Pemuda PAS tunggu apa tindakan Mahathir selanjutnya..
27 July 2016 - Pemuda PAS kononnya akan membuka pintu kerjasama bersama parti baru Mahathir yang dikatakan mahu bergabung bersama blok pembangkang lain bagi menjatuhkan UMNO serta mengulingkan Perdana menteri. Sejauh mana agaknya keberanian PAS untuk bersama Mahathir sedangkan mereka sudah menutup jalan kerjasama dengan DAP dan PAN.
Oleh itu, pemuda PAS mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat bagi membincangkan sebarang persetujuan untuk bersama-sama Mahathir dalam menghancurkan UMNO. Nampaknya, pemuda PAS memang bersetuju untuk bersama Mahathir bagi membentuk satu pakatan pembangkang yang baru.
Persoalannya, PAS tidak mungkin akan bersetuju sekiranya Mahathir juga turut mengundang DAP dan macainya PAN untuk bergabung bersama-sama. Sedangkan, dalam masa yang sama PAS juga mengharapkan kerjasama bersama Mahathir untuk memantapkan kembali parti islam itu yang kian hambar di mata rakyat.
Walaupun sekarang Mahathir masih pening untuk mengatur visi dan misi parti baru, PAS dikatakan akan menunggu parti itu wujud untuk melihat kerjasama yang bakal ada. Jika tiada hubungan bersama DAP dan PAN dalam pakatan Mahathir, mungkin PAS akan menjadi macai kepada parti baru Mahathir pula.
“Untuk blok pembangkang itu, kita masih terbuka. Kita tunggu apa yang berlaku. Jika Tun Mahathir menubuhkan parti yang baharu, kita lihat dulu apa komposisinya dan kalau perlu ada kerjasama, ia akan berlaku perbincangan yang lebih dalam di peringkat parti,” kata Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khiruddin
Mungkin juga, peluang untuk PAS bersama Mahathir adalah tipis, kerana kekangan yang dicipta oleh parti islam itu sendiri. Namun, sudah jelas DAP akan tetap menjadi sekutu kuat Mahathir kerana semasa PRK lepas, Mahathir turun menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Harapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan