Seorang lelaki Arab Saudi berusia 90 tahun menyaman keluarga isterinya kerana si isteri yang berusia 15 tahun mengurung diri di bilik pada malam pertama perkahwinan mereka.
Gadis remaja yang ketakutan itu mengunci pintu dari dalam sehingga suami barunya itu tidak boleh masuk pada malam pertama mereka sebagai pasangan yang berkahwin. Setelah dua hari mengurung diri, gadis itu melarikan diri ke rumah orang tuanya.
Dalam sebuah wawancara, sebagaimana dilaporkan laman berita Al Arabiya, si pengantin lelaki yang sudah masuk kategori orang lanjut usia itu berkeras bahawa pernikahannya adalah "sah".
Ia mengatakan dirinya telah membayar mas kahwin sebanyak 65,000 riyal ( lebih kurang RM 45K ) untuk berkahwin dengan gadis itu, yang berayahkan seorang Yaman dan beribu seorang Saudi.
Lelaki tua bangka itu menceritakan kisah malam pertama dengan si pengantin wanita.
Dia berkata, gadis itu memasuki bilik tidur mendahului dia. Namun gadis itu langsung mengunci pintu dari dalam sehingga ia tidak boleh masuk. Hal itu, kata dia, membuat dirinya "curiga ada semacam konspirasi" oleh gadis dan ibunya.
Dia bersumpah untuk menuntut kedua mertuanya agar menyerahkan gadis itu kepadanya atau mengembalikannya maskawinnya yang mahal itu.
Teman dekat keluarga pengantin wanita mengatakan, gadis itu ketakutan pada malam perkahwinan, dan mengunci diri di bilik selama dua hari berturut-turut sebelum akhirnya melarikan diri ke rumah orang tuanya.
Perkahwinan itu kemudian mencetuskan kecaman dari para aktivis hak asasi manusia dan media sosial di kerajaan tersebut.
Di Twitter khususnya, para aktivis mengecam orang tua gadis itu kerana menyerahkan anak gadis mereka ke seorang lelaki yang usianya beberapa dekad lebih dua daripada anak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan