SANGGUP JUAL MARUAH KERANA NAK BELI TUDUNG BERJENAMA FAREEDA.


Terbaca jugak pasal promosi tudung Fareeda yang mengatakan bahawa "memiliki tudung fareeda umpama menjadi impian bagi setiap Perempuan bertudung di Malaysia"... Nampak sangat macam wanita bertudung kat negara ni tergila-gila sangat kat jenama tudung, dan bukannya nak bertudung kerana menutup aurat.

Dan kalau tengok kat gambar diatas tu.., ada pulak wanita bertudung sanggup tidur di kaki lima kedai hanya semata-mata nak memiliki tudung berjenama berkenaan sampai menjatuhkan maruah diri.. Terfikir pulak.., adakah tudung Fareeda tu lebih mahal dari harga diri wanita muslim?

Cuba bayangkan.., pemilik syarikat tudung tu sedap2 tidur atas katil empuk dan ber'aircon'.., ada pulak wanita-wanita yang sanggup tidur atas simen kaki lima demi kegilaan melariskan jualan terhadap tudung berkenaan..

Agama ajar macam ni ke didalam usaha menutup aurat? Punyalah kejar nak beli tudung bagi menutup aurat lah kononnya.., tapi tunjuk aib umat Islam dengan tidur tepi jalan macam lah tak ada rumah dan keluarga.. Apa kejadahnya semua ni beb?

Pengaruh dan budaya songsang pasal tudung ni dah berjaya membuatkan wanita-wanita dalam gambar diatas hilang akal.. Apa bezanya tudung di pasar malam kalau setakat nak tutup aurat? Adakah jenama dan populariti tudung tu menjamin aurat ditutup dengan sempurna?

Patutnya syarikat jual tudung ni membimbing penggunanya untuk bertudung secara sempurna bagi menutup aurat, bukannya sekadar bertudung untuk bergaya dan menjadi popular..

Ni dah sampai menggalakkan umat Islam tidur di kaki lima jalan semata-mata berebutkan tudung kerana gaya dan populariti.., itu dah lain jadinya.. Tak malu ke bila bukan Islam tengok perkara2 macam ni jadi?

Bila kita tegur.., dikatakan kita dengki dan cuba menyekat perniagaan orang melayu.. Tapi fikir sendirilah beb kalau ahli keluarga kita yang tergolek tidur kat tepi jalan tu.. Takkan kita nak senyum dan bangga kot?

63 ulasan:

  1. bodoh x bertempat.... alahai bangsaku

    BalasPadam
  2. Terasa Cock MeiLing3 Jun 2014 pada 1:35 PTG

    Baik adakan kempen & promosi Wanita Cina Bertudung Amat Menawan. Ramai wanita kaum cina yang comey2 berminat untuk pakai tudung.

    BalasPadam
  3. Untuk makluman tuan mpp
    Mostly yg tido kt kaki lima adalah org2 susah.. yg ambil upah queue utk beli tudung pd esok siang hr...

    Tolong jgn kurang ajar
    Elok tampil org2 susah berkenaan
    Spt yg dituntut agama !

    Kepada pemilik gedung tudung fareeda
    Jijik sekali cara penjualan tudung kamu
    Hebat sgtkah tudung kamu ?
    Buruk sekali cara kamu berbisnes

    Ic... aku lupa.. org Kelantan kan ?
    No wonder laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangang,cek dulu sblm nk menuduh

      Padam
    2. Pada dasarnya... terpulang pada pengguna itu sendiri, seperti kata penulis, untuk menutup aurat, tidak semestinya tudung diatas semata. guna kain batik lepas pun dah cukup memandai.

      Paling menjijikkan dalam fikiran kamu mengenai rakyat Kelantan. Bukan semuanya seperti apa yang kamu fikirkan. Adakah semua rakyat negerimu berfikir demikian seperti kamu?

      Ic... lupa.. darah dagingmu seluruh keturunan kan?
      No wonder laaaa

      Padam
    3. Pe plak nk babit kn ngeri bro!wtf!!

      Padam
    4. Knp dgn org kelantan? Sape pemilik fareeda kalau demo tahu? Kecek molek boh. Demo.nk.mtok maaf ko dgn sluruh ore qlate atas tduhan dan cacian demo tu.? Siasat dulu mawar tu ore mana. Jgn buat doso kering.

      Padam
    5. Assalammualaikum Tanpa Nama. Fareeda milik mawar dan emaknya. Btw mawar org penang. Bkn qlate. Agok2 demo nk mntk maaf ke dgn sluruh rakyat kelantan.? Suka2 ckp mcm tu. Kaji dl sblum komen. Assalammualaikum

      Padam
    6. Hoi...hati bau bangkai la ko ni..ape kaitan org kelantan dlm tudung ni??? Mawar tu org penang lak

      Padam
    7. Assalamualaikum saudara/saudari , bak kata orang melayu moden. "Bodoh simpan dalam poket" atau secara jelasnya jangan memandai komen kalau tak tahu menahu. Fareeda merupakan syarikat milik orang Pulau Pinang . Bahasa kena jaga :) Manusia semua sama ada salah dan silap. Jangan main nama negeri saya!

      Padam
    8. Mawar tu mamak penang kenapa pulak nak kata kelantan.bodo piang

      Padam
    9. Hahaha dia kata tokey kedai orang kelantan?ni mat tokey dia satu negeri koit ngn aku..PULAU PINANG..dan satu lagi..hang kot salah sorang yang ada dalam tu?ramainya orang susah nohhh dibayar que..tak mcm orang susah plak aku tgk

      Padam
    10. Mangkok..mawar tu org penang la..laki dia fizo omar yg org kelantan..

      Padam
  4. Guna la bahasa lain..klau ya pun...nmpk sgt kau tu pun se level org yg tido kaki lima tu...

    Jual2 maruah ni jgn di sebut. ..mcm sama kan level dgn pelacur..bohsia. ..dll nauzubillahhh

    Klau ya pun guna la bahasa yg ber maruah skt

    Mereka2 tu hnya la seller yg cri duit lbih dapat kan tdung yg di tmpah pmbeli online...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg dah mcm takde maruah..betul la..pakai tudung tpi susuk badan pergh..menakjubkan..:/

      Padam
    2. Dh mmg gaya mcm xde maruah..nk beli tudung untuk tutup aurat ke untuk menunjuk2 yg ko mampu pakai tudung jenama tu. Tdo kt kaki lima mcm tu. Sume org bleh tgk. Pelacur pun main dlm hotel.

      Padam
  5. Aku ada dengar mcm ni di bangi tempohari,sampai amik nombor,aku ucapkan tahniah kepada wanita2 yang ingin bertudung,tapi bila aku belek2 tudung sekerat,dada masih terbukak,blum cukup sifat laie,seperkara lagi,dah musim artis bertudung,,sbb nak jadik model dan ada setengah menyanyi di tv laie,,padahal takat tudung tapi suara masih aurat.tak cukup laie tuh..inilah akhir zaman....pengusaha2 tudung laris jual tudung mcm2 fesyen,byk yg menepati SOP muslimah,dan byk juga tak ikut SOP...sama2lah menjawab nanti diakhirat....

    BalasPadam
  6. Kalau nak komen tu komen je la. Tp.jgnla masukkan unsur2 kenegerian.sy rasa x semua org kelantan perangai buruk spt yg awak fikir...

    BalasPadam
  7. Semacamm je tarikan tudung fareeda ni. Pelik aku! Dari dulu hingga kini aku tak teringin pulak nak memiliki walau selai tudung fareeda. Apa dah jadi dgn mereka yg begitu taksub ini??? Karut...sungguh karutt!!

    BalasPadam
  8. Faham dgn sebenar2nya cara dan konsep bertudung dan menutup aurat. Malu teramat sgt bila ana tgk fenomena ni. Mana maruah kaum hawa? Seolah2 hidup cam tak de tamadun. Bw anak2 cam...maaf kalau sy kata cam puak gelandangan semata2 merebut fesyen yg dah tentu blum lg membawa kita ke jannah. Wahai tuan punya F... Seronok ker? Bangga ker? Bila kalian tgk camni cara anda berniaga??? Apa tujuan perniagaan anda sebenarnya. Jawablah dgn Tuan Punya Hak nnt. Nauzubillah. Astarfirullahalazim

    BalasPadam
  9. Tanpa nama, ya saya setuju, no wonder la... , sangat matang cara kamu berbicara seolah2 semua kelantanese itu buruk dalam berbisnes, atau mungkin kamu maksudkan keseluruhan nya. Yang baik hanya kamu dan keturunan kamu saja. Hehe, iman kamu pada kenegerian, bukan pada hati. Tahniah lah, saya suka, sebab saya pun bukan kelantan.

    Saya haeap fareeda ubahlah cara. Pengambilan no giliran sangat menyusahkan. Mungkin sudah masanya buka peluang pada usahawan kecil untuk membuka kiosk kecil exlusif untuk fareeda.

    Raha.

    BalasPadam
  10. apa nak jadi dg islam sekarang ....bukan hanya kak sini . tiga tahun lalu org islam di thailand pun pernah tergila gila tudong jenama nunuh tapi taklah hilang akal macam ni ทำแบบนี้เค้าเรียกคนสิ้นคิด ไม่มียางอาย

    BalasPadam
  11. Maaf bukan semua wanita msia tergila2 dgn jenama ini. Yg buat hal smp tido dikaki lima semua tu org yg tunduk pd nafsu semata. Kalau akal mendahului. Tak kan sanggup smp rendahkan mmaruah sendiri

    Apa sgt sehelai tudung fareeda? Malas nk ulas pjg. Nnt ada yg salahfaham kata dengki pula dgn pencapaian mereka. Yg sebenar tak der nak dengki tapi malu pada bangsa asing bukan islam..

    Ini bukan ajaran agama

    BalasPadam
  12. Org kelantan melayu yg berusaha gigih utk hidup. Jgn nak salahkan org kelantan. Kau dtg kelantan kau tgk sendiri sikap n kegigihan mrk dlm berniaga. Btw, fareeda management mmg sgt sombong. Tanggungla dosa di akhirat nanti. Hurm..mawar mawar..

    BalasPadam
  13. Kat batu pahat johor ad kedai ni,,, so kalau ramai sngat sampai2 tydo atas simen,, ap salah nya ke sini, x de nya smpai gni,, kat sini punya kedai tudung x smpai mcmni, org nk dtg pon x berderet g2

    BalasPadam
  14. Hampir terberi derma kepada mereka2 ni.. Sebab mereka duduk berhampiran dengan peminta derma di Bank CIMB yang bersebelahan..
    *peminta derma nampak lagi ok sebab duduk atas kerusi, depa ni duduk atas lantai terus..

    BalasPadam
  15. Jgn salahkn pada sesiapa..tepuk dada tny selera..tiada permintaan tiada pengeluaran..itu cara dia berbisnes..jd kita sebagai pengguna ni jgn la terlalu fanatik n taksub pd duniawi semata2..ambil kira akhirat juga..bertudung atau tidak itu semua bergantung pd niat masing2..jd hentikanlah tomahan yg tak berasas tu..biar mereke fikir sendiri baik dan buruk apa yg mereka buat tu..soal dosa n pahala tu semua bukan kita yg tentukan..kita sbg manusia ni klu nk tegur, tegur la dgn cara yg berhemah..bukan dgn cara sindir menyindir..apapun fikir dulu sblm buat sesuatu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Baik dan buruk pikir sendiri..emm ok
      2. Bertudung atau tidak bergantung pd niat..emm ok
      3. Tegur dgn cara berhemah..emm ok
      Zaman skrg ni mesti diberitahu baik dan buruk..perlu ada org insafkan..tak kira la dgn cara lembut atau kasar..tp diorg ni mmg xblh dgn cara lembut..
      Bertuzdung tu wajib samada suka atau tak..niat tak mghalalkan cara..
      Kalo asyik cakap berhemah je..emm..alamat tak ke mana la

      Padam
    2. bertudung tu tak wajib....yg wajib tutup aurat...pakai tong sampah pun x apa...janji aurat tutup...

      Padam
    3. cuba awak tunjukkan cara berhemah tu mcm mana? agak2 sampai dkt telinga dorang ni tak? awk buat dulu kay. penulis ni tulis dkt sini sbg pengajaran untuk kita semua. n mungkin akn sampai dkt org yg buat ni.

      Padam
  16. Tpulang kpd niat pmbeli itu sndiri..samada nk beli tudung itu utk mnutup aurat atau utk mbanggakan dri dgn kwn2 sbb mmiliki tudung f..kalo btl niat utk btudung byk kdai2 tdung kt malaysia ni x perlu smp tido d kaki lima mcm ni..

    BalasPadam
  17. ta ada apa sangat yang menarik pun jenama fareeda ni, aku tengok macam tudung2 lain yang jual di luar sana.. apa yang menarik sangat sampai ambik nombor, dah laa mahal...

    BalasPadam
  18. Dulu ak gila gk kat tudung fareeda. Tp beli on9 je sbb jauh nk g butik die. Sempat la kumpul koleksi bberapa helai. Tp bila tgk gambar2 org duk share time customer teguling telentang kat situ nunggu kan nombor giliran d buka, ak rasa maluuuu je. Nk pkai tudung2 tu pun dh rasa segan. Sbb ak terpk kot2 org awam pandang serong kat ak bila berfareeda. Maklum lah skang ramai yg duk ngata sal fareeda ni. Xkira org islam or bkn islam. Dorang ngata psl ape tau. Psl taksub. Sanggup tdo kaki lima cam xde rmh. Walopun ak xpnh pun pijak kaki kat kaki lima butik tu tp ak sm gk rasa malu. So ak dh stop bli fareeda sbb ak jarang sgt dh pkai tudung2 tu. Skang ak pelbagaikan smua koleksi tudung ak kpd maaaacam2 jenama. Asalkan dpt menutup aurat je dh! N yg xde jenama pun ak bli gk. Jnji kainnye coraknye cun. Sesuai ngn ak. Hihi

    BalasPadam
  19. Bukan golongan profesional tu... Yg beratur dan sanggup tidur tu tukang beli je... Dpt la upah singgit dua... Kehkehkeh
    Bodoh bertingket tingket

    BalasPadam
  20. Bodoh tu simpan utk anak beranak kau sikit..jgn tunjuk skrg..org yg beli tu carik rezeki..ko bukan mulia sgt nak mengata org xde maruah...Allah xjanji pun ko masuk syurga dgn tulis mcm ni..pkla..blk..esok masuk kubur menjawabla kau dok mengata org takde maruah..ko mati..blohlgnkau masih ada..pk sikit..malu nnti org mengata kau dlm kubur

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidur tergolek terlentang smpau boleh nampak bentuk badan semua tu kategori mana eh? ada harga diri atau tak. mmg betul nak cari rezeki tapi ada caranya. berniaga ke apa ke. bukan ambil upah yg smpai mcm ni.

      Padam
  21. Cari rezeki ape smpai tido tepi jalan cmtu..perempuan pulak tu..punce org pikir lain macam..mmg Allah s.w.t tak janji masuk syurga..tp sekurang2 kne sentiase menegur mane baik mane buruk..dgn bawak anak lagi..beli tudung mahal2 tp masih singkat..bukan nak ckp ape..dr pndapat sy..mmg ramai yg nmpak mcm xde maruah..elok balik ngaji..yg amek upah tu g la cari kje lain..bnyk lg kje berbaloi..dr terkangkang depan fareeda..

    BalasPadam
  22. Rasa terpanggil utk memberi sedikit suntikan....Allah kurniakan kita akal fikiran yg membolehkan kita membezakan antara yg hak dgn yg batil....andai akal itu tdk digunakan ke arah itu samalah kita mcm haiwan...'ulaaika kal an 'am,bal hum adhol'....sbb itulah,dlm apa2 situasi sekalipun,tepuk dada tanya iman,bukan tanya hati yg lebih menjerumus kita kpd nafsu semata2..Niat tdk akan menghalalkan cara....wallahu a'lam....

    BalasPadam
  23. Ntahla nk slhkan spe...xde pun nk memihak mana2...apatah lg sy bknlah pengguna fareeda dan bknlah pengguna yg tido seperti itu..cuma nk slhkan fareeda pun xboleh juge..sbb die xsuruh pun mereka2 ini tido utk mendptkann no giliran yg terhad..masing2 ade citarasa masing...tp jaga lah mulut...jgn la mengatakan org2 ini tiada maruah...siapakah anda utk menggelarkan org sebegitu???

    Masing2 berckp spt cerdik agama tp mengutuk2...klu cerdik agama mesti tahu dosa kita dgn manusia tidak diampunkan Allah sehingga mereka yg terluka hati itu memaafkan kita..tiba waktu diakhirat,semua dihitung,solatkah?menutup auratkah?melakukan amalan baikkah??Allah kata lulus semuanya...tp masih belum dpt masuk syurga..sbb masih ada dosa kita dgn manusia..Allah beri pilihan nk masuk neraka atau mencari mereka yg dikutuk dlm padang yg luas..

    Fikir2kanlah...jaga mulut,jaga hati,jaga iman..klu kita pun berckp yg tidak elok,tiadalah kurang kita dgn org yg anda kata tidak bermaruah tadi..menegur utk kebaikan itu bagus tp klu smpi ia mencalarkan hati org lain secara langsung atau tidak langsung,usahlah berckp seperti anda suci...lihat dlm diri,betulkah kita menggelarkan org begitu krn kita sendiri pun spt tiada maruah mengutuk org...

    BalasPadam
  24. Ntahla...nk slhkan spe pun xtahu...xdela pulak nk memihak mana2...krn sy bknlah pengguna fareeda atau org yg menunggu diluar...

    Fareeda xminta pun mereka tidur disitu semata2 utk mendptkan tudung atau no giliran...pilihan ditgn masing2...masing2 ada citarasa sendiri..tp jgnlah kita memggelarkan mereka tidak bermaruah...

    Semua yg dlm nie nmpknya seperti cerdik agama...tetapi masih mengutuk org tidak bermaruah...yg cerdik agama dlm nie pastinya tahu Dosa kita dgn manusia tidak diampunkan Allah sehingga mereka yg dikutuk itu memaafkan anda...kt akhirat nnt semua dihitung amalan,menutup aurat ke,solat ke,amalan baik ke,Allah kata semua lulus tp masih xdpt masuk syurga..sbb ada dosa kita dgn manusia...Allah bg pilihan samada nk masuk neraka atau mencari mereka di padang yg luas..itu klu anda kenal..klu anda xkenal,mampu ke cari???


    Fikir2kanlah..jaga mulut,jaga hati,jaga iman,jaga semuanya...xperlulah kita mengutuk org..jika tidak,anda dan mereka yg dikatakan tidak bermaruah td,tiadalah kurangnya..menegur utk kebaikan itu bagus tp klu smpi menggelarkan org dgn sesuatu,mengutuk mereka,melukakan hati,sepertilah kita ini kurang ilmu sebenarnya..kita pun sama meletakkan akal ditmpt yg tidak sepatutnya..syg sgt..cermin dlm diri kita,kita duk ckp itu ini,tp kita pun akal cetek mengutuk org...nnt di akhirat kamu yg mengutuk dan yg dikutuk sama2 masuk neraka walhal amalan kamu yg mengutuk lbh baik..syurga dan neraka mmg Allah yg tentukan tp kita kt dunia nie jgn memilih neraka sendiri...

    BalasPadam
  25. Kepada awak2 semua... X minat fareeda. Perlu mengata org..
    Minat tudung fareeda umpama minat kpd kelab bola sepak.. Snggup berabis utk mndpatkannya..
    For info.. Kbnykn yg beratur di kaki lima tu org jauh or org penjual.. Beli harga rm180 jual rm400 - rm600... Dpt utg , rezeki halal...
    Dl sy sorg peminat fareeda, cuma skrg dh berubah ke shawl.. Tp sy x pandang rendah kpd org yg beratur or bermalam kat kaki lima, sy faham ketaksuban@minat n semangat mencari rezeki..

    SAYA SANGGUP TIDUR DI KAKI LIMA ANDAI ITU MEMBERIKAN SY REZEKI HALAL.

    BalasPadam
  26. Back to the issue..pemandangan mcm ni mmg tak sepatutnya ada..cuba tgk dlm gmbr,golongan mana yg terlibat?wanita beragama Islam..as a Muslim woman,saya pun rasa malu. Mmg ada yg ckp mereka-mereka ni diupah utk tunggu giliran,tapi benda ni maksud saya utk beli tudung ni bkn keperluan asas..cuma nafsu..at the first place lagi, the owner shouldn't treat their customer like this..they should find other methods rather than let the customer / mereka yg diupah jadi seolah-olah homeless..boleh elak..maybe title tu too harsh,saya setuju..and one more thing, jgn la kaitkan sentimen kenegerian..sebab ini babitkan imej wanita Islan seluruh Malaysia..sesapa nak pakai,pakai la..hak masing2..cuma method ni tak selaras dgn apa yg Islam ajar kita #my20cents#

    BalasPadam
  27. Tak bleh ke jual online je.. siapa yg order cpt dia dpt.. kesian nya. Suami sy tkkan sesekali benarkan sy tido mcm tu kat kakilima..

    BalasPadam
  28. nasib baik aku x minat tudung fareeda..pakai tudung murah2 je nk tutup aurat

    BalasPadam
  29. Biasalah tue bila ade promosi.. bangsa lain pun gigih jugak beratur bagai kat depan zara, h&m sume klu ade promosi.. pegilah hentam those big fashion company..salah company ke ? x kan..? org yg nak membeli tue apasal sanggup tidur tepi jalan..dioranglah yg mengong... jgn dengkilah senang cerita.. org tue bukak kedai sampai org sanggup tidur tepi jalan.. ko bukak kedai anjing pun xnak lalu..ahahhah

    BalasPadam
  30. Jangan salah kan org lain bila terjadinya bgini.
    Tp pada diri sendiri... ingatlah iman terletak pada diri sendiri bukan org lain.. beringatlah ketika memberi komen... Allah swt mengetahui segalanya..

    BalasPadam
  31. Ish... Suka hati dorg la nak tido ker, nak lepak ker, nak berebut ker... Yg korg ni mengutuk n mengata tak berdosa ker, bermaruah ker asyik mengata je.. Bukannya bogel dok kaki lima.... SAYA PERNAH TETIDO KAKI LIMA JUAL SAYUR PAKU PAKIS...

    BalasPadam
  32. Bongok punya tudung bek tak pyh pki tudung.nmpk gak buah tersembul tu.pki tudung mhl2 pon xguna..puii..tokei tudung ni kn t'gung la dosa org2 yg pki.ape daaaa

    BalasPadam
  33. pki baldi pun dh leh ttp aurat kome..asal bertutup.sekrg kn bermcm2 gaya tudung atau shawl.cr kt nak mempergayakan ajer..bg sy isu ini mmg la memalukan.ada cara lain bgaimana nak menjual kan..so bg owner fareedah cba pikir atau cari idea utk mengatasi isu ini..yg dpt nama buruk owner gak kn..itu pendapat sy...tq..peace...

    BalasPadam
  34. ermmm...bak kt UAI la kan pki baldi pun dh kira ttp aurat..janji bertutup.skrg kan mcm2 tudung atau shawl cuma cara kt nak mempergayakan mcm ner.isu ini mmg memalukan sy tgk pun kesian..phm kdg2 tu sggup simpan duit nak bli tudung.so pendapat sy la kan..owner prlu fikir atau cari idea mcm ner nak atasi isu ni. sbb yg dpt nama buruk kome gak kan.jgn di kejarkan sgt hal dunia..peace tq...

    BalasPadam
  35. kebanyakan yg komen semua takde nama.. kenapa? sorokan diri ke? saya pun tak guna tudung fareda tak pernah beli pun.. tapi saya dengar yg sangup tidur kat luar & sanggup beratur amik no tue mostly yang jual semula tudung fareda secara online.. entah betul entah tidak..

    BalasPadam
  36. Saya harap kedai tudung fareeda ni mendapat pengajaran daripada Allah swt .....

    BalasPadam
  37. Sebelum buat sesuatu perkara tu fikir la dulu baik buruk. Semuanya dah besar n ada akal yanh waras. Jangan sampai nak cari rezeki sampai memalukan/menjatuhkan harga diri. Org Islam yang lain pon turut malu dgn sifat anda semua. Semoga ambil iktibar semuanya dari apa yang dah jadi

    BalasPadam
  38. so? ap mslh pon? sekurang2 ny pon ad jgk bangse melayu yg terbuka hati nk berjaya n joint business.. knp nl negatif sgt? upps... lupe bese la.. org berjaya mmg ramai org x suke.. org dengki.. selaluny org yg dengki ni la yg suke bwk mulut, tabur fitnah. x kisah la kn spe owner company, cine or melayu.

    salah ker buat business tudung? knp nk kne salahkn owner? dy just berniaga. dh kate berniaga mesti ad pembeli.

    should be kite malu. sbb dy dh berjaya. yes mmg dy ddk rumah aircond katil empuk, tp 2 sume ats usaha dy snd. why not kalo kite jdi sme mcm dy? knp nk kne kutuk. come on people. 9/10 rezeki dtg drpd business. 1/10 dri bidang pekerjaan.

    knp nk kne rebut rezeki yg 1/10 sedangkan Allah sndri galakkn kite cri rezeki 9/10 tu.. think before u say.

    even sy x pkai tudung fareeda, tp sy sentiasa support hasil usaha company nie.

    p/s : peace, no war.. btw org -ve mmg xkn tunjuk muke. dorg berani bsing blakang2 jerk.. =) hopefully u guys bole terime teguran nie Positive... keep on positive!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong pendapat anda...kebanyakan komen kat sini ada perasaan dengki je..apapun syabas fareeda..saya bangga jika perniagaan orang islam maju..tetapi bangsa kita melayu masih di tangkuk lama..dengki irihati masih kekal di hati..
      Usah babitkan orang kelantan dan kenegerian di sini.

      Padam
  39. Beginilah akhir zaman...tudung sebagai fesyen...bkn...semata mata utk menutup aurat kerana Allah...

    BalasPadam
  40. apa lah salah buat jualan or promo kat mana² gudang or stadium putra... mcm al ikhsan...

    BalasPadam
  41. Byk gak ulasan.. gaduh dan maki trus bangsaku.... biar orang asing bertepuk girang kerena bangsaku tidak amik iktibar sejarah bila ia dijajah!

    BalasPadam
  42. Cara jualan tudung f memang pelik. Klau x perlu ambik nombor x de la org tido luar atau berator panjang. Just normal macam butik lain sapa2 boleh dtg. Jd x de la org yg jual online tinggi sgt. Masa belian singkat yg masuk semua buat pembelian panik. Tukar sistem la sis mawar biar semua org heppy.

    BalasPadam
  43. Alangkh bodoh admin n pengomen semua ...ade ke si Mawar yg suruh diaorng ni tdo kaki lima? ????.....korang ni bangangnyerrrrrrrr......

    BalasPadam
  44. Kamu sebagai pengguna boleh buat pilihan ..banyak lagi kedai tudung kat KL tu..aku rasa semua berhasad dengki je.. cemburu dengan kejayaan orang lain. .
    lagi satu orang kelantan tak pernah membenci orang negeri lain..malah melayan saudara sebangsa dengan ramah mesra.i

    BalasPadam
  45. tak sangka sungguh begini hina nya manusia sanggup tidor di kaki lima hanya semata-mata kerana tudung ????? berapa ribu lah agak keuntungan yg deorang dapat hasil dri jualan tudung tuh ????? .....Tuhan itu memberi kita melimpah ruah diatas muka bumi tapi tidak ada dalam ayat alquran yg mengatakan kan rezeki itu dgn cara sanggup tidur ditepi jalan !!! ....kenapa lah sanggup menghina diri sendiri sebegitu rupa ?????????? adakah kamu sedar tauke tudung itu sudah berjaya membawa kamu semua ke satu alam yang teramat-amat hina ???? .........

    BalasPadam