PAS lebih baik keluar dari Kerajaan Pakatan di Selangor
PAS nak keluar dari kerajaan Selangor, betul ke ni ??. Ada mulut-mulut tempayan yang menyatakan hasrat PAS untuk keluar dari kerajaan Selangor disebabkan Azmin menolak PAS dan memilih untuk menyokong PAN di PRK.
Mungkin, PAS merajuk dengan Azmin kerana memilih untuk bersama PAN. Ura-ura mengatakan PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan keputusan mereka yang kononnya berhasrat untuk keluar daripada kerajaan Selangor dan membentuk blok baru.
Nampaknya, Exco PAS di dalam kerajaan Selangor perlu bersiap sedia untuk mengemas meja masing-masing kerana tuntutan dan arahan daripada ahli pemimpin tertinggi PAS yang sudah tidak yakin untuk berada didalam satu bumbung bersama Azmin.
Dalam pada itu, terdapat ahli PAS sendiri yang menolak habis-habisan untuk terus berada dibawah pimpinan Azmin, kerana sudah jelas Azmin telah menduakan parti islam tersebut setelah wujudnya PAN yang turut menjadi sekutu Azmin didalam Pakatan Harapan.
Keputusan PAS yang kononnya nak keluar dan berpisah dengan Azmin akan memberi tekanan kepada PKR kerana hasil sokongan rakyat kepada PAS dilihat lebih baik berbanding sokongan rakyat terhadap parti pilihan mereka,PAN.
Mungkin juga keputusan yang bakal dilakukan PAS ini tepat untuk mengajar Azmin kerana telah mengkhianati persahabatan mereka yang sudah sekian lama, malah kedudukan Azmin di dalam kerajaan Selangor juga mungkin turut terancam dengan keputusan PAS ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan