PAS terbukti mengkhianati ahli-ahlinya yang percaya bahawa parti itu adalah parti Islam apabila buat pertama kali membenarkan calon bukan Islam bertanding di atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Sebelum ini Pas menuduh Umno kafir kerana berkerjasama dengan kafir MCA dan MIC, tetapi kini Pas melakukan lebih teruk dati itu dengan menjual bendera sendiri demi undi kafir di negara ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Majlis Syura telah membenarkan perkara tersebut dan PAS akan memilih calon yang sesuai untuk bertanding dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya.
Beliau menyatakan pada sidang media selepas merasmikan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai semalam.
Pas ada lah partai orang melayu yg kecewa dan berdendam dgn UMNO disbbkan mereka tak berapa berjaya dlm hidup dan mudah kena histeria bila berhapan cabaran.Alasan mudah yg selalu dgunakan berjuang utk islam dimana di buktikan tidsk lah benar.Para wanita selalu menjsdi alasan dan mangsa mereka kerana menganggap wanita adalah lemah dan mudah. diperdayakan
BalasPadamPAS kan anjing DAP. dari dulu sampai skrg kalo ada kafir nk bermusuh dgn ISLAM pas la baruanya
BalasPadam