UMNO tak tergugat di Sabah bila Shafie digantung keahlian.
Makin ramai pulak yang sentap dengan keputusan MT mengantung keahlian dan jawatan DS Shafie Apdal. Kekecewaan tu telah disuarakan oleh ketua cawangan Umno Sabah yang melakukan tindakan keluar parti secara berjemaah.
"Kami daripada ahli-ahli UMNO P187 Kinabatangan meletakkan jawatan daripada ahli UMNO Kinabatangan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ahli MT yang telah menggantungkan keahlian Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Bahagian dan Naib Presiden UMNO," kata ketua cawangan Umno Kinabatangan, Mahmood
Namun, fenomena keluar parti secara berjemaah ni sedikit pun tidak memberi kesan kepada Umno. Hal ini ditegaskan oleh Datuk Bung Mokhtar, walaupun ramai ahli Umno yang berbuat demikian ia tidak mengugat kekuatan Umno Sabah.
"Sebenarnya yang keluar parti itu Ketua Cawangan dan mungkin cuma satu orang atau pun saya tengok macam semua ahli dalam satu cawangan dan selebihnya staf yang bekerja dengan ADUN Sukau.Tindakan yang diambil segelintir ahli UMNO itu tidak akan melemahkan parti ", katanya
Mungkin kerana terlalu ikutkan emosi, Mahmood telah sebulat suara menyatakan keputusannya untuk keluar dari menjadi ahli Umno. Kononnya melalui cara ini mereka menghargai kepimpinan Shafie yang selama ni dikatakan setia bersama mereka.
Tapi menurut Bung, Mahmood dan ahli yang lain merupakan ahli parti yang tiada pendirian, mereka sering mengambil keputusan mengikut emosi tanpa berfikir panjang tentang kesan yang bakal berlaku. Keluar dari parti adalah perkara biasa dan tidak pelik untuk mereka di dalam politik.
“Mahmod ini dia memang suka masuk parti keluar parti, demikian juga yang lain-lain. Saya kenal pasti satu-satu sebetulnya dan mereka tidak ada pengaruh diperingkat akar umbi,” katanya.
Boleh jadi, sebab segelintir perangai ahli Umno yang macam ni, akan merugikan parti. Tidak mustahil ahli yang disifatkan lalang ni akan kembali juga bersama Umno. Namun, fenomena mereka tidak akan mempengaruhi ahli akar umbi di sana. Malah ia juga tidak mempengaruhi kekuatan Umno Sabah yang masih utuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan