Azmin sudah tak layak jadi MB Selangor


27 July 2016 - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sepatutnya letak jawatan kerana telah menimbulkan pelbagai masalah serta kekacauan dalam pentadbiran negeri Selangor. Bukan tu jer... Azmin kini ditekan hebat tidak kira dari luar mahupun daripada rakan seperjuangan parti dalam pakatan harapan. Nampak macam bermasalah je kan si Azmin ni... elok sangat letak jawatan je.

Pengerusi Gasasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Raof Mokhtar mengganggap kini Azmin tidak lagi mampu untuk memberi sepenuh perhatian terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Mana taknya, sebab si Azmin ni tengah sibuk dok uruskan masalah dalaman dengan parti PKR sendiri.

Bukan tu jer... Azmin kini tengah serabut nak fikir untuk sebelahkan mana pihak... sama ada nak dengar cakap partinya atau nak jaga hati parti islam Pas. Ini kerana muncul sekumpulan gerakan terancang yang mendesak Azmin supaya mengeluarkan parti Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Lihat sahaja baru-baru ini, ‘perang twitter’ antara Azmin dan Saari Sugib yang merupakan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, sedikit sebanyak memperjelaskan keretakan hubungan antara mereka dalam negeri Selangor.

“Dalam masa yang sama, isu ‘rasuah wang dan wanita’ yang ditimbulkan CheguBard sebelum ini juga masih tidak terjawab. Adakah Azmin cuba mengelakkan diri dari menjawab sebarang dakwaan tersebut walaupun dalam masa yang sama ada antara pimpinan PKR ngeri Selangor yang telah ditahan SPRM berhubung kewujudan rasuah sebagaimana yang didakwa Chegu Bard itu.

“Segala gerakan terancang untuk menjatuhkan Azmin ini bukan datangnya dari pihak UMNO dan BN, sebaliknya datang dari rakan dalam pakatan sendiri. Persoalannya, mampukah Azmin bertahan dalam menahan asakan berterusan ini terhadap dirinya?,” ujarnya sebagai mengulas kemelut terkini di negeri Selangor.

Seharusnya kalau Azmin dah tak mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri Selangor dengan baik... adalah lebil afdolllll sekiranya si Azmin tu undur diri sahaja daripada jawatan Menteri Besar yang dimilikinya itu.

Mampu ke Azmin nak bertahan setelah dia diasak dengan bertubi-tubi oleh parti sekutu DAP?? Sudah la ada masalah dalam dengan parti sendiri... yang Amanah pulak ada timbul rasa tak puas hati antara mereka. Habir kucar kacir jadinya.

“Begitu juga dengan Dap Selangor, yang mana pada bulan Jun lalu telah mendesak Azmin Ali memecat tiga exco Pas daripada sebagai solusi terakhir pengisytiharan Dap bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur.

“Bukan itu sahaja, Pengerusi Dap Selangor, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga penuh yakin tidak menolak kemungkinan DUN Selangor akan dibubarkan berikutan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat susulan krisis terburuk antara parti itu dengan Pas. Pembubaran DUN negeri itu adalah jalan terakhir yang akan dipilih jika masih lagi tiada penyelesaian secara muktamad

“Ini tidak termasuk serangan dari luar khususnya rakyat Selangor yang menantikan segala usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah-msalah yang dihadapi rakyat Selangor seperti isu banjir yang berterusan serta beberapa masalah besar lain yang masih belum nampak kesudahannya” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan