sebaiknya. Karakter tersebut sangat unik dan mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik audiens ke pawagam menontonnya.

“Ketika ditawarkan berlakon, selepas membaca skrip yang diberikan, tidak terfikir langsung akan ada isu yang dibangkitkan seperti ini. Mungkin sekadar kebetulan yang tidak dirancang atau disengajakan,” jawab Jihan.

Menurut Jihan, ketika di set penggambaran dan mengenakan kostum yang disediakan khas untuk watak itu, tiada seorang pun antara krew produksi menegur ia iras dengan sesiapa, apatah lagi seseorang yang dikenali.

Sementara itu, Mamat berkata setiap karya adalah sebuah filem cereka yang dihasilkan berdasarkan keadaan atau situasi sekeliling yang dekat dengan jiwa masyarakat setempat. Namun, watak-watak tersebut adalah sekadar rekaan semata-mata untuk menghiburkan penonton.

“Filem ini mengisahkan perihal pusaka yang diwarisi turun-temurun. Selalunya pusaka yang diwariskan berbentuk harta tetapi dalam filem ini, pusaka tersebut adalah saka. Justeru, disebabkan ia sebuah karya komedi dan suspen, pelbagai karakter dicipta untuk menambahkan kepelbagaian dari sudut plot penceritaan.

“Watak-watak tersebut adalah sekadar rekaan semata-mata untuk menghiburkan penonton, tidak ada kaitan dengan sesiapa yang hidup di muka bumi ini. Jadi, sekali gus tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Kalau ada yang sama, ia tidak disengajakan,” jelas pengarah itu. 

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan