Parti Mat Sabu dicabar buktikan kemampuan di P.Pinang.
28 July 2016 - Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada kebolehan yang dimiliki oleh Parti Amanah Negara (Amanah). Ehhhhh ada kebolehan ke parti dorang tu?? Bukan apa... sebelum ini di PRN Sarawak Amanah kalah teruk... tapi bagi alasan nak test power.
Peluang kedua pula ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar... tapi Amanah kalah jugak. Alasan yang dorang bagi kononnya dorang masih lagi dok test power tengah dok buat ujikaji agaknya.
Haaaaa... kali ini PRN Pulau Pinang, Amanah nak test power lagi ker?? Tak kan sampai tiga kali kot Amanah nak test power... apa dorang tak power lagi ker! PRN tersebut merupakan masa yang sesuai untuk Amanah buktikan kebolehan dan populariti mereka di kalangan rakyat... sebelum ni bukan main cakap besar lagi kan, haaa sekarang ni buktikan!
Penganalisis politik, Universiti Sains Islam Malaysia, Mohd Azmir Mohd Nizah berkata di Pulau Pinang memang terang-terang ramai penyokong kaum Cina dan sah-sah dorang sokong DAP... lebih pada DAP la sebab dorang dah bertapak kukuh sejak pilihanraya yang lalu. Kali ni kita tengok Amanah mampu tak curi sokongan DAP.
“Saya berpandangan ini adalah percubaan atau ujian bagi Amanah untuk melihat populariti di kalangan rakyat lebih-lebih lagi di Pulau Pinang.
“Seperti yang kita lihat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita tahu Amanah juga menerima undian daripada penyokong DAP. Kali ini kita boleh ukur populariti parti itu berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sendiri,” katanya.
Jika Amanah mampu untuk mengalahkan Pas pada PRN kali ini... pastinya ia bakal menjadi satu tamparan hebat bagi parti Islam itu. Memalukan sangat kalau pas kalah pada Amanah, lantas itu membuktikan bahawa penyokong Pas secara tak langsung telah berhijrah kepada Amanah.
“(Tetapi) saya tidak fikir yang Pas akan berdiam diri. Mereka akan turut bertanding dalam PRN kali ini (sekiranya berlangsung).
“Saya tidak fikir isunya adalah dalam kalangan masyarakat Cina. Isunya adalah perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu dalam memiih pemimpin sama ada dari Pas, Umno, PKR, atau Amanah,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan