BREAKING NEWS

[VIDEO] CINA PAKATAN KENA BELASAH HINA MELAYU DI PENANG.

Lagi himpunan oleh orang-orang Melayu Pulau Pinang diadakan hari ini bertempat di hadapan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk.

Hampir 500 orang hadir dalam himpunan untuk menyatakan bantahan terhadap Lee Khai Loon ADUN PKR yang biadap dan telah menghina kepimpinan negera.

Himpunan anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Lee dan 15 penyokongnya yang dengan sengaja telah menyumbat kangkung ke mulut replika patung yang di buat seperti YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan siri kedua selepas himpunan di Sebarang Jaya semalam dan jelas kelihatan rata-rata yang hadir hari ini begitu marah dengan sikap dan tindakan yang di tunjukkan oleh pemimpin PKR itu yang langsung tidak pernah menghargai sikap toleransi dan sabar orang-orang Melayu sebelum ini.







Ternyata kehadiran orang-orang Melayu yang berhimpun di depan Pusat Khidmat ADUN PKR ini amat tidak di senangi oleh penyokong-penyokong pembangkang dan berlaku satu insiden apabila salah seorang penyokong pembangkang telah mengeluarkan perkataan "UMNO BODOH" yang di hamburkan kepada peserta.




Berikutan itu beliau telah di kerumi oleh peserta perhimpunan dan berlaku sedikit kekasaran , walau bagaimanapun ianya dapat di kawal oleh pihak Polis dan lelaki tersebut di bawa ke balai.


Nampaknya isyarat orang-orang Melayu Pulau Pinang kali ini benar-benar serius !!  

7 ulasan :

  1. Alaa, setakat itu aje bangsa melayu boleh buat.Tak jadi kudis gatal pun kpd org cina...!?

    BalasPadam
  2. UMNO memang KANGKONG. UMNO KONGKANG

    BalasPadam
  3. Agak-agak ending nya camana......? Minta maaf cara terbuka aje. Setttttle!! Melayu bangsa yang baik hati kan! Tengok isu paksa buka tudung........setttttlle!

    BalasPadam
  4. Politk tak habis habis. Pilihanraya dah habis lama, tapi masih ada orang yang macam ni.Tak pakai otak langsung.

    BalasPadam
  5. Banyak barua Melayu di Pulau Pinang ni, DAP buat tak nampak, boleh sokong lagi. DAP seronok tenguk Melayu dengan Melayu bergaduh sesama sendiri.

    BalasPadam
  6. Pertama yang buat provokasi tu ADUN PKR tapi yang kena DAP! adusss... apa jenis demolahhhh.. nak berdemo pastikan kena dengan sasaran bukan meraban! demo pro BN hancinglahhh. kedua baca kenyataan yangg realistik....

    http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/gambar2-melayu-umno-mengamok-tersebar.html

    BalasPadam
  7. Pelik sungguh insiden ini bila kita lihat melayu dengan melayu sesama bangsa bertekak dan bergelut agar orang cina jangan di pukul.Jelas perasaan sayang kepada orang cina Ah Jib Kangkong juga di rasai oleh orang UMNO. Sekarang baru saya faham bila orang cina panggil orang melayu 'racist' ,Ah jib kangkong diam sahaja. 1Malaysia ma!!!

    alfie

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online