PKR tuduh UMNO jadi dalang gantung banner kutuk Azmin.
Betul ke Azmin kini teruk dikecam di Selangor ?? Sekarang ni banyak dilaporkan kain rentang yang mempertikaikan kepimpinan DS Azmin dikesan di Selangor. Mungkin rakyat dah muak dengan mainan politik PKR yang hanya mementingkan kedudukan dan cara pentadbiran kuku besi tu agaknya ye..
Boleh jadi jugak.., kain rentang tersebut adalah suara rakyat yang sudah lama menyimpan rasa sakit hati terhadap cara pimpinan Azmin. Khabarnya, kain rentang tersebut terdapat dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Cina. Kain rentang yang mengecam Azmin tersebut juga mempertikaikan hubungan Azmin bersama PAS.
Mungkin, penyokong PAS di Selangor yang mengunakan propaganda seperti ini untuk mengajar Azmin kerana bersikap talam dua muka. Dia bersama DAP dalam perjuangan politik dan dalam masa yang sama Azmin juga turut mesra bersama PAS. Tapi akhirnya PAS di anak tirikan oleh Azmin dalam PRK lepas.
Mungkin juga, penyokong PKR sendiri yang sudah perpaling tadah terhadap parti tersebut kerana tiada perubahan yang dilakukan oleh pemimpin PKR seperti yang dijanjikan di pilihan raya. Sebab tu ahli PKR menunjukkan protes mereka di kain rentang yang mempertikaikan kedudukan Azmin di negeri Selangor.
Namun ada juga mulut-mulut puaka dalam puak PKR yang mula menuduh UMNO menjadi dalang disebalik propaganda tersebut. Mereka juga menuduh UMNO adalah punca kain-kain rentang itu digantung. Kononnya UMNO gunakan medium berkenaan untuk memecah-belah ahli Pakatan Harapan.
"Kami akan menurunkan kain-kain rentang ini sebaik sahaja menemuinya, ini merupakan taktik kotor MCA dan UMNO untuk memecah-belah Pakatan Harapan," kata Hee Loy Sian
Tuduhan PKR itu sama sekali tidak berasas, UMNO tidak akan mengunakan taktik tersebut untuk menjatuhkan pihak lawan. Politik kotor dan kebudak-budakkan ini tidak mengambarkan personaliti UMNO, malah puak pembangkang sendiri yang selalu mengamalkan cara berpolitik seperti tu.
Rasanya, tidak mungkin UMNO melakukan perkara yang kurang bijak seperti tu. Pemimpin PKR seharusnya lebih peka dengan keadaan rakyat di sekitar kawasan jajahan mereka dan ahli parti yang mungkin tidak berpuashati dengan cara dan pendekatan pemimpin PKR itu sendiri.
Seharusnya, tuduhan seperti ini tidak relevan untuk UMNO kerana ia hanya boleh dijadikan bahan lawak sekiranya PKR menuduh UMNO yang merancang propaganda untuk mengkritik Azmin. Justeru itu, mereka harus mengkaji kepincangan parti jika sudah jelas rakyat mula memberontak mengenai cara kepimpinan Azmin di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan