"Jangan main-main dengan saya.." - Guan Eng beri Amaran kepada BN dan Najib


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional/Umno supaya tidak bermain-main dengan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Alahai... Takutnya dengan jawatan Guan Eng tu.... Besar sangat ke jawatan Ketua Menteri sampai Guan Eng berani bagi amaran ni... Ohh lupa, kompom-kompom laa besar jawatan tu.... Kalau tak besar, takkan Guan Eng mampu beli rumah banglo mewah dengan harga murah dari pasaran kan.... Disebabkan itu juga, Guan Eng telah diheret ke mahkamah.

Guan Eng beri amaran tersebut dipercayai kerana tidak berpuas hati terhadap dakwaan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas 2 tuduhan rasuah.... Guan Eng didapati melakukan penyelewangan dalam pembelian banglo mewah di jalan Pinhorn serta menukar status tanah pertanian kepada tanah perumahan.

Guan Eng berkata, Barisan Nasional boleh memperlakukan apa jua terhadap ke atas dirinya, tapi Barisan Nasional perlu ingat bahawa mereka tidak boleh bermain-main dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Wahhhhhh.... Macam pahlawan dinasti china lahh....Mesti tengok drama cina banyak sangat Guan Eng ni... Tu yang sampai terbawa-bawa... Padahal, diri tu tah lah semegah mana... Baru kena dakwa kat mahkamah, dah melalak macam hilang bini... Hahaha

Jelas Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dipilih oleh hampir 1.5 juta rakyat yang menetap di negeri itu dan Barisan Nasional perlu menghormati hak rakyat yang memilih pemimpin sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya nak beritahu Barisan Nasional, mereka boleh guna apa-apa kuasa terhadap Lim Guan Eng, tetapi jangan main-main dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Jawatan Ketua Menteri adalah dipilih oleh 1.5 juta lebih rakyat Pulau Pinang. Ia membawa amanat rakyat dan perlu menghormati keputusan rakyat. Kita akan lawan habis-habisan,"  kata Guan Eng.

Dalam masa sama, Guan Eng turut memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah makan duit seperti yang didakwa dan Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang percayakan dirinya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan