Israel akan serang Iran pada April depan.. Nuar mesti setuju!!


Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta percaya Israel akan melancarkan serangan terhadap Iran seawal April depan bagi menyekat Republik Islam itu daripada menghasilkan senjata nuklear.

Akhbar Washington Post semalam melaporkan, Panetta bimbang mengenai kemungkinan Israel melancarkan serangan itu dalam masa beberapa bulan lagi.

CNN kemudian mengesahkan laporan itu dengan memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran Obama yang enggan dikenali.

“Panetta percaya ada kemungkinan besar Israel akan serang Iran pada April, Mei atau Jun - sebelum Iran memasuki apa yang disifatkan oleh Israel sebagai "zon kekebalan" bagi memulakan kerja menghasilkan bom nuklear.

"Tidak lama lagi, Israel bimbang Iran akan mempunyai secukupnya uranium yang sudah diperkayakan di kemudahan bawah tanah untuk menghasilkan senjata nuklear dan ketika itu hanya Amerika Syarikat saja yang boleh menyekatnya dari segi ketenteraan," kata penulis laman Washington Post, David Ignatius dalam laporannya.

Beliau yang menulis laporan itu dari Brussels, tempat Panetta menghadiri mesyuarat Menteri Pertahanan Nato, tidak menyatakan sumbernya.

Artikel yang disiarkan Washington Post itu berkata, penangguhan latihan bersama tentera Amerika Syarikat-Israel yang dijadualkan pada musim bunga ini mungkin menjadi petanda Israel akan melancarkan serangan itu tidak lama lagi.

Panetta dan Pentagon enggan mengulas laporan itu.

Israel yang dipercayai menjadi satu-satu negara di Asia Barat yang mempunyai senjata nuklear, menganggap projek pengayaan uranium Iran sebagai ancaman besar dan tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan tentera untuk menyekat Teheran daripada miliki senjata seumpama itu. - Reuters

1 ulasan:

  1. percayalah israel tidak akan menyerang iran. ini adalah sandiwara dunia semata-mata. yang lebih lojik adalah iran menyerang arab saudi kerana di situ ada kepetingan amerika.

    BalasPadam