TERKINI!! NIK AZIZ TOLAK KENYATAAN ANWAR DAN TIAN CHUA.

Jika sebelum ini Tian Chua, Anwar serta beberapa pemimpin PKR menyalahkan Najib dan Umno diatas kematian 2 anggota komando VAT69 di Lahad Datu, Nik Aziz tampil dengan kenyataan yang berbeza.

Mursyidul Am Pas tersebut menganggap pengorbanan kedua-dua arwah merupakan jasa yang besar kepada negara dan juga mendoakan kedua-duanya diberikan ganjaran dari Allah SWT.

Nik Aziz juga berharap kerajaan akan menyiasat bagaimana perairan negara boleh ditembusi oleh kumpulan penceroboh berkenaan agar peristiwa yang sama tak berulang di masa hadapan.

PAS juga turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.

Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

12 ulasan:

  1. walaupun aku tak suka hang...tapi aku puji kenyataan ini....

    BalasPadam
  2. Baru lepas makan ubat. Waras le sikit bunyinya.

    BalasPadam
  3. siaple nik aziz... lepas ni mesti kena marah dengan anwar ibrahim... lepas tu boleh le sambut hari jadi kat rumah anwar ibrahim

    BalasPadam
  4. Sudah tiba masa kerajaan menyediakan peruntukan yg besar bg sistem pertahanan negara,tapi pastikan ianya telus, bg gaji yg tinggi bg anggota tentara supaya ramai berminat untuk pertahankan negara, lihat singapura walaupun negara pulau tetapi pertahannanya antara terbaik didunia, barulah musuh rasa gentar hendak menceroboh negara kita.

    BalasPadam
  5. Jangan duk percaya sangat orang dah nyanyok ni.Sekejap lagi dia boleh buat U TURN 360 darjah, menyalahkan kerajaan Umno tak cekap macam dia tadbir Kelantan selama 23 tahun tak pernah diceroboh musuh....bla,bla,bla,........ Allah saye ambo sb terima isle..!?

    BalasPadam
  6. Kenyataan Nik Ajiz kali ni aku setuju dan sokong. Cuma satu yang aku nak ingatkan juak-juka PAS-piss-puss ni, nama Bang Non Al-Juburi Wal-Liwati dan juka-juak P'Gay'R ni telah disebut oleh pihak Perisikan Filipina sebagai salah satu dari dalang dibelakang masalah di Lahad Datu. Kalau konfirm isu ini, maka PAS-piss-puss adalah juga terpalit sebagai bersekongkol dengan pengkianat negara.

    BalasPadam
  7. This statement show how big the difference in politic,when another Muslim go and meet the Creator,another Muslim will pray so that he will be bless by Allah S.W.T. Not accusing them to be part of UMNO propaganda. Anwar is one sick man. He chose to humilliate rather than pray for them. I don't know what's in Pakatan supporter mind. Which is our own Muslim brother. They are sick. Really disgust me.

    BalasPadam
  8. Alfatihah kpd pejuang tanahair. Kpd anggota keselamatan negara, teruskn prjuangan memerangi musuh2 negara. Sy brdoa agar Allah merahmati dn segalanya brjln lancar, Insya Allah.Trpksa membunuh dari dibunuh...krjaan msia xprlu brlembut lg dn beri peluang pd musuh. Teruskn wahai komando2 sekalian!

    BalasPadam
  9. kena tunjuk waras la silap-silap utara kelantan pulak kena ceroboh..pok nik nak lari kemana lepas tu ?

    BalasPadam
  10. Apapun yg penting saya rasa selagi kita dilahirkan di
    Malaysia, kita adalah rakyat negara ini, maka wajiblh bg kita mempertahankan negara kita dari di ceroboh atau di khianat oleh petualang bangsa. Jgn ada yg cuba menjadi musuh dlm selimut, atau gunting dlm lipatan. Jika sanggup menjadi pengkhianat kpd negara sendiri, wajar di usir mereka itu dari memijak tanah air kita. Susah payah generasi silam berhempas keringat, menggadai nyawa memperjuangkn kemerdekaan, senang2 nak main kan perasaan anggota keselamatan yg berpayungkan langit , meninggalkan keluarga utk menjaga keselamatan negara. Ini bukan bahan gurauan, tiada guna kita bertelagah atau utk menang sorak jika kita lalai akhirnya kg kita yg akan tergadai. Kpd kementerian dlm negeri dan kementerian pertahanan, wajar di ambil iktibar kejadian serangan ini. Jgn ambil mudah. Hati2 dlm semua urusan berkaitan dgn negara luar. Tingkatkan fasiliti dan lebihkan bajet utk peralatan anggota keselamatan termasuk bekalan jaket keselamatan dan topi kalis peliru bg mereka yg bertugas di tempat high risk termasuk road block, takziah utk keluarga pejuang2 negara yg terkorban, kehilangan nyawa tiada tukar ganti. Wahai pihak berwajib, mungkin boleh fikirkan utk naikkan insuran bg mereka yg bekerja dlm kategori ini. Tiada penyertaan mereka, loloslah negara kita kpd penceroboh,.

    BalasPadam