BREAKING NEWS

Anwar ditabalkan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan oleh Nik Aziz..


Selepas Nik Aziz diangkat dan dipuja laksana wali hidup dan juga karamah agung oleh para pengikut PAS, kini giliran Anwar Ibrahim pula menerima penganugerahan darjat yang sama dikalangan pengikut PKR.

Kata-kata Wan Azizah yang mendakwa bahawa Anwar adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai kepada rakyat Malaysia, turut diSAHkan oleh Nik Aziz yang menjawat jawatan Mursyidul AM PAS yang tarafnya sama seperti jawatan Ketua Umum didalam PKR.

Malah, Nik Aziz juga turut menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang kental menghadapi semua cabaran didalam menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.

Selepas ini, ramailah dikalangan pengikut PAS yang akan lebih taksub kepada Anwar Ibrahim dengan kenyataan pengesahan dari "Tok Guru" mereka ini. Ingat lagi bagaimana Guan Eng "dimahsyurkan" dengan gelaran Khalifah? Itu adalah jasa Nik Aziz kepada DAP yang tak mampu dibayangkan oleh seantero umat Islam di Tanah Melayu ini.

Mana pernah ada seorang kafir yang tak berminat kepada Islam dan juga langsung tak menunjukkan kecenderungan kepada Islam diangkat martabatnya setaraf dengan sahabat Nabi iaitu Umar Al Khattab r.a? Tapi itulah yang dilakukan oleh Nik Aziz serta gerombolan PAS di negara ini.

Dan kini giliran Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan hubungan sonsang sesama lelaki di mahkamah, dan juga pakar nombor wahid penjualan janji-janji kosong kepada rakyat, diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan kepada rakyat oleh Nik Aziz. Tak ke pelik semua benda ini?

Kalau Wan Azizah nak puji suaminya sendiri sebagai apa sekalipun, itu kita boleh faham kerana mungkin Wan Azizah mahu menjadi seorang isteri yang baik kepada Anwar. Tetapi apabila Nik Aziz mengesahkan pujian "Anugerah Tuhan" ini kepada Anwar.., apa yang Nik Aziz maksudkan sebenarnya?

Apakah Nik Aziz mahu sekali lagi menyelewengkan pemikiran umat Islam di Malaysia dengan memaksa mereka menerima Anwar Ibrahim sebagai insan pilihan Tuhan yang wajar dijadikan pemimpin negara Malaysia? Apakah Nik Aziz mahu umat Islam di Malaysia mengamalkan "pendewaan" sesama manusia pula?

Nik Aziz ternyata amat suka kepada hal-hal yang mengarut sebegini. Inikah yang dikatakan oleh pengikut PAS sebagai Tok Guru yang mempunyai ciri-ciri ulamak pewaris nabi?

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

“Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau. - Harakah.


p/s: Semua manusia adalah anugerah tuhan di muka bumi ni...bukan anwar sorang saja...

7 ulasan :

  1. AS SALAM

    SAYA MENGIKUTI BLOG ANDA DAN SAYA POSTKAN PADA FB SAYA. MOHON IZIN ANDA.

    MINTA ANDA LINK KAN BLOG SAYA PADA BLOG ANDA.

    TIMA KASIH

    BalasPadam
  2. as salam..

    minta link kan blog ini di blog anda. blog anda dalam link blog saya. tq

    http://www.anakcucujawa.blogspot.com/
    http://ketanggalangit.blogspot.com/
    http://pewaris-negara.blogspot.com/
    http://anaksufi.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. N.ajis macam mat rempit gayanya.

    Tak da kewibawaan langsung.

    BalasPadam
  4. Najis ingat Anuaww pandang sgt ke parti haprak @ hamPAS tu, kalu parti hamPAS tu hebat, dh lama Anuaww isytihar masuk parti hamPAS pada 1981 (sebelum Anuaww masuk UMNO) dan pada 1998 (selepas Anuaaww dipecat dari UMNO). Kini, Anuaaw secara terang2an akan lantik Lim Kit siang sebagai TPM jika dia berkuasa kelak (Kuat sungguh angan2 si PELIWAT ni).

    Jadi persoalannye di mana letaknye parti hamPAS dlm otak Anuaww?? Hanya layak jd anjing suruhan je sebenarnyeeee.. Kah.. kah.. kah...

    BalasPadam
  5. ALJUBURI
    Lo nie memang la dengki bro, Anuar memang la istimewa dan berbeza, depan belakang sama rata bro..da betul la tu Nik Ajis setuju ngn Jijah.

    BalasPadam
  6. Siapa yg dengki siapa ni. Pada korang PR ni semuanya tak betul. Cuba kau peratikan pada kepala bini PM yg korang banggakan sangat tu dengan kepala bini DSAI. Jauh macam bumi dengan langit. PM korang tu nak nasihatkan bini dia RM tu pun dia takut, macam mana nak memerintah M'sia ni dan bercakap tentang islam. PTUIH.

    BalasPadam
  7. Orang yang mengaku Ulama tetapi lebih BERPOLITIK daripada AGAMA,bukanlah dia seorang Ulama,lebih-lebih lagi banyak berpetua Politik, mencarut dan sanggup mengeluarkan perkataan CELAKA,BINATANG DLL. kepada orang yang tidak sebulu dengannya.....apa lagi menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan roh/ kepentingan Islam dan Melayu, semata-mata nak ambil hati DAP dan PKR...... Dia berpaling jauh dari kata-kata murni yang sebenarnya duduk di hati kecilnya....... kerana semata-mata dendam dan marah terhadap lawannya.Semoga Allah memberi hidayah kepada hatinya yang semakin hitam ini.......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online