1 SEPTEMBER, SUBSIDI PETROL DIHAPUSKAN BAGI PEMILIK KERETA 2000cc KE ATAS.

Bukan saja kereta yang 2000cc keatas tak dapat subsidi petrol Ron95 selepas 1 September, tapi individu yang berpendapatan RM5000 keatas juga dikatakan akan menerima nasib yang sama..

Lepas tu, pembelian minyak petrol hanya boleh dibuat melalui kad pembelian minyak yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan ianya hanya dihadkan kuota sebanyak 300 liter.

Gua terbaca info ni dalam Sinchew Daily dan juga MalaysiaGazzete. Kalau betul kerajaan akan buat macam ni.., nampaknya makin ramai lah rakyat yang marah pada kerajaan..

Rasanya.., individu yang berpendapatan RM5000 tak lah sekaya mana pun sekarang ni kalau nak dibandingkan dengan keadaan 10 - 15 tahun lepas.. Tolak segala bagai pemotongan dan juga perbelanjaan.., berapa sangat yang tinggal beb..?

Dan berapa ramai rakyat Malaysia yang pakai kereta 2000cc keatas walaupun pendapatan dorang bukannya RM5000..? Dan kalau gaji tak sampai RM5000 tapi pakai kereta 2000cc.., macam mana pulak nak kira tu beb?

Semua ni poyo je sebenarnya! Kalau betul nak jaga subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan, patutnya pihak KPNKK kena jaga betul-betul sempadan negara dari dibolosi oleh penyeludup minyak.

Itu lagi berkesan sebab banyak je warga asing yang selalu keluar masuk sempadan semata-mata untuk isi minyak Malaysia atau seludup balik ke negara dorang..

Lagi satu.., boleh jamin ke kad pembelian minyak tu takkan jadi mangsa klon atau disalah guna oleh puak-puak yang tak bertanggung jawab? Semua ni kena fikir elok2 beb sebelum kerajaan buat apa2 dasar..

Jangan nanti dasar yang dibuat akan memburukkan lagi imej kerajaan memerintah walaupun niat sebenarnya baik.. Tapi diburukkan oleh pembuat dasar yang agak bangang!


Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

"Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

"Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

"Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~ MalaysiaGazette

97 ulasan:

  1. Gunalah kad pintar mykad, beli kena swipe my kad, boleh pantau pembelian minyak, katakan seorang boleh beli 300 liter sebulan, jika pembeliaan guna satu2 mykad tu lebih 300 liter, Kerajaan boleh trace siapa yg beli banyk dan boleh ditahan untuk siasatan berdasarkan mykad yg digunakan... Mykad tu canggih, gunalah kecanggihan my kad tersebut. Org tak ada mykad tak payah beli minyak, takpun beli guna harga tanpa subsidi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga eh? Tapi takut tak nanti kes merompak akan naik? Merompak my kad untuk dijual & mengisi minyak?

      Padam
    2. Sokong .
      guna kan mykad

      Padam
    3. Nampaknya kerap la kena tukar mykad... sedangkan kat atm yg diguna swipe hari2 pun bole haus dan rosak... ini kan pulakk mykad...

      Padam
    4. bolehlah makcik suruh anak makcik yg dah ada ic tuk isi minyak..dia bukan kerja lg pun masih blaja form 6..

      Padam
    5. Mereka yg berpendapatan tinggi, nampaknya susah hati le...!

      Padam
    6. Mykad cpt sgt rosak wlupun rupa kad masih elok... Baik buat kad biase kang bala je mykad rosak

      Padam
    7. Mykad sll xleh baca data. Fikir2 kan lah. Sll problem kalo nk register pape.

      Padam
    8. Yang merompak minyak tu bukan penjawat awam atau pekerja sektor swasta..kalau dh gazet sebegitu yg jadi mangsanya adalah org2 yg makan gaji..
      Ntah la apa nk jdi kalau tak bijak membuat keputusan . Pihak yg membuat dasar kena oert8mbangkan elik2 supaya menarik rambut dlm twpong rambut tak outus tepung tak selerak

      Padam
    9. guna mykad? ko igt mykad yg kerajaan sediakan nie gabus ke? aku nak buat buku bank pun susah.. kono cip may kad x leh baca.. shitt... mcm mane yg gaji bwh 5k tp pakai keta 2000cc ke atas?? lepas nie mungkin kereta malaysia akan laris sbb kereta malaysia cc semua bwh 2000cc..

      Padam
    10. Alhamdulillah. Kalau la betul pe yang dikata kat atas. Malaysia boleh kurangkan perbelanjaan subsidi dan secara tak langsung galakkan pembelian kereta nasional. Hahahahaaa

      Padam
  2. terlebih poyo kalau org yg terlebih kaya nak tuntut guna sama macam subsidi org miskin dapat.. org yg bergaji besar sudah tentunya pakai kereta besar, dan tentunya minyak keretanya pon selera besar jugak.. xkan nak pakai minyak kereta yg murah... pastu bersubsidi plak tu... tu belum masuk lagi anak-anak mereka yang mendapat bantuan kerajaan di sekolah kebangsaan, patutnya anak-anak mereka dihantar ke sekolah persendirian yang yuran tahunan shj dah hampir RM13K tu, barulah adil..

    Nie tidak kalau boleh org kaya pon nak turut menumpang subsidi untuk org miskin macam kita nie.. dah tentulah org yg miskin marahkan kerajaan sebab org kaya kedekut taik idung masin pon masih nak mengharapkan subsidi kerajaan, padahal kalau nak beli iphone, s5, kereta mewah dah macam beli kain tisu je.. lepas pakai tak suka buang, tukar lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subsidi tu pun datangnya dari cukai yg dibayar majoritinya dari orang berpendapatan tinggi. Kalau depa bayar cukai tak kan tak leh nak nikmati subsidi

      Padam
    2. Kalau stakat pakai kete honda accord sekenhen 2.0cc dah xde hutang tahun1990 harga pasaran pun kurang dari 10k insuran pon dah tak kaver 1st party.. kira kaya ke? Nak beli viva hutang pon dah dekat 30k dowpayment 10% bulan2 kena bayar dah brape? Do more research la bro pakai 2.0 tak kaya.. pakai kete atas 100k tu baru la kaya

      Padam
    3. Yang bayar cukai banyak tu siapa?? Orang miskin ke bayar cukai banyak? Ke tak bayar langsung? Golongan pertengahan dan atasan yang paling banyak menyumbang cukai. Ni lagi nak tambah beban rakyat.

      Puiii

      Padam
    4. Ralat tak klu kerja mcm nak mampos gaji kena potong tax rm5-6k sebulan, tak dpt brim tu tak kisah sgt tp skrg subsidi minyak pun tak dpt, first time aku tentang dgn apa yg kerajaan nak laksanakan!

      Padam
    5. Betul betul....KERAjaan oh KERAjaan

      Padam
  3. Yang untung Cina lah..dia tak ada pay slip...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapalah ko dilahirkan kat malaysia... kan bagus ko dilahirkan kat negeri cina sana..

      Padam
    2. Betul..depa mana ada payslip..

      Padam
  4. Gaji 5k tolak PCB je dah dekat rm180. Tolak socso rm20

    BalasPadam
  5. Bgaimana pula kereta2 lama yg ats 2000cc?? Bukankah kereta itu mampu milik dan murah

    BalasPadam
  6. Ok la kalau dapat 300 liter sebulan.. Cukup la pergi balik kerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pikir ko je p blik kerja,,,bodoh btol la,,

      Padam
  7. Komen mcm org xde akal la ko

    BalasPadam
  8. Johor ke perlis klau naik proton waja minyak pn dlm rm200/95ltr klau balik ke johor smula lagi rm200/95ltr. 95+95=190ltr.. so ad baki lagi 110ltr. Kilometer se liter (ksl) utk waja 10km/l.. klau perjalanan dri rumah ke tempat kerja sejauh 40km utk sekali jalan, +40km utk perjalanan balik..so jadi la 1hari 80km.. 80km x 24hari bekerja = 1920km ÷ 10km/l (ksl) = 192ltr. 192ltr minyak utk g kerja + 190ltr minyak utk balik kg = 382ltr sebulan.. ni blm cmpur bawak anak bini g jalan lagi.blm cmpur anta anak g sekolah..blm cmpur minyak ke kedai.. yg buat ni KPNKK kn?? Ha, aq kerja gov, kira2 utk KSL ni kerajaan yg praktikkan & ditulis dlm buku log.. lojik ka klau 300ltr/bln?? Ni hnya kiraan kasar.. harap "bapak2 besar" yg ada otak pakai otak dgn betul. Klau untuk kenderaan ats 2000cc plak, mcm mana yg pakai naza ria yg sisi 2500?? Kereta xmagal mana.. mcm mana plak yg pakai kereta mazda rx8 yg sisi 1300 tp hrga beratus ribu?? Mcm mana plak yg pakai bmw cc 1.8?? Mcm mana pula klau org pakai workswagen cc hnya 1.6 tp hrga kereta beratus ribu?? Harap bapak2 besa guna otak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stuju.. sy pakai chery eastar ja pon... tp 2400cc... then 300 l per month??. hadoi... dah trasa sakit nya... agaknya diorang x pernah bwk keta sendri kot...

      Padam
  9. Bro ko nak marah kat org kaya kenapa? Mestilah sebagai warga malaysia dia org tuntut macam-macam. Ialah dia org bayar income tax besar. Ko tak bayar income tax duduklah diam-diam.

    BalasPadam
  10. Yang berpendapatan sederhana rendah yg duduk di Rawang atau Shah Alam dan bekerja di Putrajaya pasti nya akan guna petrol lebih 300 sebulan mengambil kira faktor balik kampung isteri dan kampung sendiri sebulan sekali. Yang pasti mereka yang kaya akan gunakan Mykad pemandu mereka untuk pembelian petrol kereta mereka. Kalau pemandu tak kasi majikan guna Mykad dia untuk pembelian ada kemungkinan besar dia akan di berhenti kan kerja. Semua ini adalah tidak mustahil untuk berlaku. Yang betul nya pengusaha pengurusan stesen minyak di negara kita ini adalah antara dalang penyelewengan petrol dan diesel subsidi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada betulnya en. zul.. pengurusan stesen minyak tu la dalang sbnarnya

      Padam
  11. Perjalanan dri johor ke perlis guna proton waja minyak dlm rm200/95ltr. Cmpur perjalanan balik 190ltr.. kilometer seliter (ksl) bagi waja 10km/liter.. perjalanan dri rumah ke tempat kerja adlah 40km. Cmpur balik rumah dah jadi 80km.. ini utk 1hari.. 80km x 24 hari bekerja = 1920km. 1920km/bulan ÷ 10ksl = 192ltr/bulan utk perjalanan pergi dan balik kerja.. 192ltr/bulan + 190ltr perjalanan johor perlis = 382ltr/bulan minyak yg digunakan.. ni blm cmpur anak g sekolah, beli barang makan, bawak kereta g servis, bawak anak jalan2..(nak taip detail lg ke??) Dah jadi berapa ltr sebulan?? Bab ksl 2, jgn nak bodohkn org awam, KSL ni gov sndri praktikkan utk setiap kereta kerajaan.. klau bab kereta lebih 2000cc plak, naza citra cc2500 tp hrga xmahal mana, mcm mana plak rx8 cc1.3 berharga ratusan ribu.. volkswagen cc bawah 2000 hrga beratus ribu.. mcm mana klau yg oakai BMW cc 1.8?? Rakyat malaysia beli kereta besar2 utk bawak anak bini jalan jauk utk balik kg, klau pakai kereta besar xblh dapat subsidi, xkn nak pakai waja utk naik smpi 7org?? Klau guna 2 kereta, dah memerlukan 2 pemandu utk jalan jauh, abis sapa nak jadi pemandu gantian klau ank msh kecil?? Klau gina kereta besar, 1 kereta dah ad 2 pemandu.. bapak2 besa buat kep mcm ni sbp bapak2 besa keje dgn gov dapat kereta free & minyak free kn?? Rm5k gaji sebulan besar ke zaman skrg ni?? Klau 5k bersih mmg besar, tp klau 5k blm tolah semua hutang & cukai, mati la semua org.. hidup skrg penuh hutang je.. barang2 mkin naik, gaji xnaik2. Otak ada pakai, jgn letak skt lutut.. xguna diberi pangkat tinggi tp xguna otak?? Boleh jamin ke xkn ad penyeludupan lg?? Blh jamin ke xkn ad dokumen palsu?? Mcm mykad jgk, dulu cerita kencang cakap penuh ciri2 keselamatan, skrg bersepah jgk mykad palsu.. klau cakap tp akal xguna, aq pn blh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah hidup la cara sush... Gaji pokok ku 5500... Umo 45.. Anak 5.. Motor kapcai ade 4..avanza 1.. Bini xkeje... So dari kl ke ipoh... Tiap minggu ke merempit aje dgn moto gt128 ku.. Xlarat ku nek bas.. Masalah nye kita ni berlagak..mengada.. Allah pun xsuke perangai cam2... Nk jimat lagi pakai la gas..

      Padam
  12. Kita perlukan alternative baru utk menggantikan petrol..

    BalasPadam
  13. Kerajaan menghancurkan pelancongan dalam negeri. 300 liter hanya cukup untuk ulang alik kerja. Salesman akan terasa sangat...naiklah lagi harga barangan

    BalasPadam
  14. Sy nak bg satu contoh sebuah kluarga yg besar menggunakan mpv 2nd hand yg berkuasa 2000cc adakah wajar kluarga tsb membeli petrol tanpa sabsidi. Sesetengah rakyat menggunakan kend tsb bukan kerana mereka mewah.. tp bg kegunaan keluarga yg besar dan menjimatkan sedikit perbelanjaan. Sy bukan tidak bersetuju langsung tetapi ia harus diperincikan.

    BalasPadam
  15. Kalau asyik berfikiran negatif mcm blogger ni sampai bila2 pon kerajaan salah je..kalau rasa pandai sgt buat dasar cuba bagi alternatif lain yg lebih baik..jgn asyik nak condemned org je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan berfikiran negatif tapi membuka minda. Alasan subsidi dinaikkan untuk mengurangkan penyeludupan. Banyak alternatif lain, kenapa kurangkan subsidi? Selagi harga minyak di malaysia masih disubsidi, selagi itu penyeludupan berlaku. Naiklah 20 sen 30 sen, yang sakit rakyat, sindiket penyeludupan senyum, tak mengapa, kita seludup lagi banyak.

      Padam
  16. mcm tu... kami yg selalu kena bekerja memantau ke sana ke mari dengan kenderaan sendiri dan kena tuntut setiap hujung bulan pula apa cerita nye? harga minyak dok lah naik.... harga claim masih di takuk lama. wear n tear kereta kami kerajaan tak kira.... sgt zalim. top management semua diberi kereta dan driver.... mana dorang faham dgn masalah kami di bawah ni yg menjlnkn titah perintah.

    BalasPadam
  17. Sepatutnya rakyat yg berpendapatan melebihi rm10000 ke atas

    BalasPadam
  18. orang kaya akn tetap untung..kenapa..sbb kos bhan API ni NT diorang akn msukkn dlm coz bisnes dioranf..orang miskin gak kne byar blik hrga barang yg naik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni bukan org kaya kan. Ni org bisnes yg akan tetap untung kan.

      Padam
  19. zaman skarang rm5000 pun xrase pe pun der..same gak...patut subsidi mentri2 yg kene tarik dulu bkn rakyat..

    BalasPadam
  20. Bodoh punya orang

    BalasPadam
  21. Jgn tolol sgt yg comment pon! U rase sape yg contribute income tax paling byk??!! Sampai 27%! Pastu org kaya ni tak blh enjoy anything fr gov??!! Keje teruk2 dpt gaji tiap bln sedekah gov! Kalau semua kena byr htr anak sekolah private patut ke?? We all pon byk tanggunganlah!! Jgn fikir diri sendiri. Nak duit byk JGN MALAS KERJA!!

    BalasPadam
  22. Gaji Rm3000 tapi single... n gaji Rm5000 tapi anak ramai, isteri housewife. Camne nak kira tu? Cina pun ade payslip...

    BalasPadam
  23. semua rakyat berhak ke atas subsidi minyak. Yang tak layak ialah rakyat asing spt thailand dan singapura yg isi minyak kat Malaysia. Kalau berita ini betul, bagaimana dengan orang pendapatan kecil tapi guna kereta 2000cc terpakai ?
    Gaji rm5k hari ni tak seberapa. Kenapalah nak tekan lagi golongan sederhana ni sedangkan cukai pendapatan pun tak ada apa keistimewaan, BR1M pun tak dapat ...kami hanya nak cari rezeki yang halal dan berkat supaya hidup sempurna tidak kufur.

    BalasPadam
  24. Tanpa nama 12:15 ptg.. Org kaya pon bayar cukai jgk.. Malah cukai bg golongan kaya lg tinggi drp golongan berpendapatan sederhana.. X blh ke setiap subsidi kerajaan dinikmati bersama oleh rakyat malaysia? Jd aku x setuju dgn langkah kerajaan nie..

    BalasPadam
  25. Hmm.....apala nasib rm5k tu besar sangat ke zmn ni..sekolah tadika je pon da ratus. Taska anak. Nk dpt permata jgn harap la kalau gaji 5k. Pastu nk tarik subsidi minyak..br1m mmg xlayak..kang sudahnya org yg gaji 4k lg mewah drpd yg gaji 5k...sape punya idea ni woiiiii aduiii pakai otakla...bg elaun menteri mahal2...bersidang dpt lg duit pastu bg idea bodog s3ngal mcm ni. ..gaji rm5k tu tax payer..

    BalasPadam
  26. Tak berapa efektif sbb
    1. Kereta 2000cc keatas kadangkala lebih murah jika telah berusia seperti Perdana model awal. RM6k-RM8k dah boleh dapat. Lebih murah drpd Honda City 1.5 atau Mini Cooper S.
    2. Pendapatan bawah RM5k boleh dapat subsidi minyak. Jika pendapatan bersih boleh diterima.
    3. Kuota 300 liter sebulan. Bayangkan klu dia bekerja outstation kerap dan guna kereta sendiri dimana kadar tuntutan perjalanan tidak berubah. Jika ada tugas luar maka boleh beri alasan kuota minyak dah abis. Produktiviti akan menurun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Terutamanya bagi suami isteri yg tinggal berjauhan, semestinya membebankan kerana selalu travel.
      Jgn lah bg cadangan suruh naik public transport, bkn semua org masa kerjanya sesuai dgn timing public transport terutama yg tinggal di kawasan luar bandar.

      Padam
  27. Gaji rm5000 dan kereta 2000cc ke bawah boleh jual minyak subsidi kepada org yg bergaji rm5000/2000cc ke atas.

    BalasPadam
  28. helo brother, orang yang gaji 10k ke atas tak semestinya kaya.Kita pun susah juga dahulu sebelum sampai ke tahap ni.Kalau begitu u orang tak perlu maju dalam hidup.Duduk je kat 5k tu supaya boleh dapat subsidi.Aplah u orang cerita ni.Kalau nak bagi subsidi bagi je kat semua rakyat malaysia.Kita pun bayar tax juga. potongan yang diberi dalam tax pun sama dengan yang gaji lain juga.Ada yang gaji 5K pun tak bayar tax sebab dah ada potongan.

    BalasPadam
  29. Susah la negara ni da miskin.bile ade sumber xnak jage elok2.akhirnye yg ssh rakyat jugak.ishhh

    BalasPadam
  30. Kenapa rkyt jugak yg selalu dikenakn kuota dan cukai tah apa-apa. Wooi .. mnteri mnteri yg dok ada tu tdk lngsung hngpa kena apa2 potongn gaji atau elaun sbgai petanda turut rase ada tnggongjwb utk sama2 merasai apa yg rkyat dok rase.Adil kah hangpa semoa ni ..

    BalasPadam
  31. aku sangat tak setuju. apa guna naikkan income kerajaan dengan cara ni kemudian hilang sebab tiris. sakit hati je baca laporan audit AG tiap2 tahun. macam ni, kalau kerajaan dapat kurangkan ketirisan ke 10 juta sahaja setahun, hapuskan semua projek direct award bernilai lebih 200k, lepas tu kalau tak cukup juga, aku dengan rela hati terima penghapusan subsidi minyak.

    BalasPadam
  32. Toyota estima thn 2004 2nd hand dah murah..macam mana kira?nak beli kereta sampai 2-3 buah mana mampu...1 buah mpv muat utk 7 penumpang termasuk pemandu..kalau ini pun di kira kaya..buta mata buta hati lah yg menguat kuasakan undang2 ni..

    BalasPadam
  33. Toyota estima 2nd hand dah murah..bawah 100k..kira kaya ke?

    BalasPadam
  34. Sume kecoh...
    Mende simple jek..
    Sape yg pangkah be end pd pru lepas itulah punca sgala knaikan..
    Dah tau sume mende akan naik..
    Kahkahkahkah...
    Trime kaseh je laaaa...
    Next pru pangkah lg be end umngok..
    Tun madey sendiru kate dlm umngok xde bijak pandai..
    Alasan dorang nak naikkan harge ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih BN

      Padam
    2. Rakyat didahulukan...padan muka ngan muka aku sekali pun kena....hampeh

      Padam
    3. Kereta iswara dpt tak akak kerani je dpt ke?

      Padam
  35. semua ni poyo....

    BalasPadam
  36. gua gaji 4 juta rilex je

    BalasPadam
  37. Aku.pnyokong kerajaan
    Tapi bab ni
    Aku akn bantah habis2
    Sebab ia lebih kearah negatif

    rakyat malaysia semua berhak dapat subsidi



    BalasPadam
  38. Orang undi pembangkang tu bukan lah sebab diaorang best sangat, tapi sebab kerajaan ni banyak buat benda banggang

    BalasPadam
  39. Mti gini...subsidi x de..nek basikal la amik n anta ank g sek..

    BalasPadam
  40. Ak buat bisnes dah 3 tahun.Pendapatan purata bulanan 5k..2 tahun pertama x byr cukai pun.Meniaga pun x dftr..Tahun pertama meniaga beli Proton Inspira 1800cc.Top speed 210kmh.Dibawah 2000cc.Lega aihh.Tahun ketiga baru mula daftar meniaga.Income bulanan still 5k.Buat loan asb 200k, permohonan lulus.Then after 5 bulan, tmbh lagi 1 aset.Dpt superbike R1
    1000cc..Gaji 5k je..Umur bru 24..Nak ckap kt sini kalau pndapatn kita berkat, gaji rendah pun rasa cukup je, siap ada lebihan lgi..Org lain yg dpt duit secara haram ratus2 ribu pun ttp rasa x ckup sbb duit haram xd berkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus diingat, setiap org ade komitmen masing2.. dan keperluan semua org berbeza.. org ada famili.. terasa beban.. klo single, lain pulak ceritanya.. jgn la nak samakan diri awak dgn org lain..

      Padam
    2. top speed 210kmh. ape kaitan? hangpa umur 24 ka 34 ka 44 ka, hangpa x susah hangpa punya pasal, bukan hang sorang makan rezeki halal.

      Padam
    3. Kami ni bnyk mulut nk d suap...rumh nk kena bayo..x bayo kena sita..pkai mpv,tu la nk bwk mak g klinik, nk anto ank skola,g pasor..pakai kncil blh ke naik 8 org?? Lain la skola dpn rumh,klinik sblh runh,pasor blkg rumh...

      Padam
  41. kereta dan motor bukan aset bang oi..itu liabiliti..

    BalasPadam
  42. Woii sekarang byk kereta 2nd hand semua 2.0 ke atas la...apa buat undang undang pilih kasih..abis kereta kerajaan 2.0 ke 2.4 yg versi perdana honda tu ? Berapa byk kereta kerajaan yg 2.0 ke atas ?? Toyota fortuner JPJ tu 2.7 kereta bomba ..land rover askar .apa ni menyusahkan rakyat ..apa rakyat yg susah tak boleh nak merasa ker pakai kereta kereta jenis mahal biar pun dah 10 kali tukar tgn ??

    BalasPadam
  43. saat kejatuhan bn, sengaja mencampak diri kedalam gaung

    BalasPadam
  44. Kerajaan dah terdesak dah..kerja gila semua ni

    BalasPadam
  45. Semuanya terletak kepada kita. kalau kita sama-sama membantu pasti semua perkara boleh selesai.... bukannya pro kerajaan, tapi kalau kita ditawarkan sesuatu yg percuma.. cepat je kita angkat tangan... fikir2kan lah

    BalasPadam
  46. Pangkahla BN lagi pru14

    BalasPadam
  47. X apa..x apa.. Malaysia kan masih aman.. Wakakakaka.. Negara dah nak bankrup so nak x nak kena la cekik lebih skit leher rakyat.. Panda puluh2 juta mcm xde je kan..hahaha.. Hidup Barang Naik..!! Wakakakaka...hakktuuihhh..!

    BalasPadam
  48. Mana sumber sebenar? tak ada pun tulis. jangan menipu

    BalasPadam
  49. aku gaji ngam2 5k, bayor kete RM900 sebulan + Instalment Rumah RM1600 (rumah teres beli tahun 2010) + Tnb & Syabas RM300 + Telipon RM88 + Brg Dapor (tesco) RM400 + anak yg masih belajar 6org x RM4 sehari belanja sekolah dan tmbang bas RM600 BALANCE tinggal RM1k utk belanja harian belum campor duit klinik kalau anak sakit ke apa ke. Zaman skang ni gaji 5K duk KL x byk bukan mazam zaman dulu.

    BalasPadam
  50. Aku suka kerajaan buat langkah mcm ni. kalau boleh, terus tarik subsidi ni. Biar sume mengikut harga pasaran. Sampai bila rakyat nak hidup dgn subsidi?..Bila komoditi dah tak bersubsidi nanti..pandai2 lah korang adjust kehidupan masing2. law nak berbelanja lebih. belilah barangan tempatan. kerja lebih kuat...jgn boros berbelanja..dan yang paling penting..duit kerajaan tak hilang banyak dek kegiatan penyeludupan. Masa tu..kita tengok sapa nak salahkan kerajaan?

    BalasPadam
  51. Abang gaji 5000 tu tak masuk duit road tax dan insurance tu lebih kurang rm 100 penyelengaraan kereta rm 100 duit minyak rm300 parking dan tol rm200. Secara ringkasnya perbelanjaan rakyat malaysia bergaji 5,000 adalah 1.rumah 1,900 (2) kereta 1500 (3) pesekolahan anak 600 (4)makanan keluarga untuk sabun rempah beras 400 (5) perbelanjan sendiri 88 jumlah Jumlah 4,500. kalau beli barang basah seperti ikan dan sayur satu hari rm 20 jadi bermakna keluarga ni tak ada duit untuk bercuti berhari raya kecuali ambil duit rasuah. Soala penyeludupan disebabkan pekerja terbaksa ambil rasuah darurat. Kalau tak pakai kereta tak boleh lerana itu keperluan tak beli ru,ah tak boleh ru,ah sewa mahal. Masalah minyak ni yak akan selesai sampai bila bila. Saya cadang kan pemimpin kita cuba tengok negara jiran subsidi tak ada tapi apa yang di tawarkan kepada rakyat. Atau pemerentah, estilah efisen naikkan gaji. Galakkan rakyat malaysia keluar negara berniaga bawa balik duit ke malaysia jangan jadi macam katak bawah tempurum tengok mat bangala mat indon mat gagak hitam boleh hidup di malaysia.

    BalasPadam
  52. Org sabah n swak ramai guna kenderaan pacuan 4 roda..yg rata2 2000cc ke atas. Bkn sbb kaya..tapi sbb keadaan jln yg krg baik. Benteraslah pyeludupan dgn cara yg betul. Ramai yg seludup tu pun sbb dpt kbnrn org dlm. Aku gaji lbh rm5k bkn baru keje terus dpt tp da 20 thn aku keje dgn ijazah yg blm abis byr hutang..dan aku pembayar cukai. Dr mula aku keje dgn keadaan skg x la bbeza..sbb gaji naik, brg jg naik..gaji x naik pun brg naik. Kesimpulannya...undilah bn sampai mati.

    BalasPadam
  53. Poyo punya kerajaan....depa dok buat perancangan, depa senang, kita yg dok menanggung masaalah yg depa buat....tekatkan azam untuk PRU nt..

    BalasPadam
  54. bagi la 500 liter sorang tak kira pendapatan sebab semua rakyat malaysia layak menikmati hasil bumi negara sendiri. yang berpendapatan tinggi dah bayar cukaijadi x patut kalau xdpt langsung subsidi. yg berpendapatan rendah pun x teraniaya

    BalasPadam
  55. Haha...bodohnya...benda ni da d wartakan ker?...dah masuk parliment ker?...komen mcm dia tu hebat sangat. Ni semua gimik jer la. Saper yg sebar benda x betul ni...fikir2 la hukuman kat akhirat nnt.

    BalasPadam
  56. Susah maw ckap lah..klaw tnpa subsidi pun tpaksa akurlah..kita x bleh buat apa pun..sbelum ni aku limit mnyak pulang blik krja(diesel)rm300 je..msuk disember nnty kena up lagi lah nmpak nya..hmm..tpaksalah mnjadi watak krbau d cucuk hjung hdung d bawa kesana kemari..

    BalasPadam
  57. Susah maw ckap lah..trpaksa akur je lah..sbelum ni aaku limit kan pembelian diselRM300 SBULAN..msuk dsember nnty nmpak nya kena up lagi lah..tpak salah jdi watak krbau..DI CUCUK HJUNG HDUNG DI TUNDA KE SANA KMARI..

    BalasPadam
  58. Bg kouta 300 liter sebulan pd semua lebih adil.. Jgn kira pendapatan. Yg selalu seludup minyak ni orang kayakah? Pakai mykad. Hadkan pd mereka yg berumur 18 tahun keatas shj. Sapa pakai lebih atau tiada mykad bayar harga tanpa subsidi. Rasanya lebih bagus begitu.

    BalasPadam
  59. Pilih la lagi BN......majority menteri kabinet x cerdik....@ bodo sombong....bila golongan professional bg pndgn x pakai...sbb kroni x leh cari mkn.... Masalah minyak seludup x blh selesai, tp sbb "buat hutang berbilion", rakyat marheain jd mangsa....

    BalasPadam
  60. Sokokng sangat2. Menteri yg pakai kereta mahal2 tu, sila bayar sendiri.

    Kerajaan buat semua ni sebab takde duit. Di USA, wlaupun minyak mahal, xde buat macam ni. Ni la tanda Malaysia dipimpin oleh budak bangang

    BalasPadam
  61. jgn cpat melatah....rilex brader...syukur itu nikmat...alhamdulillah...

    BalasPadam
  62. Mula2 kerja selalunya gaji lebih rendah. Kalau dah umur 50+ baru gaji lebih rm5k, beliau bukan berpendapatan baik.

    BalasPadam
  63. AAAAAAAARG TIDDAAAAAKKKK! i QUIT...saye kerje kat stesen minyak kat JB,......ingat senang ke nak jaga minyak, mula mula asyik kene marah dgn org Malaysia yg guna kereta Singapore utk pergi kerja kat S'pore, pastu main "cak cak" kejar kejar ngan org Singapore yg suka curi isi Ron 95 (kalau pakai kredit kad kat luar, cashier kat dalam tak nampak miyak aper org isi kat luar, sebab komputer hanya tunjuk amaun) pas tu ada org tempatan yg jadi pegawai KPDN tak rasmi, meyibuk marah kan kami, bukan nya nak tolong marah org S'pore tu. Pas tu kalau x perasan gak nanti tak pasalpasal kene denda ngan KPDN. Hari tu masa sibuk ngan Lori Hantu (seludip diesel) saya lagi stress, tiap tiap hari macam boxing dan kene ugut giler2 dgn penyeludup. Nasib baik aku x mati. kali ni nak wat ni??? NAPER TAK NAIK KAN JER ROAD TAX KER, HARGA JUALAN KETA 2000CC TUH HEH??? KALAU KENDERAAN ASING..NAIKKAN JER TOLL MASUK MALAYSIA. HAAAH KAN SENANG....X YAH KERAJAAN BAZIR DUIT BUAT SYSTEM NI........

    BalasPadam