BREAKING NEWS

Zulkifli Nordin dapat naik jet di LIMA Langkawi.., Guan Eng terkedu..

Mamat ni adalah adik angkat Zul Kulim..

Tujuh Ahli Parlimen, termasuk wakil Bebas dibawa meninjau Pameran Antarabangsa Aeroangkasa & Maritim Langkawi 2011 (LIMA11), di sini, hari ini, khusus bagi memahami konsep penganjuran pameran itu, selain keperluan pemilikan aset strategik yang berperanan penting terhadap aspek keselamatan dan pertahanan negara.

Mereka termasuk Khairy Jamaluddin (BN - Rembau), Nancy Shukri (BN - Batang Sadong), Datuk Zulkifly Nordin (Bebas - Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN - Kuala Nerus).

Nancy ketika ditemui pemberita berkata, pendekatan perlu diteruskan kerana boleh mengelak salah faham mengenai pembelian sesuatu aset pertahanan dan keselamatan oleh kerajaan sehingga boleh mencetuskan spekulasi.

Zul Kulim dijadualkan naik Jet Eurofighter ni lah.., tapi dia menarik diri disaat akhir sebab gayat..

"Melalui LIMA, kita boleh mendapatkan gambaran jelas kepentingan pemilikan peralatan atau kelengkapan tertentu terhadap negara. Ini boleh mengelak berlakunya salah pemahaman, bukan saja di kalangan Ahli Yang Berhormat, bahkan rakyat," katanya.

Dengan adanya lawatan sebegini, beliau berharap tiada lagi isu negatif ditimbulkan pembangkang seperti pertikaian mereka terhadap kemampuan operasi kapal selam negara hingga menimbulkan kekeliruan.

"Dengan adanya lawatan sebegini, saya percaya tidak timbul lagi isu negatif seperti 'kapal selam tidak boleh menyelam' ,katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir ketika ditemui berkata, lawatan semalam jelas membuktikan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam proses perolehan aset pertahanan dan keselamatan negara

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online