BREAKING NEWS

Berita yang boleh membuatkan Mazlan Aliman meroyan...


Pembinaan Menara Felda oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai sebahagian pelaburan hartanah dijangka dapat memberi pulangan besar kepada generasi muda peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata menara yang dibina di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur berhadapan Menara Kembar Petronas (KLCC) itu telah mula membawa keuntungan kepada Felda walaupun belum siap sepenuhnya.

Pembelian hartanah seperti Menara Felda tidak boros, masa kita beli pada 2008, kita beli dengan harga RM930 sekaki persegi, sekarang dah meningkat kepada RM1,400 hingga RM1,500 sekaki persegi.

“Walaupun bangunan belum siap, Felda sudah mengaut keuntungan sehingga kira-kira RM300 juta melalui pembinaan menara ini, kita bijak menguruskan hartanah," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Maslan berkata Felda mampu untuk membela nasib peneroka dan generasi masa depannya berikutan Felda merupakan antara pemilik ladang terbesar di dunia dengan memiliki 340,000 hektar ladang dan menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun dalam tempoh enam tahun berturut-turut.

Beliau berkata Felda telah mengatur pelbagai kaedah terkini dan terbaik untuk manfaat peneroka dan generasi muda dalam setiap strategi pelaburan yang dilaksanakan selain pembahagian keuntungan kepada mereka.

Menurutnya, Felda telah menubuhkan Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF2) yang dibuka khusus untuk generasi baru Felda bagi membolehkan generasi baru Felda terlibat dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda melalui koperasi.

"Sebelum ini, hanya peneroka dan kakitangan yang diberikan peluang itu menerusi penglibatan mereka di dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF)," katanya.

Beliau berkata koperasi itu sememangnya membela nasib peneroka di mana KPF dianggotai oleh 12 ahli lembaga pengarah iaitu enam peneroka dan tiga pesara peneroka dan selebihnya lantikan.

Menjawab soalan asal daripada Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkenaan cadangan menerbitkan saham amanah khusus untuk peneroka dan generasi kedua Felda bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam bidang ekonomi selain saham koperasi Felda 2 yang dilancarkan, beliau berkata tiada cadangan menerbitkan saham itu.

"Ini kerana KPF telah berjaya meningkatkan ekonomi warga peneroka melalui aktiviti pelaburan yang dijalankan dan sehingga kini KPF mempunyai sejumlah 215,412 ahli dengan modal saham berjumlah RM1.56 bilion.

Pada masa ini, KPF menguasai 51 peratus ekuiti dalam syarikat-syarikat kumpulan Felda dengan pegangan pelaburan berjumlah RM353 juta.

KPF juga memiliki pelaburan hartanah sebanyak RM235 juta di samping pelaburan dalam 16 syarikat usahasama lain berjumlah RM423 juta dan modal syer dalam Bank Rakyat iaitu RM35.68 juta dan sekuriti pasaran RM458.43 juta.

Beliau berkata jumlah terkini keseluruhan pelaburan KPF sebanyak RM2.001 bilion dan sehubungan itu pelaburan dalam aktiviti perniagaan Kumpulan Felda dan pelaburan luar adalah memberangsangkan serta membawa pulangan yang tinggi kepada peneroka.

"KPF adalah koperasi kedua terbaik di Malaysia selepas Bank Rakyat dan telah membayar dividen dan bonus tinggi kepada ahli-ahlinya. Sejak ditubuhkan pada 1980, KPF telah membayar dividen dan bonus tahunan secara purata sebanyak 14 peratus dan pada 2007 telah membayar sebanyak 16.5 peratus yang merupakan tertinggi berbanding saham amanah yang lain," katanya.

- Bernama


p/s: Mesti Mazlan Aliman serta PAS gundah gulana bila tau FELDA akan jaga peneroka muda... habislah tempat depa nak tabur fitnah lepas ni...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online