BREAKING NEWS

Ekslusif!! BUKTI Nik Aziz DALANG rancangan perlantikan Ku Li..


Korang tahu tak gambar sapa diatas tu bersama Nik Aziz? Itulah Mazlan Harun, anak bekas MB Selangor, Harun Idris.., Tamrin Ghafar, anak kepada Tun Ghafar..., dan juga Nik Azmi.., salah seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Kenapa anak-anak pejuang UMNO ni pergi jumpa Nik Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan? Itulah yang peliknya semalam..

Mengikut info yang gua dapat, semua ni adalah berkait rapat dengan pelawaan terhadap Ku Li untuk menjadi Ketua dalam Pakatan bagi menggantikan Anwar Ibrahim..

Dan gua jugak difahamkan, Nik Aziz adalah DALANG UTAMA didalam rancangan perlantikan Ku Li sebagai Ketua Pakatan dan juga telah menjemput dorang semua tu datang untuk jumpa dengan dia..

Kenapa Nik Aziz buat semua ni? Kenapa Nik Aziz nak BUANG Anwar dari Pakatan?

Semua ni akan terjawab sikit masa lagi beb... Yang pasti.., Anwar confirm takkan boleh jadi PM dan dia mungkin akan habiskan sisa hidup dia dalam penjara...

Tungggguuuuu..... Hahahahaha....

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, berkata Menteri Besar Kelantan itu juga perlu tampil memaklumkan kenapa usaha itu dilakukan tanpa pengetahuan Anwar sendiri.

“Kenapa ia dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah ada pihak tertentu dalam parti pembangkang itu yang pasti Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara.

“Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memaklumkan kedudukan Anwar dalam perbicaraan kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada DAP dan PAS hingga menyebabkan mereka mencari calon Ketua Pembangkang lain,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan wujud usaha parti pembangkang untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu bagi menggantikan Anwar.

Zahrain mendakwa tindakan terdesak memilih Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

4 ulasan :

  1. Pak nik ajis tak payahlah jadi DALANG dlm isu Ku Li. Pak nik perlu fikir apa yg patut buat kepada rakyat kelate. Tak usah la nak jadi hero dan kawe nasihatkan Pak nik berhenti terus dari arena politik, kerana Pak nik lah rakyat kelate berpecah belah dan Pak nik harus bertaubat minta tuhan ampunkan dosa Pak nik buat.

    BalasPadam
  2. Mazlan Haron, Dato Kadar , Capt Zahar, adalah antara beberapa watak yang membantu Ku LI untuk jawatan Presiden menentang DSN semasa pemilihan UMNO 2008. Beberapa calon yang bertanding Jawatan Ketua bahagian turut dalam kempen ini.

    Aku adalah antara gurkha gurkha yang terlibat sama.

    Kami menentang DSN pada waktu itu kerana menganggap DSN adalah liabiliti kepada UMNO.

    Jika berita ini benar, maka ini adalah kali kedua Ku LI cuba mengkhianati UMNO. Sebagai pemimpin Besar, Ku Li harus akur kepada kehendak majoriti ahli parti. Ku Li tidak wajar mengkhianati parti kerana Ku Li adalah antara orang Melayu yang banyak mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO.

    Saya sendiri pernah ditawarkan sejumlah wang untuk menyertai PKR, tetapi saya memilih untuk reput dalam UMNO, kerana saya berpendapat, sebusuk busuk UMNO, belum ada parti Melayu lain yang dapat mengambil alih tugas UMNO dengan lebih baik.

    Ku LI Insaflah,,,, jangan tambah derita orang Melayu ,,, usia Ku Li pun dah tak lama ,,, apa akan jadi setelah ketiadaan Ku LI nanti ,,, apakah Ku Li mahu meninggalkan najis untuk diratah oleh kita orang orang Melayu ???????

    Insaflah Ku Li !!!

    Bekas Penyokong Ku LI

    BalasPadam
  3. Satu tindakan halus yang sangat bijak yang pernah nick aziz lakukan untok memecah. belahkan UMNO dari dalam. Jika Ku Li menerima tawaran tersebut dengan sendiri nya akan berpecah lagi UMNO, kerana pasti yang penyokong kuat Ku Li akan mengikut dia.
    Harap2 Ku Li tidak akan menerima pelawaan tersebut.

    BalasPadam
  4. NIK AZIZ MASIH BERPERANAN UNTUK MENAMBAHKAN PERPECAHAN DI KALANGAN UMMAH....SESUNGGUHNYA NIK AZIZ MEMILIKI SEKEPING DAGING DALAM DIRI YANG SAKIT (HATI)SAHINGGAKAN SUDAH TIADA PENAWARNYA LAGI BAGI MERAWAT HATINYA YANG SAKIT DAN RAWAN ITU....DI HATINYA PENUH BENCI, DENDAM, DAN KETAKSUBAN DAN RIAK YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA....BELIAU AKAN MELAKUKAN APA CARA SEKALI PUN ASALKAN NIATNYA TERCAPAI....TANPA MEMIKIRKAN NASIB AGAMA DAN BANGSA BELIAU TERUS HIDUP DENGAN DENDAM DAN LARA YANG TIDAK KUNJUNG PADAM....DI MATA BELIAU TIADA LAGI SINAR SEORANG ILMUAN..TETAPI JELAS DAN AMAT JELAS DI RAUT WAJAH DAN RENUNGAN MATANYA PENUH API DAN KEBENCIAN YANG MERUAP-RUAP......TIADA LAGI NUR PENYEJUK JIWA......DI WAJAHNYA.KEPADA NIK AZIZ PADA USIA SELANJUT INI ELOKLAH BERUNDUR DARI DUNIA POLITIK YANG PENUH DAKI DAN KOTORAN......KEMBALILAH SEBAGAI SEORANG TOK GURU SEJATI YANG MEMPERHAMBAKAN DIRI HANYA UNTUK ALLAH.......NIK AZIZ TERHINA DI SINI....DAN NIK AZIZ YANG MELETAKAN DIRI BELIAU DI LEMBAH HINA INI...SAHINGGAKAN IANYA TIDAK LAGI DOHORMATI OLEH MEREKA YANG BERAKAL WARAS.....JALAN NIK AZIZ TELAH TERLALU JAUH TERSIMPANG DARI JALAN DI LALUI MANUSIA YANG BERAKAL PERCAYALAH MASA MASIH ADA UNTUK ANDA BERTAUBAT.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online