Pembangkang termalu kerana pengundi masih sayangkan Najib


Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Sabtu lalu membuktikan bahawa rakyat masih mahukan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kemenangan BN sebagai lambang kepada keutuhan sokongan rakyat terhadap Najib.Ia jugak menunjukkan bahawa rakyat masih mempercayai dan yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan Najib sebelum ini.

Menurutnya lagi, Najib masih lagi releven untuk menyandang jawatan tersebut... Bahkan sifat penyabar dan kehebatan perdana menteri tersebut semakin teserlah setelah beliau berjaya menepis pelbagai serangan tanpa henti selama ini. Kekuatan Najib tersebut menjadikan rakyat semakin menyokongnya.

"Ini menunjukkan segala tuduhan itu tidak dipercayai rakyat. Sebab rakyat tetap melihat bagaimana kerajaan mentadbir. Jadi, rakyat melihat kerajaan mengurus rakyat dan ekonomi diurus dengan baik.

"Mereka kata negara bankrap, tak ada duit tapi projek pembangunan tetap jalan terus. Maksudnya, semua dakwaan itu tipu belaka. Pembangkang terperangkap dalam kata-kata mereka sendiri. Serangan kepada Datuk Seri Najib begitu hebat tapi semuanya palsu," katanya.

Bukan itu sahaja, Ab Aziz turut menafikan dakwaan tentang BN bukan faktor kemenangan sebaliknya kedua-dua calonnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menang gara-gara perpecahan pembangkang. Beliau berkata sokongan BN diperolehi daripada masyarakat Cina dan golongan muda yang kini mula percaya dengan kepimpinan BN dan perdana menteri.

"Tak benar. Sebab rakyat undi BN. Malah jika hasil undi kedua-dua pembangkang itu dicampurkan pun, masih tidak mampu menewaskan undi yang diterima BN.

"Kita dapat lihat undi Cina kembali kepada BN malah orang muda beri sokongan lebih daripada PRU lalu yang hanya 42 peratus tapi sekarang meningkat kepada 50 peratus. Ini menunjukkan rakyat masih yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib," katanya.

Kita jugak tidak menolak kemungkinan dengan kemenangan yang ditunjukkan BN pada kali ini, tidak mustahil BN mampu untuk menawan Selangor semula pada pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan