DAP mengaku tak perlukan PAS di Penang..
26 July 2016 - "Dalam Pakatan Harapan di Pulau Pinang, hanya ada DAP, PKR dan Amanah sahaja. Itu saja yang boleh saya katakan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang diminta untuk mengulas mengenai kerjasama dengan Pas dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Amboi Guan Eng... Ego tu memang tetap tinggi.... Tak pernah nak rendahkan ego tu walaupun Guan Eng kini berhadapan dengan kemungkinan akan dihumban ke penjara.
Guan Eng yang sedang menghabiskan sisa hidup sebagai pemimpin yang bebas sepatutnya menepikan ego tu.... Guan Eng perlu menerima Pas untuk bekerjasama dalam pilihan raya bagi memastikan kedudukan DAP kukuh di negeri itu.
Guan Eng ingat DAP tu kuat sangat ke tanpa bantuan Pas?? DAP ingat DAP boleh kekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang ke?? Kalau DAP duk mengharap PKR dan PAN, jangan mimpilah Pulau Pinang tu nak kekal jadi kerajaan DAP.
Tahulah DAP ego sebab ada PAN... Tapi DAP ingat PAN tu boleh ke bantu DAP untuk dapatkan undi orang Melayu?? PAN tu terkontang-kanting lagi nak dapatkan sokongan... Inikan pula nak dapatkan undi orang Melayu untuk DAP kekal sebagai parti pemerintah di negeri itu.
Kalau DAP masih duk mengharapkan PAN... Nampak gayanya Pulau Pinang akan jadi macam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar... Pakatan Harapan akan terus tewas walaupun Pakatan mempunyai pengganti Pas... Hahaha.
Tak apalah... Nak buat macam mana kalau Guan Eng masih nak teruskan ego dia.... Kita tengok sajalah macam mana DAP nak 'survive' kedudukan mereka di Pulau Pinang selepas Guan Eng sendiri yang telah memburukkan imej DAP di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan