Hadi tolak jawatan jadi Perdana Menteri?? Boleh percaya ke ni????
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian beliau tidak ada sebarang hasrat mahu menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) dapat membentuk kerajaan pusat.
Sebaliknya tegas beliau, apa yang penting ialah pihaknya mahu memperkasakan Islam selain mencapai sasaran PR menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, perikatan berusia empat tahun itu mempunyai personaliti-personaliti yang layak untuk mengisi jawatan tertinggi itu apabila PR dapat memenangi pilihan raya umum peringkat pusat.
"Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri.
"Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin di Marang, Terengganu baru-baru ini.
Menjawab soalan siapa perdana menteri jika PR menang PRU13, Abdul Hadi menjelaskan, pada peringkat ini Pas belum lagi membincangkan perkara tersebut dan begitu juga dalam PR.
"Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi.
"Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun," katanya lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, dari segi politik, kepimpinan negara seharusnya orang Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu.
"Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.
"Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima.
"Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi," katanya lagi.
Justeru jelas beliau: "Dan, kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah."
p/s: Ye ke Hadi taknak jadi PM??? Ke berlakon je macam hari tu..? Memula kata taknak bertanding, lepas kena pujuk dengan Anwar, terus jadi bertanding pulak.. Hadi dah semakin Flip Flop sekarang ni nampaknya...
jika hadi jd PM pasti anwar marah, azmin marah kerana jawatan tersebut dicipta hanya untuk anwar dgn azmin jadi timbalannya
BalasPadam