BOB LOKMAN TERPAKSA JUAL KACANG KERANA OSTAZAH EBBI..

Bekas Pelawak Bob Lokman menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai penjual buku, kacang dan nasi selepas meninggalkan dunia seni untuk menyertai parti politik.

Bob atau nama sebenar Muhammad Hakim Lokman, 48, berkata beliau terpaksa melakukan pekerjaan tersebut untuk melangsaikan beberapa hutangnya yang masih tertangguh.

Selepas sudah tidak terlibat lagi dengan dunia hiburan, saya menyara kehidupan dengan menjual buku-buku, kacang dan nasi.

"Saya terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menyara kehidupan untuk melangsaikan hutang-hutang yang masih ada," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat apabila ditanya tentang perkembangan terbaharu beliau.

Bob Lokman yang pernah menjadi juri pada program Maharaja Lawak dan penulis lirik lagu Isabella (nyanyian Search) itu telah menyertai parti PAS dan banyak melakukan ceramah untuk parti itu.

Beliau turut menjual buku dan kacang di lokasi tempat ceramah yang dianjurkan parti berkenaan serta di kawasan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini.

Dalam pada itu, menyentuh sejauh mana penglibatannya dalam bidang politik, Bob berkata, dia tidak berniat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.

8 ulasan:

  1. Elok le tu rezeki halal dari mendapat rezeki dengan membuat fitnah. Ulat dalam batu pun boleh hidup inikan pulak manusia...kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki halal tp bersumberkn fitnah. Dlm masa brniaga beliau juga turut mbuat ceramah yg pnuh dgn fitnah cacian dn kejian trhdp umat islam yg lain. Halalkah??

      Padam
  2. Bob Lokman tu pelawak ke?

    BalasPadam
  3. takpelah ostad bob lokman keje yg halal. dah takdir mcm tu so terima je lah ye?? ada sebab kita susah, kdg2 sebab mulut kita , perbuatan kita, niat kita etc tapi saya tidak berani jatuh hukum sebab itu keje tuhan je. kita buat keje kita sudah laaa....

    BalasPadam
  4. bob lokman jual buku,kacang n nasik.. abby jual apa pulak?

    BalasPadam
  5. bagus le tu......ada rezeki banyak,ditinggalkan.
    padan muka kau......tak lama lagi bila kacang tak laku,masuk balik jadi PESERTA raja lawak.

    BalasPadam
  6. lepas pru ni pas mampus.....kumpulan elite reunion balik le......

    BalasPadam
  7. TAPI PAKAI ALPHARD?????

    BalasPadam